Setiap manusia mempunyai sudut pandang tersendiri. Sudut pandang ataupun persepsi ini lahir dan dipengaruhi oleh gaya berfikir, pengalaman hidup dan tahap pendidikan yang diterima oleh seseorang. Daripada sudut pandang atau persepsi ini, maka lahirlah prinsip hidup dan menjadi pegangan dalam kehidupan.
Orang yang berprinsip adalah orang yang kuat pendiriannya. Mereka tidak mudah terprovok dengan pengaruh-pengaruh yang bertentangan dengan prinsipnya. Orang yang berprinsip ini juga akan sedaya upaya mempertahankan apa yang dipegangnya dan sedia untuk menanggung pelbagai risiko yang bakal dihadapinya.
Dengan mempunyai prinsip hidup, seseorang akan memiliki peribadi yang hebat. Ini kerana, perlakuan dan tingkahlaku mereka akan didorong oleh apa yang difikirkan dan terarah kepada prinsip yang dipegang.
Sejarah membuktikan, prinsip hidup yang hebat telah menciptakan peribadi yang unggul dan meninggalkan legasi yang dikenang sepanjang zaman. Lihat sahaja bagaimana 5 prinsip yang dipegang oleh As Syahid Hassan Al-Banna*, pengasas ikhwanulmuslimin, telah melahirkan satu gerakan pemikiran yang utuh sehingga mencetus satu fenomena terhadap umat pada masa kini.
Sebagai seorang muslim, prinsip yang dipegang haruslah berpandukan Al Quran dan Sunnah. Dua sumber rujukan inilah yang akan memastikan pendirian yang diyakini tidak terkeluar dari landasan syariat. Jika tidak, prinsip yang dipegang itu bakal membawa kepada bencana dan murka Allah swt.
Mempertahankan prinsip yang berlandaskan kepada syariat ini bukan suatu kerja yang mudah. Memang banyak sekali tribulasi dan cabaran yang akan dihadapi. Bagi mempertahankannya perlu diiringi dengan konsep istiqamah. Allah menjanjikan orang yang beristiqamah dalam mempertahankan prinsip hidup yang berlandaskan quran dan sunnah ini bukan sekadar berupa hasil di dunia sahaja tetapi juga di negeri akhirat nanti.
Dalam surah al-fussilat, Allah berfirman,“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".
“Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS 41: 30-32).
Inilah janji Allah kepada mereka yang sentiasa beristiqamah dalam mempertahankan prinsipnya yang meletakkan Allah sebagai matlamat utamanya melebihi perkara-perkara yang lain. Ganjaran yang berupa dihindarkan dari perasaan takut dan gelisah serta yang yang palimg utama adalah ganjaran syurga dan kehidupan yang kekal abadi di dalamnya.
Sudahkah anda mempunyai prinsip hidup yang jelas? Jika masih belum, bilakah lagi?
-------------------------------------------------------------------------------------
Macam-macam: Lelaki dibuang kerana enggan berjabat tangan
STOCKHOLM: Seorang lelaki Islam menang satu kes diskriminasi membabitkan agensi pengangguran Sweden kerana menyingkirkan beliau daripada program latihan kerja kerana enggan berjabat tangan dengan seorang wanita.
Mahkamah menyifatkannya diskriminasi agama, Isnin lalu dan mengarahkan Perkhidmatan Pekerjaan Awam membayar 50,000 kronor (AS$67,000) ganti rugi kepada lelaki terbabit.
Lelaki terbabit dikenakan tindakan itu selepas enggan bersalaman dengan seorang wanita ketika temu duga dijalankan. - Agensi
Inilah satu contoh yang ditunjukkan oleh seorang muslim dalam mempertahankan syariat yang dipegang. Sungguh kini amat jarang kelihatan muslim sebegini dalam masyarakat, mereka yang berasa bangga dengan imej islam yang dibawa.
Tidak bersalaman dengan mereka yang bukan muhrim dalam sebarang bentuk pertemuan kini dianggap konservatif dan ketinggalan zaman sedangkan jelas dalam satu hadith nabi, yang diriwayatkan dari Ma’qal bin Yasar bahwa Rasulullah saw bersabda,
”Sesungguhnya jarum besi yang ditusukkan ke kepala seorang dari kalian lebih baik baginya daripada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.”(HR. Thabrani dan Baihaqi).
Jelas menggambarkan larangan untuk tidak bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim dalam semua bentuk seperti bersalaman. Walaupun mungkin niat di hati yang murni bagi mewujudkan suasana yang mesra dan mahabbah namun tetap dilarang syara'. Wallahua'lam.
*5 Prinsip Hidup Hassan Al-Banna
[A]llahu ghaayatuna [A]llah matlamat kami [A]llah is our objective
[A]r-Rasul qudwatuna [R]asul ikutan kami [R]asul is our leader
[A]l-Quran dusturuna [A]l-Quran perlembagaan kami [Q]uran is our law
[A]l-jihad sabiiluna [A]l-jihad itu jalan kami [J]ihad is our way
[A]l-Mautu fisabiilillah asma amanina [M]ati pd jalan Allah cita-cita kami [D]ying in the way of Allah is our highest hope
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
5 years ago
No comments:
Post a Comment