Tombol Ati[Ubat hati]



Tombo Ati iku limo perkorone

Kaping pisan moco Qurâan lan maknane

Kaping pindo sholat wengi lakonono

Kaping telu wong kang sholeh kumpulono

Kaping papat kudu weteng ingkang luwe

Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe


Salah sawijine sopo iso ngelakoni

Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani


Obat Hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Qurâan dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Yang kelima banyakkan berzikir


Read More !

V4 family day

Tadi aku menghadiri dinner sempena V4 days yang dilangsungkan buat julung2 kalinya bagi warga V4. Tepat kul 9.00 mlm Syukur datang ke bilik ku kerana kami plan u pergi bersama. Lagipun kupon y aku beli beberapa hari lepas ada bersama dengan nya. Sengaja aku suh dia pegang. Majlis ni diadakan di cafe Pak Ali, cafe y mendapt anugerah 'cafe y plg famous' u malam anugerah kolej kediaman.

Setibanya kami,kelihatan begitu ramai kawan-kawan yang sudah berkumpul. Majlis yang dijadualkan pd pukul 9.00 mlm bermula agak lewat kerana menunggu kehadiran tetamu VIP, Manager of UTP Finance, yang juga merupakan kawan baik fellow kami,Dr Isa. Beliau tiba agak lewat kira-kira 20 minit kemudian. Majlis yang dipengerusikan oleh Izzi bermula dengan bacaan doa. Alhamdulillah..Sungguh tak sangka aku majlis sebegini masi lg terselit nilai keagamaan. Mungkin satu turning point yang baik untuk warga UTP.

Namun aku agak terkesima dengn ucapan alua-aluan oleh tetamu VIP kami. Tanggapan aku yang majlis ini akn berterusan dgn nilai2 yang lebih baik ternyata salah. Ucapan awal nya lebih kurang berbunyi begini." I think I don't want to speak longer as for Malaysian , we have AF5 concert tonight, the main entertainment in this moment." Aku tersentak. Mengapa konsert AF5 yang di'highlight'kan. Tidak sedarkah beliau kami warga pelajar,sudah lama dilalaikan oleh hiburan y melampau2. Hmm...Kalau dia kata "saya tak mahu pnjgkn ucapan sy kerana mungkin ada pelajar yang mahu study atau menyiapkan esemen slps ini", mgkn aku boleh terima. Maklumlah final bakal menjelma. Seterusnya, ucapan beliau juga ada berbunyi,"We as a UTP student should take all the opportunities here. We want the student to build their character, you should learn how Bush and Blair can be the most influence man right now." Wahai Tuan Manager,apalah y nk dibanggaga-banggakan sangt dengan 2 penyangak tu. Tak sedar kah tuan terhadap kejahatn dan kekejaman yang telah dilakukan mereka. Adalah lebih baik jika ambil character Rasulullah yang patut dijadikan model. Tak pun Al Jaizari,tokoh Kejuruteraan Islam yang hidupnya diabdikan untuk berbakti kepada masyarakat dan agama. Paling koman pon Dr Mahathir,yang begitu gah sekali menentang dasar2 yang dibawa oleh 2 penyangak yang tuan nyatakan 2.

"Mungkin dia tak fikir apa yang dia cakapkan",beritau syukur kepadaku.

Syukur kebetulan turut teliti terhadap ucapan yang diberikan dikala rakan-rakan yang lain tengah rancak berbual dibelakang. Kenapalah minda masyarakat aku kini berada ditahap ini....

Majlis itu kurang dihadiri oleh pelajar asing. Aku tak fhm kenapa ini boleh berlaku. Jurang antara pelajar foreigner dengan local masih jauh. Tak taulah mcmmn nk atasi perkara ini. Namun,mknn pd mlm itu cukup best walaupun takde la bnyk mn. Aku tetap kenyang. KAmi seterusnya 'disajikan' dengan persembahan band Jamen. Aku pulang awal sebaik sahaja selepas mkn, sewaktu band JAmen tgh buat persembahan. Banyak urusan perlu diselesaikan. Alhamdulillah bnyk pengalaman aku kutip pd mlm ini. Tahniah untuk warga V4 terutamanya pihak penganjur atas majlis y 'best' ini..........

-wallahualam-

Read More !

Peristiwa pukul 2.30 pagi.

