"Panggilan itu....."

Semasa pulang dari lecture pagi itu, tiba-tiba 'handset' aku berbunyi. Melalui nada deringnya menunjukkan itu adalah panggilan daripada ahli keluargaku. Aku telah setkan panggilan daripada ahli keluargaku berbeza dengan panggilan yang lain dengan nada klasik. Memang pelik untuk menerima panggilan daripada ibuku pada waktu-waktu pagi begini. Terdetik di hatiku adakah ada sesuatu kejutan untuk disampaikan kepadaku. Jauh di sudut hati timbul perasaan gementar dan takut jika ada sesuatu perkara buruk berlaku.

Aku teringat peristiwa yang berlaku kira-kira setahun yang lepas. Pada waktu itu cuti pertengahan semesta baru bermula. Aku menghubungi ibuku untuk memberitahu aku pulang lewat kerana menghadiri satu program. Namun,dengan nada sedih ibuku memberitahu bahawa abah di masukkan ke hospital. Terus tidak jadi untuk aku menghadiri program tersebut. Selepas menguruskan apa-apa yang patut, aku terus pulang ke rumah. Hal ini lebih penting berbanding program yang bakal dihadiri. Pada ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu akan perasaan aku. Fikiran aku kusut, perasaan bercampur-baur. Menurut ibu,petang itu, abah beritahu ibu yang abah sakit kepala. Sakit kepala yang dihadapi amat berbeza berbanding sakit yang dihadapi pada hari-hari yang lain. Yang ini lebih kuat. Selepas makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, sakit kepala yang dihadapi berkurangan sedikit.

Keesokan harinya, perkara yang tidak terduga berlaku. Abah muntah-muntah. Hampir pengsan dibuatnya. Nasib baik ada abang Zaki yang tinggal di sebelah rumah. Dialah yang membawa abah ke hospital Pusrawi. Ibu tidak berani memandu walaupun mempunyai lesen kereta. Menurutnya memandu di bandar berbeza berbanding memandu di kampung. Sebelum kami tinggal di Kuala Lumpur, kami tinggal di sebuah FELDA di Terengganu.

Selama 3 hari di hospital, masih belum jelas akan penyakit yang dihadapi oleh abah. Sepanjang 3 hari berada di hospital, pandangan abah mula kabur. Abah mengadu pada ibu yang mata sebelah kiri abah langsung tidak nampak. Namun, abah tenang sahaja. Mungkin abah sudah biasa berhadapan dengan situasi ini. Sudah lama abah mengidap sakit buah pinggang. Mungkin pengalaman inilah yang menyebabkan abah tabah menghadapi situasi ini. Sepanjang abah berada di hospital, ibu setia berada di samping abah. Sudah hampir seminggu ibu tidak bekerja kerana menjaga abah. Alhamdulillah, sejak aku cuti, kuranglah sedikit bebanan ibu kerana akulah yang mengambil-alih tugas ibu menjaga abah di hospital sementara ibu meneruskan kerjanya yang terbengkalai di pejabat.

Keputusan 'CTSCAN' amat memeranjatkan. Menurut doktor, terdapat satu ketumbuhan di kepala abah. Saiznya adalah sebesar saiz bola pingpong. Rupa-rupanya, ketumbuhan itulah yang menekan urat mata abah dan menyebabkan penglihatan abah terganggu. Namun, doktor tidak dapat memastikan tahap ketumbuhan tersebut samada bahaya atau tidak. Doktor pakar mengesyorkan agar abah segera dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Kami menjadi tidak keruan kerana menurutnya lagi, pembedahan itu adalah berisiko tinggi dan peluangnya adalah 40:60. Dengan penyakit buah pinggang yang abah hadapi, mana mungkin abah mampu menghadapi pembedahan yang dilangsungkan selama 8 jam itu. Kami menjadi serba salah. Abah memang berani. Abah memberitahu kami, abah sanggup menghadapi pembedahan tersebut. Pada masa itu, aku menjadi sebak melihat ibu menangis dan tanpa disedari aku menitiskan air mata. Melihat wajah Nurul dan Nabila, aku semakin sebak. Mereka terlalu kecil untuk menghadapi situasi ini. Melihat wajah Kak Miza, abang Syahril dan Syahfiq, aku pasti mereka turut tidak sanggup menghadapi situasi ini. Pada masa itu, hanya pada Allah aku mengadu segalanya.

