Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah hampir 3 minggu latihan industri sudah tamat dan bermakna kini sudah masuk minggu ke-3 semester baru bermula. Untuk pengetahuan semua, kini aku sudah berada di tahun akhir pengajianku. Tahun yang mungkin kritikal bagi sesetengah pelajar dan mungkin tahun yang agak santai bagi sesetengah yang lain bergantung kepada pesepsi diri masing-masing.
Sudah semestinya rutin hidupku di universiti sekarang agak berbeza dengan semester-semester sebelumnya. Final year project (FYP) atau lebih dikenali sebagai Tesis bagi universiti awam semestinya menjadi antara agenda utamaku bagi semester ini.
Latihan industri yang berkhir telah meninggalkan banyak pengalaman. Pengalaman suka, duka, aneh, seram, dan lain-lain lagi. Baik di tempat kerja ataupun di rumah sewa. Walaubagaimanapun, semuanya baru dan amat berharga buatku.
Antara individu yang paling sukar untuk dilupakan nenek. Nenek tinggal di sebelah rumah sewa kami dan merupakan pemilik rumah tersebut. Nenek memang baik. Sewa rumah kami sebulan hanyalah RM80 sahaja tak termasuk bil air dan letrik. Nenek faham status kami yang masih bergelar pelajar. Sejak dari generasi awal penghuni rumah tersebut hingglah kepada kami, sewa rumah tidak pernah berubah.
Nenek yang ceria
Sebaik pulang dari kerja, sering aku bersembang dengan nenek. Bersembang dengan nenek memang seronok. Nenek tidak pernah kering idea. Ada saja topik baru muncul. Ingatan nenek memang kuat walaupun umurnya hampir mencecah 80 tahun. Badannya masih gagah. Berkebun dan menternak sudah menjadi rutin harian bagi nenek. Pesan nenek, kalau nak kekal sihat dan kuat, hubungan dengan Allah mesti dijaga. Ibadah wajib dan sunat jangan ditinggalkan.
Aku berasa sangat bertuah kerana dapat tinggal di kampung sepanjang tempoh aku menjalani latihan industri. Selain kos hidup yang rendah, orang kampung juga sangat baik dengan kami. Sekiranya ada kenduri kendara, kami turut dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Jika ada program di surau, pasti ada juadah yang disumbangkan oleh orang kampung. Semasa musim buah-buahan yang lalu, kami tidak perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan, duku dan langsat kerana ada sahaja orang kampung menyedekahkannya kepada kami.
BMW ku berlatarbelakangkan rumah sewa.
Coretan Pengalaman
T-Shirt Palestin
Design 1: JUST FOR ISLAM
* SAIZ- S, M, L , XL, XXL
*HANYA RM25 SAHAJA
Muhammad Syaharuddin Yusub
0132297723
syahar_utp@yahoo.com.my / cinos23@gmail.com
sila lawati aminsdesign untuk melihat lebih bnyk produk2 menarik
Hadis Rasulullah SAW : "Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh orang-orang yang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT". Sahabat bertanya kepada Baginda SAW : " Siapakah mereka Wahai Rasulullah ? Manusia dari umatku di Baitul Muqaddis dan pelindung-pelindung(mujahid-mujahid) di Baitul Muqaddis".
Jaket Palestin
Khas buat warga UTP
Sudah sekian lama Palestin di bawah genggaman Israel dan kini ia berdarah lagi. Yang pasti hanya Allah yang tahu bila kemenangan akan tiba. Yang terlebih pasti kita sebagai umat Islam punyai sebab untuk mempertahankan bumi Palestin.
Kami di sini menawarkan beberapa design jaket Palestin. Sebahagian akan di infaqkan ke bumi Palestin melalui jalus yang terus ke sana. Anda juga berpeluang untuk menonjolkan sokongan anda kepada masyarakat umum.
Tempahan kini dibuka!
Bagi sesiapa berminat dan ingin melihat sample, sila hubungi:-
Syah,
syahar_utp@yahoo.com.my / cinos23@gmail.com
no tel:013-2297723
Cerita pasal pernikahan
ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari. Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.
Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.
Kriteria
Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.
"Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas," katanya.
Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:
"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti."(Riwayat Abu Hurairah)
Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya." Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.
"Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik," katanya.
Dipetik daripada sebuah buletin yang di post dari friendster.....
Ya Tuhan kami kurniakan pasangan kami dan zuriat kami sebagai penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.
