The wave of change

Salam ukhwah . Mungkin masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan salam tahun baru maal hijrah 1428 hijri. Apa agaknya azam kita sempena tahun baru hijrah ni, sudah tercapaikah azam tahun-tahun yang lepas. Atau mngkin tidak perlu meletakkan apa-apa target atau tujuan untuk tahun ini. Just lalui dengan tenang seperti biasa.

Kebetulan 1 Muharram tahun ni jatuh sehari sebelum semester bermula. Ada beberapa target yang perlu ditetapkan bagi memperbaiki pencapaian semester lepas. Mana tak nyer, pointer makin menurun. Masih banyk benda yang perlu aku 'settle'kan untuk sem ni. Strategi perlu lebih kemas dan masa perlu di gunakan sebaik mungkin demi merealisasikan matlamat hidup ni. Banyak menda yang perlu dipelajari.

Insyaalah akan aku tempuhi sem ini dengan lebih baik. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak merubah nasib mereka sendiri. Ayat al quran yang biasa kita dengar. Wallahualam.


No comments: