Salam buat pembaca semua..
Alhamdulillah dapat juga diupdate blog ni. Dah lama rasanya tangan ini tak menari di keyboard ni. Maklumlah, cuti semester baru sahaja berlalu. Kalau kat rumah, memang tak berpeluang langsung nak mencurah sesuatu dalam blog ni kerana mempunyai kesibukan tersendiri disamping tiada internet kat rumah. Kini aku kembali menulis. Semoga dapat terus istiqamah dalam usaha ini.
Bangsa Melayu Sentiasa Ketinggalan?
Memang perkara ini sentiasa dibahaskan kini. Kerajaan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh bagi menjamin keseimbangan ekonomi antara kaum. Kalau sebelum DEB diperkenalkan, kek ekonomi bumiputra mampu mencapai hampir 35 peratus namun kenapa kini angka itu menurun menjadi 18 peratus sahaja. Silap siapa? Adakah silap Paklah dan perdana-perdana menteri yang sebelum-sebelum ni yang gagal merencana dan membela nasib orang melayu ataupun salah Makcik Esah,si penjual goreng pisang di simpang tiga kg Pandan yang gagal meningkatkan produktiviti dan memasarkan produknya ke luar negara dalam membantu meningkatkan ekuiti orang melayu.
Pergi ke mana-mana pun, jarang dilihat orang-orang melayu menjalankan perniagaan. Yang menguasai sektor ini rata-ratanya kaum -kaum lain. Mengapa kita harus sebegini sedangkan perniagaanlah merupakan satu aktiviti yang menyumbangkan sumber kewangan terbesar. Kurang peluangkah kita?Ataupun adakah kita gagal mewujudkan pasaran yang yang luas bagi menjamin produk-produk bumiputera mampu dijual?
Masalah sikap
Rasa-rasanya kerajaan sudah membuka banyak peluang untuk orang melayu menjadi usahawan. Pelbagai insentif telah ditawarkan untuk usahawan bumiputra dalam menyuntik modal. Namun berapa ramai agaknya yang berani mengambil risiko menceburkan diri dalam bidang ini. Orang kita lebih gemar makan gaji berbanding bekerja sendiri yang kita sedia maklum lebih memberi kebebasan.
Kalau yang berniaga pula, penyakit hasad dengki(PHD) telah menjadi satu virus yang menyebabkan kemajuan usahawan bumiputra terbantut. Sebagai contoh, dalam sesuatu kawasan , kalau ada seseorang membuka warung roti canai dan mendapat sambutan pelanggan, nescaya keesokan harinya, akan ada orang lain yang membuka warung roti canai yang sama bagi megaut keuntungan yang sama. Jelas sekali tiada langsung rasa nak membantu kawannya maju sedikit. Kalau betulpun nak meniaga, cubalah cari inisiatif lain, menjual air tebu ke, kueh cakoi ke ataupun akok telur yang jelas menampakkan perbezaannya. Itupun tak temasuk lagi yang menggunakan bomoh atau ilmu hitam bagi meranapkan perniagaan orang lain. Kenapa tidak boleh berniaga degan hati yang bersih tanpa ada apa-apa PHD.
Satu perkara yang cuba untuk difokuskan disini adalah berkenaan sesetengah peniaga Melayu yang hanya mengejar keuntungan sahaja dan tidak amanah dalam urusan perniagaan. Cukuplah pengalaman aku ‘dikenakan’ oleh mekanik di Taman Maju menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati apabila berurusniaga dengan orang sebergini. Cuba bayangkan side mirror motosikal aku yang aku tukar dikatakan original,tiba-tiba tak sampai 3 bulan sudah berkarat dan tercabut cerminnya. Semalam dia cuba mengenakan aku sekali lagi dengan mencadangkan aku menukar ekzos motorsikal tersebut yang didakwa menyebabkan prestasi motorsikal aku terganggu sedangkan ekzos tersebut hanya perlu dicuci sahaja.Buat apalah aku membazir RM 150 untuk menukar eksos baru sedangkan ekzos itu belum tentu original dan tiada mempunyai apa-apa jaminan.