Utusan pada hati-hati di luar sana
Buat hati-hati teman fillah di dunia sementara, di akhirat kan kekal selamanya..
Apabila dikatakan semuanya yang dinikmati di alam fana ini hanyalah pinjaman, memang benar.. sekecil2 perkara sehingga sehebat-hebat benda yang dikecapi, ianya tidak lain tidak bukan, pinjaman dari Yang Maha Pemberi kepada hamba-hambaNya di bumi.. tidak kira pilihan yang dibuat oleh mereka yang pilih untuk tunduk padaNya ataupun tidak.. Begitu juga dengan hati-hati di dalam sanubari setiap insan di dunia ini..
Hati yang diertikan bukannya hati yang mampu dilihat secara fizikalnya, yang dipelajari di bangku sekolah setibanya waktu cikgu biologi masuk untuk menerangkan ciri-ciri dan fungsinya.. Namun, hati yang ingin dimaksudkan, hati yang lahir dari dalam jiwa nurani setiap insan.. di mana setiap perkara, perlakuan, percakapaan yang dilakukan di gerakkan oleh hati ini.. andai yang menggerakkan kenderaan di jalanan adalah engin yang terletak di dalamnya.. ketahuilah,hati lah yang sebenarnya engin penggerak dalam tubuh manuisa.. biarpun secara medikalnya, jantung yang memastikan aliran darah tiba pada tempatnya pada waktunya..akan tetapi, ia bukanlah neraca timbangan dalam setiap perkara yang dilalui.. hati inilah yang menentukan neraca yang kan ia gunakan dalam membuat keputusn Andai engin kenderaan perlu diservis setelah ia bergerak sejauh xxKM, ketahuilah, begitu juga hati insani.. dan sesungguhnya, hati-hati setiap insan, jauh lebih banyak bergerak, berkerja berbanding engin di dalam kenderaan jalanan..
Jesteru itu, hati-hati ini perlu sentiasa diservis, berulang kali.. bukan hanya setelah ia lemah, baru hendak diperbaiki.. Pabila ingin membeli kenderaan bermotor ini, pasti yang mampu beraksi dengan baik menjadi pilihan.. Dan hati-hati insan di dunia ini.. bagaimana untuk menjadikan diri tampil ke hadapan, biar tampak di dalam jutaan hati-hati lain di kala hati-hati ini semuanya tampil menghadap Ilahi?
Biarpun tahu hati diri tidak mungkin setanding para rasul dan nabi.. tidak mampu sebaris beratur dengan para sahabat.. tidak layak untuk berkumpul bersama mujahid-mujahidin.. namun, ketahuilah.. keberadaan di dunia ini, di akhir zaman ini, ada kelebihan yang diberi.. kerinduan nabi untuk berjumpa di jannah nanti.. hanya kerana hati-hati ini tulus ikhlas bergerak menuju Ilahi biarpun tidak sempat bersama nabi untuk menyiarkan panjiNya di muka dunia..tiada dorongan yang langsung (berhadapan) darinya..
Sebagai da'ie yang dipilih oleh Yang Maha Esa.. Maha Mengetahui.. hati-hati yang bersemi di dalam sanubari, insyaAllah sudah mula beroperasi dengan giat dan proaktif.. Oleh itu, sentiasalah melawat hati diri, agar mudah dikesan di saat ia mula lelah... mula hadir garis-garis kurang sihat.. Apabila dapat dikesan di awal waktu, sudah pasti senang untuk diubati.. kerna masih lagi tidak severe injury yang di hadapi.. jangan ditangguh untuk diubati.. jangan biarkan ia sendiri tanpa follow-up yang kerap.. kerna keseorangannya mampu mengajak kehadiran mereka yang tidak diundang.. yakni, si dia yang berjanji untuk merosakkan hati-hati mu'min mu'minin di dunia..
