Review Ramadhan

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah, sudah 11 hari kita melalui hari-hari Ramadhan yang penuh Barakah ini. Terasa sungguh sayu hati ini apabila memikirkan setiap detik Ramadhan yang gagal dimanfaatkan. Ya Allah, bertapa hina dan kerdilnya diri ini. Engkau telah meyediakan bulan yang terbaik ini bagi memudahkan hamba Mu untuk mendekati diri Mu, namun diri ini begitu sombong untuk menyambut anugerah Mu itu.


"Ya Allah, ampunkanlah diri ku atas setiap kelalaian yang aku lakukan. Ampunkanlah diri ku saat aku merasai nikmat mu tetapi aku melupakan diri Mu, Ya Allah. Bersihkan lah hati ku ya Allah agar aku sentiasa berada di bawah pertunjuk mu Ya Allah. Semoga bulan Ramadhan ini menjadi tapak agar aku sentiasa memperoleh Rahmat dan Maghfirah-Mu Ya Allah."

Kini tinggal 19 hari lagi untuk bulan Ramadhan melabuhkan tirai nya. Dimanakah kita saat ini? Adakah kita tergolong dikalangan hamba-nya yang memperoleh maghfirahnya? Jika belum, berusahalah ke arah itu. Bagaimana caranya? Sentiasalah berharap, berusaha dan berazam untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapakan pahala dari Allah.

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jangan pula puasa kita menjadi sia-sia tanpa memperoleh apa-apa ganjaran darinya. Bertapa ramai kalangan manusia di zaman ini puasanya hanya memperoleh sekadar lapar dan dahaga sahaja. Ramadhan yang dilalui tidak ubah seperti bulan-bulan yang lain. Tiada sebarang perubahan yang cuba dilakukan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan sebegini.

رب صائم حظه من صيامه الجوع والعطش

“Betapa banyak orang berpuasa yang hanya memetik lapar dan dahaga.” (HR. Ibnu Majah), al-Hakim dan dia menshahihkannya. Al-Albani berkata: “Hasan Shahih.”

Wallahua'lam.




No comments: