Alhamdulillah..
Sudah selesai menjawab 'paper' Engineers in Society (EIS) sebentar tadi. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah menurunkan ilmu untuk subjek ini. EIS merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar kejuruteraan di UTP. Walaupun nilainya hanya 2 jam kredit sahaja, namun subjek ini amat bernilai bagi kami, 'pelajar-pelajar tahun akhir' yang bakal 'graduate' dalam beberapa minggu lagi. Sedikit sebanyak membuka minda kami peranan sebenar seorang jurutera.
Banyak perkara yang kami pelajari. Antaranya adalah berkenaan tujuan seseorang menjadi engineer. Jika niat seseorang untuk menjadi seorang engineer kerana ingin memperoleh pendapatan yang lumayan, maka niat tersebut perlu diperbetulkan. Memang tidak dinafikan, masyarakat memandang tinggi status seorang jurutera disebabkan oleh pendapatan mereka yang besar. Beberapa rakan yang belum lagi habis belajar di Utp sudah di tawarkan posisi sebagai seorang 'Graduate Engineer' dengan gaji bulanan berjumlah RM 5000 di sebuah syarikat multinasional yang terkenal. Cuba bayangkan pendapatannya untuk 5 atau 10 tahun akan datang. Namun, setelah bergelumang dengan konsep-konsep dan teori-teori yang kompleks serta pelbagai rumus-rumus yang 'pelik' dalam tempoh 5 tahun pembelajaran ku di UTP ini, adakah sekadar nilai itu sahaja yang ingin dicari?
Sesungguhnya tujuan setiap Muslim mengikuti pengajian di bidang kejuruteraan di universiti atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPTA atau IPTS) ialah agar akhirnya selepas bergraduat mereka mampu menjadi Muhandis Bertaqwa, iaitu jurutera professional mahir yang berjiwa agama. Mereka merupakan seorang yang komited menjalankan fungsinya sebagai jurutera dalam apa jua industri yang diceburi, dan pada fungsi yang serupa mereka sentiasa menghayati peranannya sebagai seorang ‘abdi kepada Allah SWT.[1]
Nilai Kesyukuran
Menjadi seorang jurutera bukanlah tiket bagi kita untuk berbangga diri. ALLAH SWT menjelaskan, dalam satu ayat quran bahawa tujuan ALLAH ar-Raziq (Satu-satunya Pemberi Rezeki) menganugerahkan kepada kita “kerja” –sama ada kerja itu sebagai jurutera, atau doktor, atau cikgu, atau manager, atau operator pengeluaran lain sebagainya- adalah supaya dengannya kita mampu bersyukur seperti mana yang diperintahkan kepada keluarga Daud.
“…bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”(Saba’[34]:13)
Bukankah karier yang kita bakal harungi nanti, atau universiti yang sedang kita telusuri ini, adalah suatu nikmat pemberian ALLAH? Bahkan semua anugerah di bumi ini, yang kita disuruh untuk mencarinya, untuk memakmurkannya, adalah untuk melahirkan insan-insan yang tahu bersyukur kepada ALLAH. [2]
'Engineer'
Persepsi masyarakat yang memandang tinggi title seorang engineer perlu digunakan sebaiknya dalam mengajak masyarakat kembali kepada yang haq. Masyarakat akan lebih tertarik dengan kata-kata seorang engineer berbanding kata-kata seorang penjual cendol di kg Sg Kroh, Kampar apabila mereka berbicara tentang Islam. Gunakan kelebihan yang ada dalam menunjukkan rasa syukur kita kepada 'Sang Maha Pemberi Nikmat'. Jangan mengharapkan ustaz sahaja kerana kita pun mempunyai peranan yang sama. Alhamdulillah, sekarang sudah ramai kelihatan golongan professional bergiat aktif dalam mengembangkan syiar islam. Contoh terbaik adalah Kapten Hafiz Firdaus. Beliau masih lagi sempat mengarang beberapa buah buku agama dalam kesibukannya menjadi seorang juruterbang. Antara contoh lain adalah saudara Zulkiflee Nordin, seorang peguam yang menggunakan platform politik dalam perjuangan beliau dalam memartabatkan syiar Islam sehingga tidak disenangi beberapa rakan separti politik dengan beliau. Antara kata-kata beliau yang menyentuh hati adalah semasa beliau berucap di dewan parlimen,
'I am a muslim first, walaupun saya bukan muslim yang terbaik, tetapi saya akan memberi yang terbaik untuk Islam, jika saya perlu berkata perkara tentang Islam dalam Dewan ini (Parlimen), saya akan perkatakan walaupun kata-kata saya ini tidak disenangi pihak-pihak tertentu'
Itu contoh professional dari kalangan juterbang dan peguam. Bagaimana pula contoh golongan engineer? Ini pula contoh seorang engineer yang bekerja dengan sebuah syarikat O&G terkenal, Sarawak SHELL Berhad, Saudara Mokhtar Suhaili. Beliau kini memegang tampuk pimpinan Yayasan AMAL Sarawak, sebuah NGO yang berteraskan dakwah dan kebajikan di Sarawak. Kesibukan beliau tidak sama sekali menfikan peranan dan tanggungjawab beliau dalam menyebarkan kalimah Allah di muka bumi ini.
Bagaimana Dengan Kita?
Sewaktu membelek-belek lecture note karangan Ir Shahrin berkaitan dengan topic 'Engineer Act', saya menjadi terharu seketika. Baru saya perasan tentang satu perkara. Mungkin ketidak perasanan saya itu disebabkan oleh jarangnya saya membuka lecture note tersebut. Lecture note itu hanya diperlukan sewaktu sebelum test dan final sahaja. Ir Shahrin meletakkan satu potongan ayat quran di bahagian akhir lecture note tersebut.
“But seek, with the (wealth) which God has bestowed on thee, the Home of the Hereafter, nor forget thy portion in this world: but do thou good, as God has been good to thee, and seek not (occasions for) mischief in the land: for God loves not those who do mischief.” Al-Qasas 077
Terjemahannya,
“Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”. Al-Qasas,77
Ayat ini banyak memberi kita pengajaran. Kejarlah kehidupan didunia ini disamping tidak melupakan tujuan asal kita iaitu mencari yang kekal abadi, negeri akhirat. Semoga kita semua mampu menjadi jurutera yang cemerlang di dalam melaksanakan kerja dan dalam masa yang sama sentiasa ingat dan tahu tentang tanggungjawab kita sebagai Muslim dan Mukmin sejati. Bersamalah kita menjadi jurutera cemerlang dengan memberi khidmat terbaik serta tidak pernah melupai amanah dan tujuan kita dihantar ke atas dunia ini iaitu untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada Allah SWT. Insyaallah.
Selamat bergraduasi semua....
[1] [2]
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
5 years ago
No comments:
Post a Comment