Mechanic of Machines dalam kenangan.

Hari ni paper mechanics of machines. Aku masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan penuh yakin sekali. Segala soalan final telah aku baca dan praktikkan. Sewaktu mencari tempat duduk, aku terpandang Musa'b. Aku pasti bahawa tempat dudukku berada di belakangnya kerana sudah menjadi kebiasaan aku dalam setiap kali exam untuk berada di belakangnya. Dengan penuh keyakinan aku mengambil tempat duduk tersebut. Kuperhatikan ke kiri dan ke kanan. Ku lihat sahabat seangkatan semuanya begitu tenang membelek-belek soalan yang bakal keluar walaupun ditegah berbuat demikian. Aku dapat merasakan bahawa soalan yang bakal keluar tidaklah begitu sukar. Aku turut mengambil peluang tersebut untuk membelek-belek kertas soalan. Tepat jangkaan aku. Semua soalan yang keluar merupakan soalan yang biasa aku buat latihan.Alhamdulillah..Getus hatiku..

10 minit lagi exam bakal bermula. Aku mengambil peluang berdoa agar dipermudahkan apabila menjawab nanti. Tiba-tiba aku terlihat seorang brader yang mundar mandir berjalan mencari seatnya. Lama gak dia cari tetapi gagal menjumpainya. Apalah susahnya kalau tengok betul-betul tempat duduk kat luar tadi. Takde la menyusahkan orang lain nak tolong carikan. Getus hati. Aku teruskan melihat soalan-soalan sambil mencatatkan isi-isi penting. Tiba-tiba bahukuku ditepuk dari belakang. Aku terkejut..Opocot..Ketua pengawas rupanya. "Tempat duduk kamu ke ni?"tanya dia dengan nada tension. "Tempat saya la ni encik."aku membalas. Pada waktu itu baru la aku teringat yang seat aku adalah bernombor 217 bkn 216 yang aku duduk tu. Sepatutnya aku duduk satu lagi seat kat belakang. Dengan selamber dan sedikit rasa segan, aku pergi mengambil tempat di belakang. Semua orang tengok aku. Ya allah malunya. hehe..sepanjang membuat soalan aku tersenyum sendirian memikirkan perkara tu. Rupanya mamat tu budak final year. Dia baru jer amek subjek 2. Patut la tak pernah jumpa sebelum ni. Aku sempat gak meminta maaf dari dia. Moral: Tengokla betul-betul seat anda masa nak periksa..kui.kui.kui

Alhamdulillah. Dapat juga aku jawab paper MOM ni walaupun kantoi soalan yang pertama. Bab analytical. Aku kurang berminat topik ni. Kalau soalan mintak graphical insyaallah dapat buat dengan tenang. Next, MED dan Mechatronics. Semoga dipermudahkan olehnya..

Read More !

Diri ini penuh dosa

Diri ini penuh dosa,
Kuharapkan ampunan bagi diri ku...

Diri ini penuh dosa,
Diri ini tak kenal tuhannya,
Diri ini tak ikuti perilaku rasulnya,
Diri ini syirik dalam banyak perkara,

Sedang diri ini tiada harga,
Tak berguna dan tak ada apa-apa,
Sedang diri ini adalah ciptaan-Nya,
Hamba abdi, kuli dan makhluk yang hina,
Dicipta dari tanah yang dipijak olehnya sendiri,
Dijadikan dari setitis mani yang hina,

Sedarlah kita tiada sebarang harga, kekuatan mahupun harta,
Semua itu milik Allah yang esa,
Nikmat itu bukan sekadar hadiah semata,
Sebaliknya ia adalah ...
Amanah yang akan dipersoalkannya,
Pinjaman yang perlu dibayar semula,
Bebanan kepada manakah kita gunakannya,
Bahkan malangnya andai ia menjadi penarik diri kita ke neraka... (Al-qiyamah 36-40)

Sedarlah kita adalah semulia-mulia makhluk,
Dan pasti kita telah dijanjikan akan menjadi sehina-hina ciptaan,
Kecuali kalau kita masih mahu beriman,
Sedar sikit diri tu, dah hamba buat lah cara hamba,
Bahkan binatang pun patuh pada tuhannya,
Tapi manusia sanggup bertuhankan kesenangan Dunia,
Mengelamun siang malam minta ditambah nikmat yang ada,
Dengki pada manusia lain yang nampak bahagia,
Ingat Tuhan? Kadang-kadang sahaja,
Dan beramal soleh,
Ya Allah, rasa muliakah kita dengan beribadat padanya?
Sedang anggota badan yang digunakan untuk beribadat adalah miliknya,
Masa beribadat itu kurniaan-nya,
Teringat nak beribadat pun rezeki yang luar biasa,
Belum ilmu, kesedaran, lingkungan, kawan-kawan,
Apa lagi yang menyebabkan kau rasa mulia?
Menyombong diri dengan ibadah tak seberapa,
Pernah dengar sahabat bangga dengan ibadah mereka?
Yang Qiamullail sepanjang malam tak tidur2 sampai ditegur rasul s.a.w pun rasa tak cukup-cukup,
Ibadah kita entah 0 perpuluhan berapa peratus gamaknya dari ibadah mereka,
Entah khusyu’ entah tidak pun perlu lagi ditanya,
Jauuuh sangat lah nak bercerita bab ikhlas dan ihsan dalam ibadah tu nak ada.

Entahlah manusia, kenapalah engkau wahai manusia,
Kenapakah engkau wahai manusia, kenapalah engkau wahai manusia,
Apalah yang merasuk dirimu hai manusia,
Tak cukup ke nikmat yang telah kau peroleh?
Tak cukup ke nikmat yang Allah bagi?
Tak cukup ke masa yang kau ada?
Tak cukup ke tenaga yang Allah kurnia?