Memandangkan risiko yang dihadapi, doktor memberi kami pilihan ke dua, iaitu teknik 'radiology'. Kaedah ini memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama. Abah bersetuju dengan kaedah ini. Kami memang bernasib baik kerana sebahagian besar kos rawatan dibiayai oleh FELDA. Jika tidak, manalah agaknya sumber untuk mendapatkan wang bagi menampung kos rawatan. Sebaik aku pulang ke UTP, abah meneruskan rawatan radiologynya. Abah terpaksa menghadiri 30 kali sesi rawatan dan setiap rawatan kosnya adalah RM 2000. Ibulah yang menemani abah pada setiap kali rawatan diadakan. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang penyayang.

Sejak dari itu, keadaan abah semakin baik, semakin hari, penglihatan abah semakin jelas. Pada tahun lepas, kami beraya di Kuala Lumpur buat pertama kalinya kerana rawatan abah. Suasananya jelas amat meriah dengan adanya setiap anggota keluargaku walaupun persiapannya ala kadar sahaja. Selepas habis 30 kali rawatan radiologi tersebut, abah diminta untuk kembali ke hospital Subang Jaya,tempat abah membuat rawatan radiologi pada akhir bulan 7 tahun 2007 untuk melihat kembali keadaan ketumbuhan abah....................

Baru aku teringat bahawa tarikh tersebut adalah pada hari ibu menghubungi aku pagi itu. Perasaan cemas mula menyelubungi diri sewaktu bercakap dengan ibu. Aku tanyakan perihal abah. Dengan suara yang girang, ibu memberitahu aku bahawa ketumbuhan abah telah hilang sepenuhnya. Ibu meminta aku melakukan sujud syukur. Alhamdulillah...Ungkapan itu aku ucapakan sebagai tanda syukur kepada Allah. Aku menitiskan air mata. Allah masih lagi memberi kesempatan untuk aku dambakan kasih sayang ibu dan abah. Di dunia ini mereka lah insan yang paling aku sayang dan cintai. Wallahuallam....

Read More !

Adakah sinar itu akan terus mekar?

Pagi ni penulis terbaca berita di ruangan dunia berita harian. Penulis tergamam seketika apabila membaca berita tentang kemenangan besar Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Turki di arena politik Turki. Memang ini satu berita yang dinantikan bagi setiap pendokong dan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Sudah sekian lama Turki dilabel sebagai sebuah negara sekular terulung selepas kejatuhan empayar khilafah islamiah, namun dengan kemenangan parti AK sudah pasti memberi sinar kepada sistem islam untuk kembali mekar di Turki dan seluruh dunia amnya.

AK memenangi 46.3 peratus undi selepas 99.9 peratus pengiraan undi selesai. Ia adalah kemenangan terbesar pernah diraih sebuah parti Turki sejak pemilihan Parlimennya dimulakan pada 1969. Kemenangannya itu menyaksikan AK menguasai 339 daripada 550 kerusi Parlimen – mandat cukup bagi menubuhkan kerajaannya sendiri. Parti itu mempunyai 352 ahli Parlimen sebelum ini dan pencapaiannya kali ini meningkat 12 peratus berbanding 2002. Namun, bilangan kerusinya berkurangan disebabkan kehadiran ramai anggota daripada lebih banyak parti berbanding sebelumnya. Parti Republikan Rakyat yang menjadi parti sekular utama (CHP) di tempat kedua dengan 20.9 peratus undi atau kira-kira 112 kerusi, mengikut keputusan tidak rasmi. Parti Tindakan Nasionalis (MHP) yang berhaluan kanan di tempat ketiga dengan 14.2 peratus (71 kerusi). (Berita Harian, 24 Julai 2007)

Namun terfikir sejenak adakah keadan ini akan berterusan ataupun akan muncul segelintir golongan yang bakal muncul sebagai golongan penentang terhadap keputusan ini. Menyedari situasi ini, sudah pasti golongan elit Turki yang sekular dan pasukan tentera yang berpengaruh tidak akan duduk diam. Mereka pasti akan mencanang pelbagai strategi untuk mengawal situasi ini.