Untuk memastikan hati-hati ini agar tetap sihat.. antara servis yang boleh dilakukan oleh jasad-jasad yang memikul hati-hati ini adalah... bibir tidak lekang dari zikrullah dan istighfar..
zikrullah mengingatkan hati bahawa ia masih lagi belum mencapai matlamat.. hadirnya ingatan pada Ilahi.. menjadi daya tolakkan pada hati untuk kembali beroperasi dengan kesungguhan yang baru
istighfar melahirkan rasa tunduk dalam hati.. agar tidak riak dalam setiap amal yang dilakukannya, digerakkannya..
dan juga perlunya doa sentiasa..dan bukan hanya sekadar selepas solat ataupun saat hendak menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan.. Doa-doa mendekatkan hati pada PenciptaNya.. kerana ia tahu, segala keputusan yang dibuat, semuanya di gerakkan oleh ilham dariNya.. dan seandainya ia terjatuh ke kawasan laranganNya, maka, kan gelap hitamlah pandangannya pada sekitarnya.. Doa bisa menundukkan hawa nafsu yang sentiasa kan cuba menggoda hati, manariknya kuar dari pendirian untuk melalui fitrah ia dicipta..
Tidak lupa pada hadiah dariNya pada umat Muhammad (saw).. kalamullahNya yang diaturkan di dalam Quran.. perlu hati-hati ini sentiasa menghayati peringatan dariNya, kisah-kisah yang ingin disampaikan buat mengubati kegusaran hati para insan, hukum-hukum yang digariskan untuk dipatuhi agar hidup di muka bumi tidak rusuh.. tilawatilkan ia, tadabur kan maksudNya.. kiriman khas kalamullahNya buat para hamba yang memilih untuk menerimanya.. Biapun kan sentiasa sibuk hati-hati ini.. dalam mengerakkan jasad di mana ia bersemi.. ketenangan masih mampu ia kecapi, andai ia disogokkan bekalan-bekalan yang dikatakan tadi.. (zikrullah, istighfar, berdoa, tawatil quran).
Tiada yang mampu dikongsikan lagi dari hati ini di kala ini.. hanya satu harapan yang dibawa.. agar tatapan mata-mata yang meratapi perkongsian hati disini, akan membawa satu message yang kan dibawa ke dalam hati milik mata yang memilih untuk mendengar tatapan hati ini.. dari hati untuk hati..
------------------------------------------------------------------------------------------------ setiap pilihan hati-hati hambaNya, tidak mungkin dapat dinilai sekadar pandangan insan di dunia, semoga hati-hati di sini benar-benar telah memilih jalan yang hakiki, jalan yang tidak bersimpang dari matlamat menuju Ilahi biarpun ia penuh ranjau dan tusukan berduri kan hati-hati ini teguh berdiri, melaksankan tugas selagi ruhnya miliknya tidak dibawa pergi.. ---------------------------------------------------------------------------------
sumber: nurilahi, bahan tarbiyah
Menghargai jasa seorang ibu
Saban tahun, pada tanggal 12 MEI, seluruh dunia akan menyambut Hari Ibu, satu sambutan yang diadakan bagi mengapresiasi segala pengorbanan dan jasa seorang insan bergelar ibu. Sms, kad ucapan sudah menjadi simbol bagi hari yang penuh bermakna ini. Walaubagaimanapun, semua ini masih belum cukup bagi membalas jasa seorang ibu.
Sejak kita dilahirkan, ibu telah banyak menderita. Ibu telah mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk membolehkan kita merasai kehidupan di dunia ini. Tak cukup dari itu, semasa kita semakin membesar, ibu sanggup bersengkang mata, tidak tidur, demi melayan kerenah kita yang kuat menangis. Seekor nyamuk pun ibu tak benarkan hinggap di badan si anak. Ibu sanggup berkorban apa sahaja demi melihat kita bahagia.
Namun semakin kita membesar, semakin kita lupa jasa ibu. Bagi mereka yang tidak tinggal bersama ibu, berapa kali dalam seminggu kita menghubungi ibu. Kalau di rumah, berapa ramai antara kita yang ringan tulang untuk membantu ibu. Justeru, di tengah kehangatan masyarakat dunia hari ini merayakan hari ibu, marilah kita kenang kembali jasa ibu kepada kita.
17:23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia - AL-ISRA'
29:8. Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. al-ankabut
31:14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu - luqman
Final bakal menjelang
Hmm..pejam celik, study week pun da nak abes. Lusa da start exam. 3 paper berturut-turut.
Isnin-Mechatronics II
Selasa-Fluid MechanicsII
Rabu-CAE(computer aided engineering).
Pastu ada gap 2 minggu baru ada paper seterusnya,
Vibration
Manufacturing technology II.
