Because a photo is worth a thousand words.

Ntah mengapa agaknya sekarang ni aku tiba-tiba jer jadi obsess dengan bidang photography. Adakah sebab sahabat-sahabat aku yang kini ramai memiliki camera berteknologi tinggi, seperti canon D400 ataupun nikon D80 dan lain-lain kamera. Rasanya bukan kot. Mungkin kerana suatu gambar itu boleh menceritakan pelbagai perkara kepada si pemerhatinya. Ini yang berlaku pada diriku. Perasaan yang sukar digambarkan apabila melihat hasil-hasil 'shooting' mereka yang pakar dalam bidang ini. Terdetik di hati untuk memiliki satu Camera SLR dan belajar mengambil gambar dari pelbagai sudut yang menarik.

Namun apakan daya, aku kurang mampu. Kalau dikumpulkan sebulan RM 200 daripada biasiswa yang di berikan Petronas sekalipun, dalam masa setahun lagi kot aku akan berjaya memilikinya. Yang itu pun baru basic camera. Tak termasuk Lense dan flash. Mungkin jumlah keseluruhan yang di perlukan akan mencecah paling kurang RM 3500. Daripada aku habiskan duit dengan camera ni, baik aku gunakan pada seseuatu yang lebih berfaedah.

Namun begitu, atas rasa kecintaan aku dalam bidang photography ni, aku telah mengambil keputusan untuk membeli camera phone. Brand Sony Ericsson adalah pilihan yang terbaik kerana aku mampu memiliki camera beresolusi 2.0 MP dalam sekitar RM 550 sahaja ditambah dengan function lain yang menarik. Dengan mengeluarkan sedikit simpanan yang aku miliki, alhamdulillah kini aku berjaya memiliki camera phone yang sudah lama diidam-idamkan walaupun tidak lah secanggih cyber shoot. Insyaallah, camera phone ini akan menjadi permulaan bagiku untuk mengembangkan lagi minat aku dalam bidang dunia photography ini. Manalah tau, suatu hari nanti aku akan menjadi sehebat Saiful Nang dalam mengambil gambar...huhu..Inilah dia sony ericsson K610i.

Antara gambar-gambar menarik yang telah diambil dengan menggunakan camera phone ini:-

















perodua field trip
















Pangkor 08
















KLCC

















secangkir kopi di v6 cafe















pangkor 08















2 orang budak y riang bermain

Read More !

Apakah perasaan itu mula luntur.


"Sungguh orang -orang yangberiman dan mengerjakan kebajikan kelak (Allah) yang maha pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (di dalam hati mereka)"

QS Maryam(19:96)

Sedih, kecewa...Ini lah gambaran perasaan ku sejak kebelakangan ini apabila melihat perkembangan semasa yang berlaku. Baik situasi di dunia islam, di dalam negara ku sendiri, dan tak ketinggalan situasi yang berlaku di kampus ku sendiri. Kadang kala aku terfikir, sudah lunturkah perasan mahabbah dalam diri kita semua. Mengapa agaknya kita begitu sukar untuk memupuk perasaan cinta dan kasih sayang sesama kita. Bukan perasaan cinta sesama insan berlainan jantina ataupun percintaan songsang yang melanggar batasan syarak yang aku maksudkan, tetapi perasaan menyintai mereka yang sama akidah dengan kita, saudara sesama islam.

Pergeseran antara mereka yang berlainan pendapat, masalah sosial yang yang begitu menular kebelakangan ini, penyakit-penyakit hati seperti dengki, buruk sangka dan lain-lain sudah begitu cukup menggambarkan bertapa masyarakat kini perlu diubati dengan memupuk kembali perasaan mahabbah antara kita.

Adakah hal ini berpunca daripada lemahnya iman kita dan kurangnya amal soleh kita dek kelalaian kita dengan dunia yang penuh fana ini. Sesuai dengan ayat di atas, Allah telah berjanji untuk menanamkan perasaan kasih sayang kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Mari lah sama-sama kita check kembali diri kita. Sejauh mana keimanan kita serta sebanyak mana amal soleh yang ikhlas telah kita laksanakan kepada sang pencipta kita.

Aku begitu optimis apabila kita kembali memupukkan perasaan kasih sesama kita segala gejala yang disebutkan sebelum ini akan dapat diatasi. Mereka yang berlainan pendapat atau ideologi politik akan dapat duduk semeja dan berbincang untuk kebaikan bersama. Masyarakat akan kembali mengambil berat sesama mereka dan bukan terhad hanya kepada kaum kerabat mereka semata-mata. Menegur jiran-jiran dan orang sekeliling bukanlah perkara asing lagi. Orang melayu dulu-dulu, satu kampung mereka kenal dan ambil berat. Tak macam sekarang. kadang-kadang jiran sebelah rumah pun kita tak kenal.

Apabila kita mula mencintai saudara-saudara kita, insyaallah kita akan lebih sensitif terhadap isu-isu masyarakat yang berlaku seperti apa yang berlaku di Palestin. Di sana, mereka di bantai, ditindas oleh Zionis laknatullah. Namun, apakah kita yang berada di sini hanya sekadar memerhati sahaja tanpa timbul sebarang perasaan kasihan dan azam untuk membantu mereka. Isu penyiaran filem pendek yang bertajuk Fitna oleh sebuah parti kebebasan di Belanda kini sedang hangat di perkatakan. Filem yang jelas menghina islam ini dengan melabelkan islam sebagai simbol keganasan ini merupakan salah satu strategi barat dalam meniupkan sentimen anti-islam terhadap masyarakat dunia lantaran kaget dengan pertambahan bilangan mereka yang beragama islam pada masa kini. Persoalannya, sejauh mana sensitiviti kita dengan isu ini. Jika kita tidak mula bersatu, nescaya kita akan terus dipermainkan oleh mereka yang memusuhi islam.

Akhir kata sama samalah kita renungi kembali hadith nabi yang diriwayatkan oleh imam bukhari dan muslim ini..

" Seseorang di antara kalian tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

(HR Bukhari dan Muslim)

Jelas menunjukkan hubung kait antara iman dan ukhwah. Sama-sama kita renungkan.Wallahuallam.

Read More !

Jom kekalkannya........




































































































Suasana ini hanya akan dapat akan lihat di sebuah negeri yang meletakkan dasar-dasar islam sebagai asas pemerintahnya.Terserahlah kepada anda untuk mengekalkannya atau tidak. Pilihan terletak ditangan anda.

Read More !