3 bulan lalu, pencalonan Menteri Luar Abdullah Gul sebagai presiden baru telah mencetuskan pertikaian dengan golongan elit yang sekular. Krisis itu mencapai kemuncaknya apabila pasukan tentera yang berpengaruh memberi amaran dalam satu kenyataan tegas yang ia bersedia melakukan apa saja demi melindungi sistem sekular dan berjuta-juta penduduk Turki menyertai bantahan jalan raya bagi menentang pemilihan calon AK sebagai presiden.

Namun, sudah pasti pucuk pimpinan AK ,Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan akan merancang strategi tersendiri. Ini jelas dibuktikan melalui kenyataan beliau bahawa beliau akan meneruskan komitmen terhadap sistem sekular dan memastikan Turki menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU). Mungkin sesetengah golongan mempertikaikan kenyataan beliau. Namun penulis percaya bahawa ini hanyalah satu strategi. Tindakan ini akan mampu mengekang ancaman puak tentera dan golongan elit sekular Turki yang sentiasa mahukan sistem sekular terus diamalkan di negara itu.

Sekiranya Turki berjaya menyertai EU, cengkaman pihak tentera terhadap kerajaan Turki akan mula berkurangan. Hal ini demikian, apabila sesebuah negara menganggotai EU, tentera tidak akan diberikan mandat untuk mencampuri urusan kerajaan. Dengan ini, Parti pemerintah bebas melaksanakan dasar-dasar tanpa ada apa-apa campurtangan daripada pihak tentera. Mungkin ini strategi yang mahu dilaksanakan oleh Erdogen untuk mengembalikan kerajaan Islam di negara Turki.

Walau apapun keadaan di Turki, kita sentiasa mengharapkan agar kerajaan islam akan kembali bertapak di Turki. Kemenangan besar Parti AK jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar masyarakat Turki menginginkan tertegaknya kembali kerajaan khilafah islamiah di Turki.
Mereka sudah sekian lama tertekan berada di bawah satu sistem yang jelas sekali menolak ajaran islam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Wallahuallam...

Read More !

Bermula lembaran baru.

Esok bakal bermula semesta baru. Sedar tak sedar dah hampir separuh jalan kehidupan aku kat UTP. Smesta ni aku ambil 6 subjek. Kalau sem lepas 8 subjek. Sem ni kena kurang kan. Kalau tak, letih lah badan eden ni macam sem lepas. Subjek sem ni:-

-Prob stats
-Heat transfer
-Thermo 11
-Mech. Engineering Design 11
-Mechanic of Machine
-Mechatronics.

Boleh katakan subjek sem ni semuaya 'killer'. Projek belambak-lambak lak tu. Tak tahu la camner nak bahagikan masa untuk sem ni. Semoga sem ni akan dapat dilalui dengan sempurna tanpa mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Alhamdulillah,pointer sem lepas ada peningkatan. Namun target yang disasarkan masih belum dicapai. Sem ni kena tingkatkan lagi usaha. Baru sekarang baru faham betul-betul skill belajar di Universiti. Memang benar kata senior-senior aku dulu. Kalau dah 'score' coursework mark,dah x perlu nak dibimbangkan 'final'. Satu lagi, soalan-soalan final sem-sem lepas memang amat berguna. Jika hanya mengharapkan study sajer, tanpa mengetahui teknik menjawab soalan memang merugikan. Belajar di universiti memang 'self-dependent.' Dulu cikgu sentiasa bagi contoh-contoh soalan tanpa kita keluarkan sesen pon. Namun di sini, semuanyer bergantung kepada kita. Kita yang menentukan arah tuju hidup ini. Wallahua'lam..

Read More !