Ku harap lebih dari itu.

Alhamdulillah. Semester 5 kian hampir tamat perjalannanya. Sem 6, sem praktikal bakal menyusul tiba. Maka bermula la kehidupan baru sebagai student 'intern'. Semoga dipermudahkan dan terus istiqamah dalam jalan-NYA. Bersyukur kpd Allah, setelah banyak 'application' yang dihantar, akhirnya ada satu company yang offer aku tempat untuk internship di Melaka, HSE Resources Sdn. Bhd. Company biasa-biasa jer.Yang paling penting, company ni memenuhi semua criteria yang aku tetapkan iaitu, tempatnya di Melaka, menyediakan latihan industri berasaskan Mechanical Engineering, ada ISO, working days 5 hari jer,hari Sabtu dan Ahad cuti dan tidaklah terlalu jauh dari rumah sewa kami iaitu di Jasin.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku terlalu nak sangat intern kat Melaka. Kenapa tak pergi tempat yang lain seperti di Shah Alam, KL ke, Kertih dan mana-mana tempat lain yang lebih banyak menyediakan tempat-temapat intern yang lebih menarik. Jawapan nya adalah kerana satu misi. Aku perlu ke sana kerana ada perkara yang perlu dilaksanakan, amanah yang perlu ditunaikan.

Seronok rasanya bila dengar sahabat yang lain yang berjaya dapat offer dr company yang hebat2 seperti Exxon Mobil, Petronas, Proton dan sebaginya. Dapat elaun yang tinggi, rumah disediakan dan banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh company-company tersebut. Kadang-kadang perasaan jealous timbul.HuHU.. Namun aku perlu ingat, masih ramai lagi sahabat lain yang tak dapat offer lagi. Rakan seperjuangan di Melaka nanti pun masih belum dapat tempat lagi. Aku rasa risau sebenarnya. Namun aku percaya akan akan adanya tempat untuk mereka nanti.

Akhir kata semoga bumi Melaka bakal memberi pengalaman yang bermakna bagi aku. Akan ku telusuri sejarah perjuangan Hang Tuah serta rakan-rakannya nanti untuk kufahami erti perjuangan sebenarnya..(haha.ayat x leh blah..huhu) Semoga intern ini bukan sahaja memberi pengalaman kerja serta GPA 4.0 semata-mata, tetapi aku harap lebih dari itu. Harapan aku agar segala amanah akan terlaksan serta diri ini akan semakin dekat dengan penciptanya. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini, semoga keredhaanmu sentiasa menjadi tujuan utama dalam setiap tindakan.

1 comment:

Anonymous said...

Salam.. dihrapkan semua urusan berjalan lancar, dipermudahkan oleh Allah. Timbalah ilmu & pengalaman sebanyak mungkin ms intern ni, insya Allah mnjadi bekal yg berguna bila menceburi era kerjaya yg sebenar satu hr nanti. Kirim salam utk sahabt2 yang menganali ana. Wassalam.