Malam itu ,tepat pukul 2.30 am,aku bersama naim dr Tronoh mahu pulang ke Utp. Dalam perjalanan,tetiba aku teringat minyak moto yang makin kering. Maka destinasi kami bertukar ke stesyen minyak Taman Maju. Maklumlah,24 jam, Kalau stesyen minyak Utp lain la pula keadaannya. Macam office hour. Kalau launch hour,tutup,kul 6.30 ptg dah tutup kedai dah. Bukak lak mcm syarikat swasta,kul 9.00 br buka. Hmm,kadang2 geram gak. Pekerja lak sorang. kalau aku isi kat Utp alamatnya x dpt la aku g kelas keesokkan harinya.

Dengan confidentnya kami meneruskan perjalanan kami. Namun persoaalan yang bermain dlm kepala, adakah sempat kami tiba ke destinasi dengan minyak y hampir kering ni. Aku cuba menjadi optimis,yakin bahawa kami akan tiba jua ke stesyen minyak Taman Maju. Namun,kira-kira 3 km lg sblm tiba, tiba-tiba kejadian y x diduga berlaku. Motor aku semput ditengah jalan.HuHUHU...Sangt cuak rasanya ketika itu.X sangka kejadian mcm ni bleh berlaku. dah la tengah2 mlm. gelap lak 2. Kami gagahkan diri menolak moto . Tapi,rupa2nya kami berada berdekatan restoran tom yam y begitu famous bg pelajar UTP. Aku cakap kt naim nk mintak tlg jer sesapa kt kedai tomyam 2 suh beli minyak.Tapi naim x setuju.Dia cadangkn suh tlk jer smp stesyen minyak. Mgkn naim segan la kot. Nk call member len,bateri lak nk abis. Naim,hp dia hilang.Huhu....Tawakal jalan akhirnya.

Namun peristiwa y tak diduga berlaku. Ms kami lalu kt simpang nk msk kedai tom yam 2,ada sorang brader,tengah bawa kereta ,menyapa kami. Dia menawarkn diri untuk menolong kami pergi belikan minyak. Alhamdulillah. Hanya kalimah itu yang mampu aku ucapkan. di saat dunia ini terasa begitu gelap,engkau hadir memberiknku sinar dan harapan, Ya allah,aku bersyukur terhadap mu. Aku tinggalkn naim,sementara aku mengikuti brader 2 u beli minyak.

Dalam kereta, aku bersembang dgn brader 2. Dia kata nk beli rokok kt stesyen minyak yang sama. Kebetulan,getus hati kecilku. Aku cuba bersembang loghat utara dengan abg 2,tetapi dia nampak kekok untuk bersembang dengan aku. setibanya aku di stesyen minyak, dia bg aku botol u isi minyak. Baik betul brader ni. Namun dia x dpt beli rokok kerana jenama kegemaranya x di jual disitu. Seterusnya kami menuju ke restoran Salam. Di Restoran salam,jenama kegemarannya ada dijual.

"Ada bola mlm ni, patut napok rama," kata brader td.Terkejut aku mendengarnya.
"Abg ni ore kelate ke?", tnyaku kpdnya.
"Dok eh, ore Tani(Pattani),"Kata nyer kembali.
La..patut pon aku sembang dlm loghat utara dia nmpk cam x de respon. Lantas, kami terus bersembang dlm loghat kelantan. Begitu mesra sekali perbualan kami. dia juga sempat lg ajak kami mkn kt restoran tom yam 2. Rupa2 nya dia lepak bersama kwn2 Tani dia kt restoran tom Yam 2. Rasa besyukur kpd allah kerana diberi kelebihan untuk bercakap dlm bebrapa loghat. Alhamdulillah.

Aku dan Naim pulang semula ke Utp pd ku l4.00 pagi.Namun ,sebelum itu kami sempat untuk minum mlm di restoran slam. Kelihatan begitu ramai sekali member2 menyaksikan perlawanan MU lawan AC milan pd mlm itu. Sekian.........

Read More !

Oh bangsaku....


">Link Tak lama dulu ada rancangan di radio yang berkisarkan tentang cita2 kanak2 malaysia. Apabila ditnyakan kepada anak melayu nak jadi apa bila besar,jawapannya adalah saya nak jadi jurutera pesawat kapal terbang,anak orang india pula nak jd pemandu kapal terbang, Tetapi apabila soklan y sama ditnya kan kpd anak kaum cina,jawapan y diberikan adalah untuk menjadi penjual kapal terbang. Anak Cina itu dari awal lagi meletakkan ciri-ciri perniagaan dalam cita-citanya. Ia bermakna dia sudah nampak bahawa wang atau kekayaan lebih besar boleh diperoleh dengan menjual kapal terbang, tidak kiralah sama ada dia menjadi ejen jualan atau bekerja dengan syarikat yang mencipta atau membina kapal terbang. Yang penting, dia mempunyai cita-cita yang dapat melihat sumber kekayaan lebih jelas.

