Ayat-ayat Cinta



“Saya rasa kecewa lah tengok trailer filem ayat-ayat cinta tu,ingatkan ,memang islamic punya story. Walaupun nak tunjuk diorang tu suami dan isteri(Fahri dan Aisha), tetapi tak payah lah nak berpegang-pegang tangan. Mencemarkan cerita tu jer........saya yakin yang Habiburrahman pun tak setuju sangat tentang hal ni....” .

Begitulah gambaran betapa kecewanya seorang sahabat saya tentang pembikinan filem ayat-ayat cinta. Jika dilihat sesetengah komen pembaca tentang trailer ni dalam youtube sudah cukup menggambarkan perasaan kecewa mereka. Memang benar,pelbagai aksi yang sangat mendukacitakan telah dipaparkan. Aksi Fahri berpegangan tangan dengan Aisha, sesetengah pelakon yang tidak bertudung, watak-watak pelakon wanita yang mempersonakan dan sebagainya.

Melihatkan penyanyi yang menyanyikan lagu tema bagi filem ini sudah cukup membuatkan kita beristighfar panjang. Kenapa tak cari penyanyi yang lebih islamik penampilannya. Sebagai contoh kumpulan-kumpulan nasyid atau paling koman band-band Indonesia yang kini sudah mula membawa mesej-mesej islamik seperti kumpulan Ungu. Kenapa Rossa juga yang diberi amanah untuk menyampaikan lagu tema ayat-ayat cinta ini. Mereka sangat melampau! Rasanya jika Pak Lah, tokoh pengasas islam hadhari pun akan kecewa menonton filemm ini. Agaknya mungkin beliau akan bercadang untuk menggugurkan keanggotaan Indonesia dalam OIC kerana kerajaan Indonesia tidak menapis filem-filem islamik seperti ini.(gurauan semata-mata).

Kehendak masyarakat

Namun persoalannya, sejauh manakah penerimaan orang-orang umum terhadap filem-filem yang ‘purely’ islamik. Persekitaran yang ‘tidak islamik’ sudah lama merubah pemikiran mereka untuk lebih mencintai filem-filem yang horror dan percintaan muda mudi yang diasaskan oleh musuh-musuh islam dari barat. Mereka akan cepat bosan apabila cuba memahami segala mesej yang cuba dipaparkan oleh filem-filem islamik sebelum ini. Sejarah telah membuktikan hal ini setelah kita lihat kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Metrowealth, sebuah syarikat produksi filem melaui pembikinan filem Syukur 21. Walaupun filem ini menggunakan pelbagai teknologi canggih, pemaparan ‘scene’ yang futuristic dan penampilan pelakon-pelakon popular, namun filem ini gagal menarik minat orang ramai untuk menonton.

Kalau difirkan mesej yang cuba di bawa, sudah cukup jelas menggambarkan mesej yang islamik sebagai contoh nilai-nilai perpaduan, konsep bermesyuarah dalam membuat keputusan, kepentingan menguasai teknologi-teknologi dalam membina tamadun dan pelbagai lagi. Namun persoalannya masih belum terjawab. Mengapa hati orang ramai tidak tersentuh untuk menonton filem Syukur 21. Pihak pengurusan Metrowelth pula sudah mula beralih angin bagi mengaut keuntungan yang lebih dengan melaburkan duit untuk menghasilkan filem-filem yang lebih menguntungkan.

Nilai-nilai yang cuba dibawa.

Filem ayat-ayat cinta yang bakal ditayangkan di pawagam Indonesia tidak lama lagi akan ditonton oleh semua lapisan masyarakat, samada yang berfikrah ataupun tidak. Cuba kita fikirkan tahap penerimaan filem-filem ‘berat’ yang mempamerkan unsur-unsur keagamaan dan tahap intelektual yang tinggi. Adakah mereka berminat menonton filem-filem yang mempamerkan keseluruhan pelakon-pelakon wanita bertudung litup dan bepurdah, bercakap di sebalik tabir manakala yang lelakinya pula berpakaian jubah, beserban dan sentiasa memegang tasbih di jari. Bukanlah hendak mengatakan bahawa amalan sunnah ini adalah stidak sesuai untuk diamalkan. Namun dalam menyampaikan nilai-nilai islam dalam masyarakat, kita hendaklah mengikut tahapan-tahapan. Masyarakat adalah sukar untuk berubah dalam sekelip mata sahaja. Perlu diingatkan bahawa manusia berhubung dengan perasaan. Mereka akan lebih tersentuh apabila kita memahami kehendak mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat tetapi disebalik itu kita tahu mesej apa yang dapat diselitkan.