Bukan aku sahaja yang tidak berpuashati dengan mekanik tersebut, ramai lagi sebenarnya. Sebelum aku mahu pulang ke UTP, ada seorang pakcik yang complain mengatakan roller bearing yang baru 3 hari ditukar sudah pecah. Langsung pembekal barang disalahkan oleh mekanik tersebut. Seharusnya dialah yang perlu dipersalahkan kerana gagal mencari spare spart yang bermutu dan yang terbaik kerana ini adalah bidangnya. Apa yang difikirkan hanyalah mencari barang-barang yang murah dan tidak berkualiti dan menjual dengan harga barang original. Seorang sahabat aku juga sudah terkena. Dia telah mengahabiskan hampir RM600 untuk motornya, namun hasilnya sangat tidak memberangsangkan. Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang hendak dipaparkan namun tidak elok rasanya untuk memburuk-burukkan bangsa aku sendiri.
Sistem networking
Mungkin sesetengah pihak mengatakan pasaran di Malaysia telah dikuasai sepenuhnya oleh kaum tertentu. Hal ini memang tak dapat dinafikan. Namun, sekiranya kita mampu mewujudkan ‘networking’ kita sendiri, insyaallah kita mampu mewujudkan pasaran yang kukuh di Malaysia. Ambil sahaja contoh daripada peniaga-peniaga cina di Malaysia. Mereka mempunyai networking sendiri dalam meniaga. Sebagai contoh, dalam pemasaran wiper kereta, sekiranya seseorang pembekal mahu memasarkan wiper itu kepada mekanik-mekanik, mereka tidak menghadapi banyak masalah kerana terdapat banyak bengkel-bengkel yang bernaung dalam networking mereka di bawah persatuan-persatuan tertentu. Justeru, pembekal itu mampu untuk menimport wiper kereta dalam jumlah yang banyak dan tidak menghadapi masalah dalam membekal wiper tersebut kepada mekanik-mekanik. Cuba bayangkan sekiranya seorang pembekal yang mahu memasarkan wiper dalam jumlah yang banyak tetapi tiada pembeli. Sudah tentu akan menjadikan wiper tersebut sebagai stok beku yang akan member kesan buruk terhadap pembekal tersebut apabila sekurang-kurangnya modal pusing gagal dicapai.
Al-Arqam
Mesti kita masih ingat lagi tentang sebuah pertubuhan yang telah diharamkan oleh kerajaan iaitu jemaah Al Arqam. Namun kita boleh ambil contoh daripada networking yang diwujudkan. Dalam menjana ekonomi jemaah, apa yang dilakukan adalah dengan mewujudkan jaringan perniagaan sesama mereka. Mereka banyak menghasilkan produk makanan dan memasarkan produk tersebut sesama mereka dan juga kepada masyarakat sekeliling. Dengan cara ini, mereka mampu mewujudkan satu sumber ekonomi yang sangat kukuh sehinggakan peniaga-peniaga cina berasa tergugat.
Namun begitu,Jemaah Al-arqam telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar iaitu berkaitan dengan permasalahan akidah dan mengakibatkan jemaah ini diharamkan dan dituduh sesat. Sekiranya masalah ini tidak berlaku, sudah pasti system pemasaran ini akan terus berkembang di seluruh negara. Beberapa tahun yang lalu, kecoh mengatakan bahawa al arqam hendaklah diaktifkan semula dengan kewujudan sebuah syarikat yang bernama Rufaqa yang didakwa berselindung disebalik bidang perniagaan dalam menjalankan agenda mereka.
Model usahawan masa kini
Siapa sangka, Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhariyang hanya berkelulusan SPM dan pada awalnya hanya memulakan perniagaan beras kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007. Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan. Disebalik kekayaan yang dikecapi beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial beliau. Ini dibuktikan apabila beliau membantu golongan susah dengan pelbagai cara seperti pemberian biasiswa, kelas-kelas tuisyen dan lain-lain. Pada sambutan Maal Hijrah yang lalu, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 2007.
Adalah amat diharapkan agar selepas ini akan lebih banyak individu seperti beliau dapat dilahirkan. Wallahuallam.
No comments:
Post a Comment