V4 family day

Tadi aku menghadiri dinner sempena V4 days yang dilangsungkan buat julung2 kalinya bagi warga V4. Tepat kul 9.00 mlm Syukur datang ke bilik ku kerana kami plan u pergi bersama. Lagipun kupon y aku beli beberapa hari lepas ada bersama dengan nya. Sengaja aku suh dia pegang. Majlis ni diadakan di cafe Pak Ali, cafe y mendapt anugerah 'cafe y plg famous' u malam anugerah kolej kediaman.

Setibanya kami,kelihatan begitu ramai kawan-kawan yang sudah berkumpul. Majlis yang dijadualkan pd pukul 9.00 mlm bermula agak lewat kerana menunggu kehadiran tetamu VIP, Manager of UTP Finance, yang juga merupakan kawan baik fellow kami,Dr Isa. Beliau tiba agak lewat kira-kira 20 minit kemudian. Majlis yang dipengerusikan oleh Izzi bermula dengan bacaan doa. Alhamdulillah..Sungguh tak sangka aku majlis sebegini masi lg terselit nilai keagamaan. Mungkin satu turning point yang baik untuk warga UTP.

Namun aku agak terkesima dengn ucapan alua-aluan oleh tetamu VIP kami. Tanggapan aku yang majlis ini akn berterusan dgn nilai2 yang lebih baik ternyata salah. Ucapan awal nya lebih kurang berbunyi begini." I think I don't want to speak longer as for Malaysian , we have AF5 concert tonight, the main entertainment in this moment." Aku tersentak. Mengapa konsert AF5 yang di'highlight'kan. Tidak sedarkah beliau kami warga pelajar,sudah lama dilalaikan oleh hiburan y melampau2. Hmm...Kalau dia kata "saya tak mahu pnjgkn ucapan sy kerana mungkin ada pelajar yang mahu study atau menyiapkan esemen slps ini", mgkn aku boleh terima. Maklumlah final bakal menjelma. Seterusnya, ucapan beliau juga ada berbunyi,"We as a UTP student should take all the opportunities here. We want the student to build their character, you should learn how Bush and Blair can be the most influence man right now." Wahai Tuan Manager,apalah y nk dibanggaga-banggakan sangt dengan 2 penyangak tu. Tak sedar kah tuan terhadap kejahatn dan kekejaman yang telah dilakukan mereka. Adalah lebih baik jika ambil character Rasulullah yang patut dijadikan model. Tak pun Al Jaizari,tokoh Kejuruteraan Islam yang hidupnya diabdikan untuk berbakti kepada masyarakat dan agama. Paling koman pon Dr Mahathir,yang begitu gah sekali menentang dasar2 yang dibawa oleh 2 penyangak yang tuan nyatakan 2.

"Mungkin dia tak fikir apa yang dia cakapkan",beritau syukur kepadaku.

Syukur kebetulan turut teliti terhadap ucapan yang diberikan dikala rakan-rakan yang lain tengah rancak berbual dibelakang. Kenapalah minda masyarakat aku kini berada ditahap ini....

Majlis itu kurang dihadiri oleh pelajar asing. Aku tak fhm kenapa ini boleh berlaku. Jurang antara pelajar foreigner dengan local masih jauh. Tak taulah mcmmn nk atasi perkara ini. Namun,mknn pd mlm itu cukup best walaupun takde la bnyk mn. Aku tetap kenyang. KAmi seterusnya 'disajikan' dengan persembahan band Jamen. Aku pulang awal sebaik sahaja selepas mkn, sewaktu band JAmen tgh buat persembahan. Banyak urusan perlu diselesaikan. Alhamdulillah bnyk pengalaman aku kutip pd mlm ini. Tahniah untuk warga V4 terutamanya pihak penganjur atas majlis y 'best' ini..........

-wallahualam-

No comments: