Hujung minggu lalu,aku berkesempatan pulang ke rumah. Cuti hujung minggu ini aku perlu manfaaatkan sebaik mungkin. Sudah hampir 2 bulan wajah bonda dan ayahanda tidak ditatapi dek kesibukan kuliah dan aktiviti lain. Mungkin itu hanya alasan semata-mata. Pada hakikatnya aku masih tidak cekap dalam menguruskan masa dan mendahulukan mana yang lebih penting.
"Syah,hujung minggu ni buat apa?", tanya Nukman kepadaku pada hari Rabu yang lalu.
"Ingat nak balik rumah. Dah dekat 2 bulan tak balik",jawabku.
"Elok la tu. Jom balik sama-sama. Ingat nak ke Smakl. Ada urusan sket. Naik motor", balas Nukman dengan bersahaja.
"Ha,naik motor!. Biar betul? Jauh tu KL",jawabku.
Aku serba salah. Nak saja aku tolak pelawaannya. Namun kalau difikirkan, aku tak boleh lepaskan peluang ni. Aku perlu ambil ini sebagai satu pengalaman berharga dalam hidup. Aku bersetuju untuk balik KL bersama-sama Nukman dengan menaiki motor. Tapi kalau abah tahu mesti dia mengamuk. Huhu....
Pagi Sabtu itu, tepat kul 9.30 pagi kami memulakan perjalanan. Sebelum itu ,aku ada terserempak dengan Din,coursemate aku. Dia pun nak balik KL,dengan kereta. Dia ajak aku,tetapi aku menolak kerana dah janji dengan Nukman. Namun kalau ikutkan hati,mahu saja aku tumpang Din. Lagi selesa berbanding naik motor. Namun bila lihat saja Nukman yang sedang menunggu di roundabout, perasaan aku kembali tenang.
Kami guna jalan dalam, bermula dengan Kg. BAli dan keluar melalui Pekan Kampar, sebelum masuk ke Highway PLUS. Dengan jalan ini kami mampu menjimatkan 45 minit perjalanan. Ramai tak tahu adanya jalan ini. Ramai pelajar Utp memilih untuk keluar melalui 'exit' Gopeng atau Simpang Pulai sebelum ke highway PLUS.
Dalam perjalanan, kami berselisih dengan seorang lelaki India menaiki motor dan memboncengkan seorang budak lelaki, barangkali anaknya. Yang membuatkan aku sebak adalah apabila melihat anaknya memeluk satu guni mengandungi getah yang barangkali baru sahaja dikutip daripada pokok-pokok di ladang. Lelaki india ini dalam perjalanan ke pusat pengumpulan getah di mana nanti dia akan memperoleh hasil daripada jualan getah itu. Dengan berpakaian lusuh dan terpaksa menghidu bau busuk getah itu, lelaki india itu terpaksa tabahkan hati demi sesuap nasi. Aku harus bersyukur kerana dikurniakan banyak kelebihan, setiap bulan PETRONAS akan memasukkan RM 500 dalam akaun aku. Belajar pula di sebuah Universiti yang tidak kurang hebatnya.
"Dan ingatlah ketika tuhan kamu memaklumkan,sekiranya kamu bersyukur, niscaya aku akan tambah nikmat kepada mu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatku,maka pasti azab aku amat pedih."(14:7)
Sudah menjadi lumrah kepada manusia, susah untuk bersyukur dengan apa yang ada. Seringkali berasa tidak cukup dan tidak puas hati dengan nikmat yang diperoleh oleh orang lain. Kita kena sentiasa sedar ,tidak semestinya apa yang kita mahukan itu merupakan satu kepentingan buat kita. Mana tahu apabila memperoleh sesuatu itu,ia akan memberi kemudharatan kepada kita. Teringat aku dengan satu kata-kata, 'What do you want is not always what do you need'. Semoga menjadi pengajaran buat diri ini.
Di Pekan Kampar, kami dikejutkan dengan aksi berani seorang budak lelaki yang beraksi mirip mat rempit. Dengan tidak memakai helmet, dia dengan bangga mengangkat tayar depan tayar motsikalnya. Melihat saiz badan yang kecil dan muka yang kebudak-budakan, aku percaya dia masih belasan tahun. Namun aku percaya dia akan mewarisi dan menggantikan geng-geng mat rempit pada masa akan datang jika tiada siapa yang perihatin dengan masalahnya. Sungguh sedih sekali melihat generasi muda pada masa ini. Kita sudah 50 tahun merdeka, namun bangsa kita tetap terus dijajah melalui pemikiran, budaya dan ekonomi. Bila agaknya kita akan merdeka pada erti kata yang sebenarnya. Sampai bila kita hendak terus lalai dengan hiburan yang melampau-lampau. Kenapa artis lebih dibangga-banggakan berbanding para ilmuan dan ulama-ulamak? Kenapa kita mudah sangat terpengaruh dengan budaya-budaya negatif acuan barat? Mengapa kita tidak bangga dengan adat dan agama kita?Bagaimana agaknya cara untuk kita bangun dan bangkit dari terus terbelenggu dengan masalah-masalah ini? Semua persoalan ini sering bermain-main difikiran ini.
Aku tiba di KL dalam pukul 12.00 tgh hari. Aku turut bersama Nukman dalam program yang diuruskannya sehingga lewat petang. Aku sampai di rumah pada pukul 7.00 malam. Pengalaman pertama menunggang motor dari Utp ke KL ini merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Lenguhnya tak usah nak cakap la. Aku hanya menjadi pembonceng sepanjang perjalanan, tetapi lenguhnya mengalahkan Nukman. Nukman nampak tenang jer,dia bgtau dia dah biasa menunggang motosikal ke KL. Patutla pun.....Sekian.....
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
5 years ago
No comments:
Post a Comment