Cerita ini sudah pasti menjadi satu signifikan yang amat besar untuk bangsa kita kerana cerita ini mencerminkan secara total pemikiran orang melayu kita. "tak berani mengambil risiko".Bukanlah niat dihati untuk mengagung-agungkan bangsa lain,tetapi mungkin boleh diambil sedikit contoh gaya pemikran org cina dari sudut yang positif. Saban hari kita dengar kejayaan org2 cina dlm bidang perniaagaan.Jika dinilai dr aspek ekonomi,bangsa melayu sudah amat jauh tertinggal dibelakang. Kita dikira bernasib baik kerana msh kuat dlm bidang politik,jika tidak mungkin kita sudah 'merempat di bumi sendiri'.

Hari ini bangsa melayu amat selesa hidup dalam keadaan bersubsidi. Sebab itulah kita malas nk bersusaha kerana sentiasa 'diberikan tongkat untuk berjalan'. Sebagai contoh,cuba bayangkan sekiranya kita x diberikan biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran di universiti,agaknya mampukah kita berada di universiti sekarang. Org cina y sudah lama di'trained' untuk berdikari oleh dasar2 kerajaan rata-ratanya mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kolej swasta dengan perbelanjaan sendiri kerana mereka mempunyai taraf ekonomi y kukuh. Contoh lain,org melayu hari ini mampu untuk memiliki kereta walaupun pendapatan bulanan x lah sebanyak mana kerana wujudkan kaedah pinjaman bank y mudah pd ms ini untuk bumiputera. Masyarakat kita hari ni sudah terbiasa dengan gaya hidup berhutang y secara jelas memberikan kesan negatif untuk jangka masa yang panjang.

Hari ini mungkin kita berasa selesa hidup di bumi malaysia yang pada zahirnya nampak aman tenteram. Tidak sedarkah kita hari ini kita masih tidak aman jika difikirkan masalah2 dan penyakit yang menimpa bangsa kita. Bukan penyakit lahiriah y dimaksudkan tetapi penyakit2 y berpunca dari masalah dalaman dan pemikiran orang melayu itu sendiri. Salah satu nya penyakit malas. Malas y dimaksudkan juga boleh dilihat dr sikap malas berfikir bangsa melayu itu. Sebagai contoh, rata2 orang melayu hanya mampu menjadi pengguna produk yang sudah siap di pasaran. Sepatutnya kita, y menjadi tuan di malaysia ini seharusnya perlu kehadapan untuk menjadi pengeluar dalam banyak produk.Ini kerana,orang melayu ada bnyk keistimewaan sebagai contoh mempunyai tanah yang banyak. Tanah2 ini boleh dimanfaatkan dalam bnyak bidang seperti hartanah,pertanian dan sebagainya. Namun secara realitinya kita lebih senang untuk memberikan kelebihan ini kpd bangsa lain kerana malas berfikir dan berusaha dan mengharapkan keuntungan dalam ms y singkat. Kalu kita lihat di IPT kebanayakan top scorer adalah bukan bangsa melayu walaupun dari segi kuantitinya amat membanggakan. Dimanakah silapnya?Rata2 orang kita lebih suka menghabiskan masa dengan perkara yang melalaikan dan tidak memberikan faedah untuk diri mereka. Tak perlulah dihuraikn dengan lebih lanjut kerana kita msg2 sudah phm apa maksudnya kan?

Justeru,kita perlu berubah mulai dr sekarang. Sampai bila agaknya kita mahu melihat bangsa kita sentiasa terkebelakang. sudah samapai masanya untuk kita lahirkan lebih bnyk individu seperti Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari,seorang tokoh usahawan dari kedah y kini tersenarai sebagai individu ke 8 terkaya di malaysia.Bukan nilai material yang menjadi persoalan disini,tetapi maruah kita sebagai orang melayu dan orang islam perlu di pertahankan. Persiap kanlah segala kekuatan wahai kawan-kawan,buang sikap-sikap negatif kita. Pegang lah dengan nilai-nilai islam sekukuhnya kerana disitulah letaknya panduan kita. Sekian,sekadar pendapat..... :)

Read More !