Kali pertama dapat jadual camni. Kalau sebelum ni, ada jer gap antara subjek-subjek,tapi kali ni tak. Jadual kali ini betul-betul menguji ketabahan semua budak mechanical Jan 05. Study week perlu digunakan sebaik mungkin. Tak ada masa lagi yang perlu dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Alhamdulillah aku tak amek subjek Engineering Economics sem ni. Kalau tak, tambah satu lagi paper berderet minggu depan. Bersyukur kepada ALLAH. Maknanya
aku hanya perlu fokus 3 paper sahaja berbanding kawan2 seperjuangan lain yang terpaksa study juga subjek econ sepanjang study week ni.
Subjek sem ni sumernyer agak 'taugh'. Kadang2 tu sampai tak tau apa yang aku belajar.huhu..nasib baik skrng ni da tahu sket-sket. Adatla tu, semakin lama kita belajar semakin banyak kita tak tahu. Kalau terus berusaha insyaallah akan dapat juga. Camner la agaknyer nak dapat Deans List sem ni..huhu..Cousework tak keluar lagi. Namun aku dah dapat agak dah apa yang akan aku dapat nanti berdasarkan prestasi test semasa. Harap-harap projek, assignment dan kuiz akan dapat back-up.
Harap semua akan berjalan dengan lancar. Kawan-kawan, doakan saya yer..huhu..semoga di permudahkan oleh-Nya
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridhaan Allah dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambanya" (Al-baqarah,2:208)
Semoga kita termasuk dalam golongan yang difirmankan Allah dalam ayat ini.Bukan hanya dalam menuntut ilmu sahaja, tetapi dalam banyak perkara lain lagi. Insyaallah
Muslim lebih kuat di Britain pada 2035
LONDON: Penduduk Muslim Britain akan mengatasi bilangan penganut Kristian yang ke gereja dalam tempoh 30 tahun lagi yang turut menyaksikan beribu-ribu gereja terpaksa ditutup, menurut satu kajian terbaru yang dilaporkan semalam.
Hasil kajian oleh kumpulan pemikir agama yang diumumkan kelmarin menunjukkan ada seramai 1.96 juta Muslim di Britain menjelang 2035 - jauh melebihi kira-kira 1.63 juta penganut Kristian, lapor akhbar Daily Mail.
Bilangan penduduk Kristian itu akan turut diatasi penduduk Hindu selepas 2050, lapor kajian terbaru oleh kumpulan pemikir Christian Research.

Bagaimanapun, pihak Gereja England segera menyangkal kajian itu lewat kelmarin dan menyifatkannya sebagai ‘salah dan menyebabkan kekeliruan yang membahayakan.’
“Statistik seperti ini yang cuma berdasarkan andaian meragukan, tidak membantu mana-mana pengikut agama sekali pun. Penganut pelbagai agama bukannya saling bersaing dan kajian ini hanya mengundang bahaya,” kata jurucakap Gereja England berkenaan.
Namun kajian itu tidak pula menyatakan bilangan Kristian yang ke gereja setiap minggu kerana ia cuma membabitkan golongan dewasa berdasarkan senarai pengundi rasmi. Mereka yang tersenarai itu dibenarkan mengundi di dalam mesyuarat peringkat gereja berkenaan.
Kalangan pakar sudah mengakui berbanding penganut lain, Muslim lebih terbukti mengamalkan agama mereka dengan lebih khusus.
Lebih separuh daripada Muslim yang menyertai bancian kebangsaan itu mengakui mereka solat lima waktu sehari berbanding 6.3 peratus penganut Kristian yang hadir di gereja sekali seminggu.
Awal tahun ini, Paderi Besar Canterbury, Dr Rowan Williams yang berpengaruh, menjadi sasaran kecaman apabila mengesyorkan undang-undang Britain perlu turut merangkumi beberapa aspek undang-undang Syariah yang mencetuskan kemarahan penduduk Kristian negara itu.
Sementara itu, Universiti Cambridge dan Universiti Edinburgh mengumumkan rancangan mewujudkan dua pusat penyelidikan baru untuk kajian Islam.
Ia bakal dilaksanakan dengan kerjasama pengerusi Yayasan Kingdom, Putera Alwaleed bin Abdulaziz AlSaud dari Arab Saudi.
Pusat penyelidikan baru itu akan melakukan penyelidikan dan kempen awam bertujuan meningkatkan persefahaman dunia Islam dengan bukan Islam. - Agensi
sumber:http://www.bharian.com.my/