Usahlah kita berdebat mengenai kepincangan-kepincangan yang terdapat di dalam filem ini. Kita ketepikan dahulu perkara sedemikian. Cuba kita fokuskan tentang nilai-nilai yang cuba dipaparkan. Banyak nilai murni yang dapat diterapkan dalam filem ayat-ayat cinta sebagai contoh tiada budaya ber’couple’ , perempuan muslim yang menjaga batasan aurat, budaya taaruf dalam mencari pasangan hidup,perancangan dan matlamat hidup yang jelas dan sebagainya lagi. Rasanya kalau nak mencerita semua nilai-nilai murni yang lain beserta huraiannya, saya fikir semua yang telah membaca novel ayat-ayat cinta lebih arif. Biarlah anda mengingatinya sendiri ataupun bacalah sekali lagi bagi menghayati hasil karya Pak Habib yang sangat indah ini. Saya teringat dua kata-kata dalam beberapa babak filem ini yang begitu menusuk hati,

“ Taaruf itu merupakan pacaran(percintaan) yang diredhai Allah”.

“....selain untuk menyempurnakan agama, pernikahan juga untuk mengelakkan fitnah.”

Bukan suatu kerja yang mudah.

Mengadaptasikan filem daripada novel bukanlah suatu kerja yang mudah. Pembikinan filem tersebut haruslah dilakukan dengan teliti bagi memuaskan hati para penonton. Kita ambil contoh filem dari Hollywood seperti Harry Porter. Bagi anda yang pernah membaca buku tersebut dan juga menonton filemnya, ingin saya bertanya adakah sama jalan cerita, watak dan persekitaran yang anda fahami berbanding apa yang anda tonton melalui filem yang sebenar? Jawapannya, saya yakin pasti tidak. Usahlah kita membandingkan antara novel dengan filem yang diadaptasikan. Ini bukan suatu kerja yang mudah. Penelitian yang jitu adalah perlu dalam setiap jalan cerita. Selain itu. pemilihan pelakon yang betul serta persekitaran yang sesuai turut memberi kesan. Jika tidak, penghayatan penonton terhadap filem akan berkurangan.

Dalam menghasilkan karya ini, pengarah filem, Hanung Bramantyo telah melakukan persediaan yang rapi. Beliau telah melakukan kajian seperti membaca kitab-kitab fiqh dan tafsir serta pergi sendiri ke Mesir bagi membuat gambaran tentang filem ini. Beliau cuba memahami suasana masyarakat dan para pelajar Universiti al-Azhar. Bagi mengekalkan idea dan jalan asal, beliau akan sentiasa berbincang dengan Pak Habib, novelis yang mengarang novel Ayat-ayat Cinta.

Pada awalnya, ramai yang sangsi dengan kebolehannya kerana kalau sebelum ini, filem yang dibikinkannya banyak berkisarkan kisah cinta-cinta kebaratan yang lebih berunsurkan hedonism. Namun, menurut Pak Hanung, penghasilan filem ayat-ayat cinta menjadi satu jalan bagi dia merapatkan diri kepada rabbnya. Menurut katanya, sekiranya orang mengatakan bahawa dia menghasilkan cerita ini adalah kerana untuk mengejar nama,ataupun mengejar wang yang berjuta-juta, baik orang tersebut berfikir sekali lagi. Ini kerana dalam catatan blognya, Pak Hanung menceritakan pengalaman perit yang terpaksa ditanggung sepanjang pembikinan filem ini.

Bukan sahaja bagi Pak Hanung, tetapi juga bagi pelakon utama yang membawakan watak Fahri iaitu, Fedi Nuril, seorang pelakon Indonesia yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini. Dia tetap diambil menjadi peneraju utama filem ini walaupun kontroversi yang melanda dirinya. Ini kerana , menurut Pak Habib, watak Fahri bukanlah digambarkan sebagai orang yang sempurna, namun apa yang membuatkan dirinya sempurna adalah kerana sentiasa memikirkan bahawa dirinya tidak sempurna.

