May
23

Utusan pada hati-hati di luar sana

Buat hati-hati teman fillah di dunia sementara, di akhirat kan kekal selamanya..

Apabila dikatakan semuanya yang dinikmati di alam fana ini hanyalah pinjaman, memang benar.. sekecil2 perkara sehingga sehebat-hebat benda yang dikecapi, ianya tidak lain tidak bukan, pinjaman dari Yang Maha Pemberi kepada hamba-hambaNya di bumi.. tidak kira pilihan yang dibuat oleh mereka yang pilih untuk tunduk padaNya ataupun tidak.. Begitu juga dengan hati-hati di dalam sanubari setiap insan di dunia ini..

Read More !

May
20

Menghargai jasa seorang ibu

Saban tahun, pada tanggal 12 MEI, seluruh dunia akan menyambut Hari Ibu, satu sambutan yang diadakan bagi mengapresiasi segala pengorbanan dan jasa seorang insan bergelar ibu. Sms, kad ucapan sudah menjadi simbol bagi hari yang penuh bermakna ini. Walaubagaimanapun, semua ini masih belum cukup bagi membalas jasa seorang ibu.

Sejak kita dilahirkan, ibu telah banyak menderita. Ibu telah mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk membolehkan kita merasai kehidupan di dunia ini. Tak cukup dari itu, semasa kita semakin membesar, ibu sanggup bersengkang mata, tidak tidur, demi melayan kerenah kita yang kuat menangis. Seekor nyamuk pun ibu tak benarkan hinggap di badan si anak. Ibu sanggup berkorban apa sahaja demi melihat kita bahagia.

Namun semakin kita membesar, semakin kita lupa jasa ibu. Bagi mereka yang tidak tinggal bersama ibu, berapa kali dalam seminggu kita menghubungi ibu. Kalau di rumah, berapa ramai antara kita yang ringan tulang untuk membantu ibu. Justeru, di tengah kehangatan masyarakat dunia hari ini merayakan hari ibu, marilah kita kenang kembali jasa ibu kepada kita.


17:23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia - AL-ISRA'

29:8. Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. al-ankabut

31:14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu - luqman


May
10

Final bakal menjelang

Hmm..pejam celik, study week pun da nak abes. Lusa da start exam. 3 paper berturut-turut.

Isnin-Mechatronics II
Selasa-Fluid MechanicsII
Rabu-CAE(computer aided engineering).

Pastu ada gap 2 minggu baru ada paper seterusnya,

Vibration
Manufacturing technology II.

Kali pertama dapat jadual camni. Kalau sebelum ni, ada jer gap antara subjek-subjek,tapi kali ni tak. Jadual kali ini betul-betul menguji ketabahan semua budak mechanical Jan 05. Study week perlu digunakan sebaik mungkin. Tak ada masa lagi yang perlu dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Alhamdulillah aku tak amek subjek Engineering Economics sem ni. Kalau tak, tambah satu lagi paper berderet minggu depan. Bersyukur kepada ALLAH. Maknanya aku hanya perlu fokus 3 paper sahaja berbanding kawan2 seperjuangan lain yang terpaksa study juga subjek econ sepanjang study week ni.

Subjek sem ni sumernyer agak 'taugh'. Kadang2 tu sampai tak tau apa yang aku belajar.huhu..nasib baik skrng ni da tahu sket-sket. Adatla tu, semakin lama kita belajar semakin banyak kita tak tahu. Kalau terus berusaha insyaallah akan dapat juga. Camner la agaknyer nak dapat Deans List sem ni..huhu..Cousework tak keluar lagi. Namun aku dah dapat agak dah apa yang akan aku dapat nanti berdasarkan prestasi test semasa. Harap-harap projek, assignment dan kuiz akan dapat back-up.

Harap semua akan berjalan dengan lancar. Kawan-kawan, doakan saya yer..huhu..semoga di permudahkan oleh-Nya

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridhaan Allah dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambanya" (Al-baqarah,2:208)

Semoga kita termasuk dalam golongan yang difirmankan Allah dalam ayat ini.Bukan hanya dalam menuntut ilmu sahaja, tetapi dalam banyak perkara lain lagi. Insyaallah





May
09

Muslim lebih kuat di Britain pada 2035

LONDON: Penduduk Muslim Britain akan mengatasi bilangan penganut Kristian yang ke gereja dalam tempoh 30 tahun lagi yang turut menyaksikan beribu-ribu gereja terpaksa ditutup, menurut satu kajian terbaru yang dilaporkan semalam.

Hasil kajian oleh kumpulan pemikir agama yang diumumkan kelmarin menunjukkan ada seramai 1.96 juta Muslim di Britain menjelang 2035 - jauh melebihi kira-kira 1.63 juta penganut Kristian, lapor akhbar Daily Mail.

Bilangan penduduk Kristian itu akan turut diatasi penduduk Hindu selepas 2050, lapor kajian terbaru oleh kumpulan pemikir Christian Research.

Kumpulan itu juga mendakwa, kira-kira 4,000 gereja dijangka tutup menjelang 2020 jika bilangan penganut Katolik yang mengunjungi gereja terus berkurangan secara mendadak berdasarkan trend masa kini.


Bagaimanapun, pihak Gereja England segera menyangkal kajian itu lewat kelmarin dan menyifatkannya sebagai ‘salah dan menyebabkan kekeliruan yang membahayakan.’

“Statistik seperti ini yang cuma berdasarkan andaian meragukan, tidak membantu mana-mana pengikut agama sekali pun. Penganut pelbagai agama bukannya saling bersaing dan kajian ini hanya mengundang bahaya,” kata jurucakap Gereja England berkenaan.

