Human Engineering vs.........

"What is the difference between pump and turbine?" soalan lazim yang saya ajukan kepada sekumpulan pelajar mekanikal sebelum memulakan latihan amali subjek 'fluid mechanics'.

"Err....pump is an energy consuming device while turbine is......" Ini adalah antara pelbagai jawapan yang saya terima.

Semester ini, saya diamanahkan untuk menjadi 'lab demonstrator' untuk subjek mekanik bendalir bagi memenuhkan 5 jam kredit 'Graduate Assistant(GA) scheme workload'. Disebabkan UTP telah menaja yuran pengajian pasca siswazah saya, maka saya diwajibkan untuk membantu pensyarah-pensyarah melakukan tugasan-tugasan akademik seperti 'tutor', 'lab demonstrator' dan 'paper marking'.

Menjadi 'lab demonstrator' pada mulanya agak mencabar namun lama kelamaan tugasan ini menjadi seronok pula. Selain dapat 'refresh' kembali apa yang dipelajari sewaktu zaman 'undergraduate' dulu, dapat juga mencari kenalan-kenalan baru dari kalangan junior. Rasa puas dapat memberi pendapat dan pandangan terhadap soalan-soalan yang ditanya. Dari soalan yang berkaitan akademik dan latihan industri hinggalah yang berkaitan dengan hal-hal peribadi.

'Multiple Pump'

Eksperimen yang saya demonstrasikan adalah berkaitan dengan 'multiple pump test rig' ataupun ujikaji kepelbagaian pam. Secara objektifnya adalah untuk mencari hubungkait antara 'pressure head', 'flow rate', tenaga yang digunakan dan 'efficiency' bagi 'axial flow pump', 'turbine pump', 'gear pump' dan 'centrifugal pump'.

Secara teorinya, pam adalah sesuatu alat yang digunakan untuk mengalirkan bendalir dari satu titik ke satu titik yang lain. Pam menggunakan tenaga yang diperoleh daripada motor untuk memutarkan bilah-bilah(impeller). Daripada putaran bilah-bilah inilah, satu titik vakum akan terhasil di bahagian hadapan pam. Pengaliran air ke dalam pam akan berlaku dengan wujudnya titik vakum ini.

Aplikasi pam adalah pelbagai. Dalam industri automobil contohnya, pam digunakan untuk mengalirkan air dalam proses penyejukan enjin atau biasa disebut sebagai 'water pump'. Dalam industri minyak dan gas, pam-pam seperti 'centrifugal' dan' screw pump' banyak digunakan bagi proses pengaliran 'minyak mentah' dalam proses huluan mahupun hiliran. Aplikasi pam yang paling mudah adalah dalam proses 'water circulation' bagi sebuah aquarium ikan.

Pam-pam ini perlu sentiasa dikawalselia bagi memastikan jangka hayat pam-pam ini berpanjangan. Jika tidak, akan berlaku ketidaktentuan kos dan akhirnya membawa kerugian kepada syarikat-syarikat pemilik pam tersebut. Namun demikian, banyak 'defects' yang tidak dapat dielakkan seperti pengaratan, 'wear', 'cavitation' dan lain-lain lagi. hal ini sebahagian besarnya disebakan oleh getaran(vibration) yang berlaku pada pam hasil daripada putaran bilah-bilah di dalam pam.

Pada waktu ini, jurutera-jurutera mekanikal sedang berusaha dalam menghasilkan rekabentuk pam yang mempunyai effisiensi yang tinggi. Selain itu, rekabentuk yang diusahakan juga mesti mempunyai jangka hayat yang lama serta kurang terdedah dengan pelbagai 'defects'.

Kini, hasil inovasi para jurutera mekanikal, pam-pam yang saisnya berskala mikro(10^-6) sudah berjaya dicipta. Inovasi sebegini banyak membantu dalam bidang perubatan yang mana 'micro pump' ini membantu pengaliran darah bagi pesakit strok, pesakit jantung dan lain-lain. Dalam bidang elektronik misalnya, 'micro pump' ini digunakan dalam proses penyejukan alat-alat alat elektronik yang bersaiz kecil, seperti microprocessor bagi komputer. Tidak mustahil, suatu hari nanti, akan terhasil pam yang bersais nano(10^-9) jika penyelidikan berkaitan pam terus dilakukan.

'Natural Pump'

Apabila kita berbicara mengenai pam, seringkali kita lupa berkenaan pam semulajadi yang wujud di dalam tubuh badan kita. Pam yang telah banyak berjasa kepada kita tanpa kita sedari. Pam yang semakin berkurangan effesiensinya disebabkan perlakuan kita sendiri. Pam yang telah banyak mengakibatkan perginya ramai insan-insan tanpa diduga. Pam yang sentiasa terus menerus beroperasi tanpa kita pinta. Inilah dia sebuah organ bernama jantung.


Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim telah menganugerahkan kita dengan nikmat yang tidak ternilai harganya ini. Organ yang dikawal oleh minda bawah sedar ini telah banyak berjasa dalam membekalkan keperluan-keperluan sel seperti nutrien-nutrien, oksigen dan lain-lain melalui pengaliran darah. Cuba bayangkan jika jantung kita berhenti berdetak hanya dalam masa 1 minit, di mana agaknya kita berada sekarang?

Ciptaan Allah ini sungguh sempurna. Tiada getaran(vibration) berterusan setinggi 50MHz. Tiada 'defects' yang wujud dalam setiap pengaliran darah. Tidak perlu 'maintenance' yang rumit selain daripada jaga pemakanan dan selalu beriadah. Tidak perlu alatganti kecuali anda adalah perokok ataupun penggemar minuman keras.

Jantung kita akan terus menerus, mengepam darah ke seluruh tubuh kita selagi kita bernyawa. Degupan jantung ini adalah sebenarnya zikir kepada Allah kerana organ ini juga adalah makhluk Allah cuma kita sahaja tidak mengetahui caranya. Ada yang berpendapat degupan jantung berdegup seakan-akan bunyinya adalah Rab, Rab, Rab...(Rab bermaksud tuhan) Sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang mengetahui.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (Surah Al Israa' : Ayat 44)

Persoalannya, sejauh mana kita telah benar-benar bersyukur terhadap nikmat kurnian Allah ini. Sudahkah kita memperbanyakkan ingatan kita kepada Allah swt. Tidakkah kita berasa malu menggunakan anugerah Allah seperti tangan mulut, kaki dan lain-lain lagi untuk bermaksiat kepada-Nya tatkala anugerah-Nya ini terus menerus berzikir kepada-Nya?.

Renungilah dan ambillah pengajaran daripada ayat Allah ini.
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (Surah Al-Hajj: ayat 46)

Insaflah wahai diriku yang selalu lalai!

Wallahua'lam...


1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.