Sebagai renungan untuk diri yang dhaif ini

Read More !

Muhasabah diri

Tirai sem 4 sudah hampir ke penghujung. Kini semua tengah bertungkus lumus memerah otak dalam berhadapan fianal exam. Kalau yang dulu sekali sekala jer mengadap buku, namun kini buku dan lecture note tu dah tak dapat lagi nak dipisahkan dengan diri. kalau dulu, masa banyak dihabiskan dengan Dota, CS, dating, dan berbagai lagi aktiviti yang tak berfaedah, namun kini, setiap masa itu berharga, tak nak lagi dibiarkan berlalu begitu sahaja. Begitulah hebatnya penangan final exam bagi pelajar-pelajar UTP.

Namun bagi aku, masa study week dan exam week ni la masa yang tenang bagi aku. Aku sudah tidak lagi sibuk dengan kuliah-kuliah,asignment yang bertimbun-timbun,test, quiz projek-projek yang membebankan dan pelbagai lagi tanggungjawab yang lain. Selain itu, aktiviti non-academic aku pun menjadi berkurangan semasa minggu peperiksaan ni. Aku kini bebas 'seketika' dalam merencana aktiviti kehidupan aku sendiri dan untuk fokus pada study.

Final exam minggu perubahan?

Sepanjang minggu peperiksaan ini, pelbagai ragam dapat aku lihat. Fenomena-fenomena peik memang banyak berlaku. Sebagai contoh ramai sahabat aku sudah menjadi burung hantu,aktif di waktu malam dan berhibernasi diwaktu siang. Surau dan masjid yang dahulunya lengang kini sudah menjadi meriah dengan penambahan ramai jemaah baru yang dulunya sukar dikenalpasti. Suasana malam kini sudah menjadi semakin tenang tanpa suara-suara sumbang membuat bising. Alhamdulillah, tarbiah Ramadhan yang lalu telah menjadi titik perubahan kepada sahabat-sahabat di UTP untuk kembali kepada fitrah. Hmm..namun adakah keadaan ini akan berkekalan atau akan hilang menjadi memori selepas sahaja berlalunya final exam nanti. Saya pasti anda sudah ada jawapannya.

Mencapai tujuan

Semua orang bercita-cita untuk memperoleh CGPA yang tinggi apabila graduate nanti. Tak kurang juga yang mahu menkonsistenkan pointer masing-masing untuk setiap sem agar melepasi tahap minimum yang ditetapkan oleh penaja masing-masing untuk mengelakkan elaun bulanan ditarik. Ada juga yang membayangkan untuk bekerja dengan kompeni-kompeni besar seperti exxon-mobil, Schulumberger, Shell, Petronas. Tak kurang juga yang mengimpikan untuk menghadiri jamuan-jamuan yang meraiakn mereka yang memperoleh anugerah dekan. Maka final exam inilah yang akan menjadi agenda utama di universiti selain bertungkus lumus untuk mendapatkan markah yang tinggi bagi 'cousework mark'.

Kadang kadang, dalam memenuhi agenda masing-masing, kita telah terlupa tanggungjawab dan agenda utama kita. Tanggungjawab kita dengan tuhan. Sejauh mana agaknya kita memenuhi tanggungjawab utama kita ini. Memahami kehendak-Nya dan terus bekerja mendekati-Nya. Kita selalu lupa bahawa bahawa dialah sumber kekuatan dan sumber inspirasi kita. Kehidupan ini telah siap diaturkan olehnya. Tiada siapapun yang dapat merubah takdir dalam hidup ini kecuali dirinya.

Konflik dalaman.

Sudah lama aku tak post article dalam blog ini. Kalau dulu rajin juga aku post terutamanaya masa-masa study week dan exam week ini. Mungkin semangat aku untuk menulis telah dilunturkan oleh banyaknya maksiat yang aku lakukan. Jiwa kini sudah bergelodak dengan titik-titik hitam yang kian bertambah dan turutan nafsu yang sukar dibendung lagi.

Aku sedar ya Allah, aku hambamu yang lemah. Tanpa keampunan dan hidayah dari mu, hidup ini tidak beerti apa-apa. Hati ini perlu dibersihkan dan disucikan dengan iman dan taqwa. Ku tahui hanya hati yang bersih dapat memandu diri ke jalan kebenaran dan hidup yang diredhainya. Ku pasti, hal ini bukan konflik dalaman, tetapi merupakan kesilapan diriku sendiri yang terlalu tepersona dengan kehidupan dunia yang melalaikan ini dan terus menjerumuskan aku dalam gelodak jiwa ini.

Saki baki perjuangan

Kini sudah 3 paper berlalu, 3 lagi bakal kuhadapi. Alhamdulillah semuanya sudah berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun terdapat juga beberapa yang aku gagal sempurnakan dengan baik. Aku pasrah dan redha dengan kehendakNyA. Mungkin menjadi sebagai kafarah terhadap dosa-dosa dan maksiat yang telah aku lakukan. Aku berazam untuk menyudahkan saki baki paper ini dengan baik tanpa berbuat apa-apa kesilapan lagi. Semoga setiap usaha aku ini bukan sahaja bertujuan untuk exam semata-mata tetapi yang lebih utama dalam mencari keredhaannya. Semoga ilmu-ilmu ini dan segala usaha yang dilakukan akan diberkati oleh ALLah .Insyaallah..

Selamat menempuh peperiksaan semua... : )

Read More !