Bilangan Muslim itu berdasarkan angka dalam bancian kebangsaan pada 2001. Jika proses itu diambil kira bagi penganut Kristian, ada kira-kira 20 juta penganut agama itu yang kerap ke gereja, kata Church House.


Namun kajian itu tidak pula menyatakan bilangan Kristian yang ke gereja setiap minggu kerana ia cuma membabitkan golongan dewasa berdasarkan senarai pengundi rasmi. Mereka yang tersenarai itu dibenarkan mengundi di dalam mesyuarat peringkat gereja berkenaan.

Kalangan pakar sudah mengakui berbanding penganut lain, Muslim lebih terbukti mengamalkan agama mereka dengan lebih khusus.

Lebih separuh daripada Muslim yang menyertai bancian kebangsaan itu mengakui mereka solat lima waktu sehari berbanding 6.3 peratus penganut Kristian yang hadir di gereja sekali seminggu.

Awal tahun ini, Paderi Besar Canterbury, Dr Rowan Williams yang berpengaruh, menjadi sasaran kecaman apabila mengesyorkan undang-undang Britain perlu turut merangkumi beberapa aspek undang-undang Syariah yang mencetuskan kemarahan penduduk Kristian negara itu.

Sementara itu, Universiti Cambridge dan Universiti Edinburgh mengumumkan rancangan mewujudkan dua pusat penyelidikan baru untuk kajian Islam.

Ia bakal dilaksanakan dengan kerjasama pengerusi Yayasan Kingdom, Putera Alwaleed bin Abdulaziz AlSaud dari Arab Saudi.

Pusat penyelidikan baru itu akan melakukan penyelidikan dan kempen awam bertujuan meningkatkan persefahaman dunia Islam dengan bukan Islam. - Agensi


sumber:http://www.bharian.com.my/

May
06

Sahabatku,Islam..

Alhamdulillah. .Kini aku sudah mula berada dalam phase study week. Selepas 14 minggu lecture week, kini aku mula memasuki fasa-fasa kritikal dalam study ku ini. Walaubagaimanapun, masa-masa beginilah merupakan masa yang tenang bagiku. Tiada lagi assignment yang bertimbun-timbun, projek yang bersusun-susun, test yang menggerun(betul ke x perkataan ni ek?..huhu) dan lain-lain tugasan lagi. Masa-masa beginilah adalah waktu untuk aku menenangkan jiwa dan fikiran. Aku bebas menyusun jadual belajar ku sendiri. Menyudahkan segala tugasan yang masih belum siap. Pendek kata, masa study week lah adalah antara masa-masa yang ditunggu-tunggu selain cuti semesta dan cuti pertengahan sem.

Pagi tadi, alhamdulillah, aku bangun agak awal. Selepas selesai segala persiapan diri, aku terus ke surau V3 untuk menunaikan solat subuh secara berjamaah. Selepas selesai, menjadi rutin bagiku untuk membaca quran di surau. Selepas habis membaca beberapa lembaran, aku mula menyemak-nyemak helaian-helaian yang tinggal sebelum habis bacaanku 1 juzuk. Teringat aku satu hadith sahih yang diriwayatkan oleh imam bukhari. Menurut hadith tersebut, ibnu abbas pernah bertanya kepada Nabi Muhammad saw, tentang berapa lama masa yang perlu diambil bagi menghabiskan bacaan 30 juzuk quran, sabda baginda, untuk menghabiskan 30 juzuk quran, masa yang perlu diambil adalah selama satu bulan. Pada ketika itu umur ibnu abbas adalah 8 tahun. Subhanallah..

Jam mula menunjukkan pukul 6.55 pagi. Aku mula berangkat keluar dari surau. Semasa hendak memakai kasut, tiba-tiba aku terasa bahuku disentuh dari belakang. Rupa-rupanya orang yang memegang bahuku itu adalah Islam. Islam merupakan seorang pelajar dari mesir, mengambil jurusan kejuruteraan elektrik.

"My, brother, if I am not mistaken, your name is Syah, right?", tanya Islam kepadaku.

Aku mula mengenali Islam semasa mengikuti liqa' quran bersama pelajar antarabangsa sewaktu awal sem. Dari situ juga aku turut mengenali, Muhanad Sabah, Annan dan Ahmed. Mereka semua dari sudan dan Mesir.

" Do you want to get rewards from Allah that equal with performing Hajj and Umrah?", tanya Islam lagi.

Aku tergamam. Subhanallah. Belum lagi aku mendengar amalan yang mempunyai pahala sebesar itu. Menurut Islam, dalam satu hadith sahih, apabila seseorang sudah selesai menunaikan solat subuh berjemaah, kemudian dia duduk membaca al-quran, mathurat dan amalan-amalan lain, sehingga waktu syuruk, dan selepas beberapa ketika dia menunaikan solat duha, maka allah akan mencukupkan baginya serta Allah akan kurniakan baginya pahala sebesar menunaikan haji dan umrah.

Islam terus mengajak aku naik ke surau semula bagi menunaikan amalan ini serta memintaku menyebarkan perkara ini. Subhanallah..Aku kagum dengan Islam. Dia tahu akan kewajipannya sebagai seorang muslim. Dia tidak lokek berkongsi apa yang dia ketahui. Banyak lagi sunnah yang dikongsi pada pagi ini.

Semoga aku akan terus beristiqamah dengan amalan ini..Insyaallah.

"sampaikan dari ku walaupun satu ayat"