Semalam aku ada post topic baru kat halaqah online dan usrah online berkenaan kewujudan blog yang mengina orang melayu dan agama islam. Tak sampai 10 minit, ada sorang sahabat aku suh aku delete balik topic tu sebab ada non-muslim yang join group usrah online. Aku nak try delete, tp tak reti. Yang hanya boleh delete hanya admin group tu jer.
Memang nampak topic ni amat sensitif sekali, kepada kita org islam dan mungkin juga kepada sesetengah golongan. Aku masih tak nampak apa bahayanya. Yang bahayanya apabila kita orang islam masih tak tahu pelbagai tekanan dan tentangan musuh-musuh islam terhadap kita dan kita terus leka. Pelbagai cara mereka guna dan cara paling berkesan adalah ghuzul fikr,iaitu serangan pemikiran.
Selepas kalah teruk dalam perang salib, tentera kufar terus berfikir bagaimana cara untuk menghancurkan dan menjahanamkan umat islam. Mereka berpendapat. orang islam tidak akan dapat kalah dengan cara berperang kerana tentera islam pada zaman itu mempunyai akidah yang mapan, tidak gentar menentang musuh-musuh allah. Keimanan yang tinggi terhadap allah, rasul dan al-quran menyebabkan mereka sentiasa digeruni oleh musuh-musuh allah. Selama perang salib berlangsung pada ketika itu, tidak pernah sekalipun umat islam dapat ditewaskan.
Selepas sekian lama,akhirnya mereka ,mengambil kesimpulan sebagaimana dikemukakan oleh Gladstone, mantan Perdana Menteri Britain. "Selama al-Quran ini ada ditangan ummat Islam, tidak mungkin Eropah akan menguasai timur." Mereka seterusnya menyusun langkah-langkah untuk menjauhkan umat islam daripada ajarannya. Dengan cara yang sistematik , mereka melancarkan perang pemikiran yang melalui program-program yang kemas dan menarik.
Tanpa disedari, ummat islam sudah mengikuti mereka bahkan menjadi pendukung program-program ini. Di samping tipu daya yang berbentuk serangan pemikiran, perusakan akhlak, sekularisme sistem pendidikan,serta penjajahan di negeri-negeri kaum muslimin, mereka juga mengaut seluruh kekayaan kaum muslimin. Hal ini sudah berhasil setelah mereka laksanakan dengan waktu yang panjang.
Kita boleh lihat pada waktu ini, bertapa gahnya Barat menguasai dunia, masyarakat islam terus hanyut dan lalai dengan dunia, penindasan oleh zionis, kemiskinan negara-negara islam, kerosakan akhlak para pemuda, mementingkan hiburan dan banyak lagi. Semua ini adalah adalah hasil daripada kejayaan perang pemikiran ini. Jelaslah firman allah dalam al quran,
" Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu(Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka Katakanlah,sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenar-benarnya. Dan jika engkau mengikuti keinginanm mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu , tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan dari Allah." (2:120)
Usahlah kita mencerca dan menghina mereka yang memberi komen dan pencipta blog itu sendiri. Ini bukan akhlak kita sebagai seorang muslim. Yang paling penting kita harus muhasabah diri kita kembali. Mungkin ada kebenaran komen-komen yang diberikan berkaitan sikap kita sebagai orang melayu. Secara realitinya, kita,orang melayu sering dikaitkan dengan sikap malas, bergantung hidup pada orang lain dan sikap dengki-mendengki yang masih belum dikikis. Namun berkenaan komen yang menghina agama kita dan Allah, ini kita perlu ambil perhatian. Memang benar mereka tidak mempunyai ilmu tentang islam, namun , 'statement' sedemikian sudah cukup membuatkan kita panas apabila membacanya. Kalau difirkan, semua ini mungkin juga disebabkan oleh sikap penganut islam itu sendiri. Agama islam yang suci ini dicemarkan oleh penganutnya sendiri apabila umat islam mengamalkan islam dengan cara yang salah.
Masih belum terlambat untuk kita berubah sikap. Pegang betul-betul dengan agama islam dan amalkan ajaran alquran dan sunnah. Insyaallah pandangan non-muslim terhadap kita akan berubah bila mana kita mempunyai akhlak yang mulia, kepimpinan yang baik dan mampu untuk menguasai ekonomi. Insyaallah..... :)
klik sini
blog yang patut kita 'awasi' klik sini..sini.dan sini
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
5 years ago
No comments:
Post a Comment