Harapan

Semoga dengan kehadiran filem ini di industry perfileman akan mencetuskan fenomena baru. Rasanya tidak mustahil untuk mengatakan bahawa cerita ini bakal menjadi titik perubahan masyarakat dalam memahami erti cinta selain menjadi salah satu jalan mengajak manusia menghayati ajaran islam.

“Serulah kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik” (An-Nahl,16:125)

Sama-samalah kita tunggu kemunculannya. Penayangannya di Indonesia dijadualkan pada hari masyarakat dunia menyambut valentine day, saya yakin anda semua tahu bila tarikhnya. Semoga ‘pasangan-pasangan’ yang belum mendirikan rumah tangga akan terangsang untuk bernikah selepas menonton filem ini. Insyaallah.

Download trailer: click sini

Blog Hanung Bramantyo: click sini

Trailer-trailer lain di sini , sini dan sini.

synopsis,gallery,trailer, dan para pelakon.




8 comments:

opie said...

salam,
ana sgt stuju dgn pndapat shahar. apa yg dikatakan memang ada kebenarannya.
terkadang, kita yg mengaku diri ini seorang dai'e terlalu 'angkuh' sehingga bulat2 menghukum sesuatu bnda. sewajarnya, sbg seorang dai'e, bukankah lebih baik seandainya kita mencari jalan yg terbaik, penuh hikmah dalam mengajar dan menyampaikan mesej Islam. insyaAllah, lebih mudah untuk diterima umum.
bayangkan, bilamana kita terlalu cepat menghukum, maka perkara tersebut akan lebih mendatangkan kebencian. walaupun kita mungkin puas dengan 'hukuman' yang diberikan......

Anonymous said...

insaf2...tk buat lagi lenkali...

Bro Syah said...

x de y perlu dinsafi.sama-sama merubah diri

Anonymous said...

insyaAllah...

Anonymous said...

salam..just have a second thought of this post..the phrase "matlamat tk menghalalkn cara"...can u please ulas on that??

Bro Syah said...

salam..just have a second thought of this post..the phrase "matlamat tk menghalalkn cara"...can u please ulas on that??

...........................................

lama sbnrnyer sy amek ms fikir mnde ni, sy faham, nurilahi tujukan statement ini kpd artikel ni.

buat ms ini, sy x berani komen2 apa2.pendapat sy sekadar cukup apa y pembaca baca melalui artikel y saya post ini.

mgkn ada pembaca y mempunyai pendapat lain y nk critic atau support artikel ini. sy persilakan. mari kita wat open discussion.sama-sama memberi pendapat.sama2 tambah ilmu.

think to ponder;
-pembikinan novel ni melibatkan pengawasan penulis asal novel ini sendiri, pak habib.
-pengarah filem ini sendiri telah mengkaji kitab feqah sbg persediaan pembikinan filem ini.
-bnyk lagi sbnrnyer, anda bleh baca sendiri dlm artikel ini.

ingin saya bawa para pembaca sekalian kpd satu blog, bg saya komen-komen pembaca dlm blog tersebut menunjukkan kecelaruan mereka membahaskan isu y dibicarakan.apa isu tersebut, anda bleh baca dlm blog tersebut.isu tersebut sedikit sebnyak ada kaitan dgn artikel y sy post ni.

http://pezakun.blogspot.com/2008/02/i-think.html

artikel ini tercetus slps apabila ramai y tidak puas hati terhadap artikel dr sebuah blog

http://utpress.blogspot.com/2008/02/kapellingkapellingkapellingisu-yg-x_11.html

mgkn komen saudara saudari sekalian akan dapat mengurai segala kecelaruan tersebut..wallahualam

Anonymous said...

salam, memang betul kata2 saudara...org indon skrg ni suka memainkan agama...ada ke patut org islam bley berlakon jd kristian...org islam di indon minum arak tanpa dihalang atau dihukum.....kita patut kikis sikap begini sbb org kristian pasti tergelak - gelak tgk gelagat islam mempermain agama sendiri.......

Anonymous said...

memang cite ni favourite sume org termasuk yg memg bkn peminat novel..movie ni bagus tp bc novel rase lagi feel than watching da movie..ulasan yg bagus