Pagi tadi, alhamdulillah, aku bangun agak awal. Selepas selesai segala persiapan diri, aku terus ke surau V3 untuk menunaikan solat subuh secara berjamaah. Selepas selesai, menjadi rutin bagiku untuk membaca quran di surau. Selepas habis membaca beberapa lembaran, aku mula menyemak-nyemak helaian-helaian yang tinggal sebelum habis bacaanku 1 juzuk. Teringat aku satu hadith sahih yang diriwayatkan oleh imam bukhari. Menurut hadith tersebut, ibnu abbas pernah bertanya kepada Nabi Muhammad saw, tentang berapa lama masa yang perlu diambil bagi menghabiskan bacaan 30 juzuk quran, sabda baginda, untuk menghabiskan 30 juzuk quran, masa yang perlu diambil adalah selama satu bulan. Pada ketika itu umur ibnu abbas adalah 8 tahun. Subhanallah..
Jam mula menunjukkan pukul 6.55 pagi. Aku mula berangkat keluar dari surau. Semasa hendak memakai kasut, tiba-tiba aku terasa bahuku disentuh dari belakang. Rupa-rupanya orang yang memegang bahuku itu adalah Islam. Islam merupakan seorang pelajar dari mesir, mengambil jurusan kejuruteraan elektrik.
"My, brother, if I am not mistaken, your name is Syah, right?", tanya Islam kepadaku.
Aku mula mengenali Islam semasa mengikuti liqa' quran bersama pelajar antarabangsa sewaktu awal sem. Dari situ juga aku turut mengenali, Muhanad Sabah, Annan dan Ahmed. Mereka semua dari sudan dan Mesir.
" Do you want to get rewards from Allah that equal with performing Hajj and Umrah?", tanya Islam lagi.
Aku tergamam. Subhanallah. Belum lagi aku mendengar amalan yang mempunyai pahala sebesar itu. Menurut Islam, dalam satu hadith sahih, apabila seseorang sudah selesai menunaikan solat subuh berjemaah, kemudian dia duduk membaca al-quran, mathurat dan amalan-amalan lain, sehingga waktu syuruk, dan selepas beberapa ketika dia menunaikan solat duha, maka allah akan mencukupkan baginya serta Allah akan kurniakan baginya pahala sebesar menunaikan haji dan umrah.
Islam terus mengajak aku naik ke surau semula bagi menunaikan amalan ini serta memintaku menyebarkan perkara ini. Subhanallah..Aku kagum dengan Islam. Dia tahu akan kewajipannya sebagai seorang muslim. Dia tidak lokek berkongsi apa yang dia ketahui. Banyak lagi sunnah yang dikongsi pada pagi ini.
Semoga aku akan terus beristiqamah dengan amalan ini..Insyaallah.
"sampaikan dari ku walaupun satu ayat"
No comments:
Post a Comment