Apakah agenda sebenar mereka?

Umum mengetahui, Iran masih tidak diserang walaupun mereka secara terbuka mengakui membangunkan senjata nuklear. Kenapa agaknya hal ini berlaku. Adakah Amerika dan sekutu kuatnya Israel takut dengan kehebatan Iran pada masa ini ataupun ada agenda tersembunyi di sebalik situasi ini.

Cuba kita perhatikan ketika mana Iraq dan Afganistan diserang hebat oleh US selepas tragedi 11 September. Walaupun ketika itu belum ada bukti yang kukuh mengatakan dalang disebalik kejadian itu adalah puak Taliban, namun Afganistan telah diserang dengan hebat sekali. Hal yang sama berlaku di Iraq, walaupun Kerajan Iraq ketika itu yang dipimpin oleh Saddam Hussein bermati-matian menafikan mereka membangunkan projek senjata nuklear, namun Iraq tetap diserang. Selepas Iraq diserang, ajen perisikan US gagal menjumpai apa-apa bukti ketrlibatan Iraq dengan projek pembangunan senjata nuklear.

Namun situasi yang berbeza berlaku di Iran.Walaupun Iran secara terbuka mengakui mereka membangunkan program senjata nuklear, namun, mereka masih lagi tidak diserang oleh kerajaan US. Adakah ini bermakna mereka terlalu hebat sehinggakan US yang umum mengetahui mempuyai peralatan persenjataan yang canggih pada masa ini terpaksa tunduk dengan kehebatan Iran?

Menurut artikel yang saya baca dari majalah I(recommended magazine to be read), Iran sengaja menunjukkan kehebatan mereka dalam usaha mereka mengembangkan fahaman syiah mereka. Mereka ada pakatan bersama US dalam agenda ini.

Cuba kita analisa, selepas kerajaan Iraq digulingkan oleh pengganas US, siapa yang memegang tampuk pemerintahan Iraq pada ketika ini? Kerajaan iraq ketika ini dipimpin oleh Nuri Al Maliki, tokoh Syiah terkemuka di Iraq yang mendapat sokongan padu dari Presiden BUsh. Hampir kesemua tampuk pemerintahan Iraq ketika ini dikuasai oleh mereka yang berfahaman Syiah. Suara umat iSlam berfahaman sunnah tidak mendapat tempat di Parlimen. Hal ini menunjukkan bahawa US lebih berminat untuk bekerjasama dengan Syiah berbanding sunnah.

Mungkin hari ini kita masih keliru antara sunnah dan syiah. Jangan kita samakan antara syiah dan sunnah kerana ini hal yang berkaitan dengan akidah kita. Walaupun mereka mengaku Islam tetapi akidah mereka berlainan dengan orang sunnah. Adakah kita sanggup mengakui golongan yang mengkafirkan para sahabat dikira sebagai sebahagian daripada kita. Golongan syiah juga beriktikad bahawa al Quran pada ketika ini tidak lengkap. Mereka juga mengakui bahawa sepatutnya saidina Ali yang menjadi Rasul akhir zaman dan bukan Nabi Muhammad saw. Jelas sekali akidah mereka berlainan dengan kita, ahli sunnah wal jamaah.

Menurut sumber yang dipercayai, fahaman syiah ini semakin berkembang di Malaysia. Justeru, adalah penting bagi kita untuk berhati-hati. Selidiki dengan teliti setiap ajakan ataupun propaganda yang dibawa oleh golongan tertentu. Sekali lagi diingatkan, ini merupakan isu yang penting, berkenaan akidah kita sebagai seorang muslim yang berpegang teguh dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.

1 comment:

Anonymous said...

Salam
penulisan saudara agak menarik tetapi sayang apa yang saudara sebut tentang aqidah syiah itu tidak benar. silalah cari maklumat dengan ikhlas tanpa ada " preconceived ideas' insyaAllah anda akan dapat jawapan yang sebenar. Selamat mengkaji ttg ahli sunnah wal jemaah dan syiah . kaji yang sunni tu betul-betul dari akar umbi sejarah yang sahih mungkin anda akan terkejut dengan apa yang anda akan jumpa . Kebenaran adalah terang benderang, tidak ada apa-apa yang tersembunyi