Hikmah di sebalik islamophobia


Sinar awal hijrah telah hampir seminggu berlalu. Tahun baru disambut dengan penuh kesyukuran kerana masih diperkukuhkan asas-asas akidah dalam diri umat islam yang sentiasa ditekan dan diprovokasi oleh seteru kita iaitu mereka yang sentiasa memusuhi umat islam. Saban hari kita sentiasa mendengar berita-berita yang menyedihkan yang menimpa umat islam di dada akhbar dan di media elektronik yang memperlihatkan betapa musuh-musuh islam sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa era kegemilangan umat islam tidak akan wujud seperti yang berlaku pada zaman pemerintahan kilafah islamiyah,kerajaan abassiyah,turki uthmaniah yang kemudian diruntuhkan sendiri oleh seorang islam yang berfikiran sekular, Kamal Antarturk.

Namun kini, musuh-musuh islam yang tidak pernah kekeringan idea untuk menjatuhkan umat islam ini serta penyebar fahaman islamophobia pasti terkejut dengan perkembangan semasa yang berlaku pada masa ini.Di Jerman khususnya, antara negara paling lantang sentimen anti-Islam, menyaksikan laporan didedahkan agensi berita rasminya, DPA, iaitu mengenai bilangan rakyatnya memeluk Islam meningkat empat kali ganda dalam masa setahun.(Berita harian,Dunia,28 Jan 2007)


Di Sepanyol, barisan ketua paderinya kini dilaporkan bimbang dengan kemunculan semula pengaruh Islam yang bertapak kali pertama pada 711. Ini termasuk pelan pembangunan semula bandar Cordoba yang pernah menempatkan pusat empayar kerajaan Islam di Andalusia.(Berita harian,Dunia,28 Jan 2007)

Russia juga tidak terkecuali daripada perkembangan menarik mengenai Islam apabila negara Kremlin berkenaan bakal menyaksikan peningkatan bilangan penduduk Muslim mengatasi golongan etniknya dalam tempoh 30 tahun lagi.Ini disebabkan kurangnya kadar kelahiran penduduk etnik Russia serta penghijrahan ramai penduduk dari negara bekas Kesatuan Soviet.Jika trend itu berterusan, menjelang 2020, golongan Muslim bakal mewakili satu perlima daripada keseluruhan penduduk Russia.(Berita harian,Dunia,28 Jan 2007)


Dengan perkembangan yang baik ini sudah pasti bahawa fahaman karut islamophobia ini pasti akan berakhir suatu masa nanti. Cuma waktu yang menentukan bila perkara ini akan berakhir. Yang pastinya, sinar kebenaran islam itu pasti tidak akan lenyap kerana islam itu satu ajaran yang benar dan sentiasa dijaga oleh Allah sepanjang masa dan terpulang kepada kita bagaimana untuk membawa imej islam itu di tengah-tengah masyarakat yang semakin hilang keislamannya itu.



No comments: