Muhasabah diri

Tirai sem 4 sudah hampir ke penghujung. Kini semua tengah bertungkus lumus memerah otak dalam berhadapan fianal exam. Kalau yang dulu sekali sekala jer mengadap buku, namun kini buku dan lecture note tu dah tak dapat lagi nak dipisahkan dengan diri. kalau dulu, masa banyak dihabiskan dengan Dota, CS, dating, dan berbagai lagi aktiviti yang tak berfaedah, namun kini, setiap masa itu berharga, tak nak lagi dibiarkan berlalu begitu sahaja. Begitulah hebatnya penangan final exam bagi pelajar-pelajar UTP.

Namun bagi aku, masa study week dan exam week ni la masa yang tenang bagi aku. Aku sudah tidak lagi sibuk dengan kuliah-kuliah,asignment yang bertimbun-timbun,test, quiz projek-projek yang membebankan dan pelbagai lagi tanggungjawab yang lain. Selain itu, aktiviti non-academic aku pun menjadi berkurangan semasa minggu peperiksaan ni. Aku kini bebas 'seketika' dalam merencana aktiviti kehidupan aku sendiri dan untuk fokus pada study.

Final exam minggu perubahan?

Sepanjang minggu peperiksaan ini, pelbagai ragam dapat aku lihat. Fenomena-fenomena peik memang banyak berlaku. Sebagai contoh ramai sahabat aku sudah menjadi burung hantu,aktif di waktu malam dan berhibernasi diwaktu siang. Surau dan masjid yang dahulunya lengang kini sudah menjadi meriah dengan penambahan ramai jemaah baru yang dulunya sukar dikenalpasti. Suasana malam kini sudah menjadi semakin tenang tanpa suara-suara sumbang membuat bising. Alhamdulillah, tarbiah Ramadhan yang lalu telah menjadi titik perubahan kepada sahabat-sahabat di UTP untuk kembali kepada fitrah. Hmm..namun adakah keadaan ini akan berkekalan atau akan hilang menjadi memori selepas sahaja berlalunya final exam nanti. Saya pasti anda sudah ada jawapannya.

Mencapai tujuan

Semua orang bercita-cita untuk memperoleh CGPA yang tinggi apabila graduate nanti. Tak kurang juga yang mahu menkonsistenkan pointer masing-masing untuk setiap sem agar melepasi tahap minimum yang ditetapkan oleh penaja masing-masing untuk mengelakkan elaun bulanan ditarik. Ada juga yang membayangkan untuk bekerja dengan kompeni-kompeni besar seperti exxon-mobil, Schulumberger, Shell, Petronas. Tak kurang juga yang mengimpikan untuk menghadiri jamuan-jamuan yang meraiakn mereka yang memperoleh anugerah dekan. Maka final exam inilah yang akan menjadi agenda utama di universiti selain bertungkus lumus untuk mendapatkan markah yang tinggi bagi 'cousework mark'.

Kadang kadang, dalam memenuhi agenda masing-masing, kita telah terlupa tanggungjawab dan agenda utama kita. Tanggungjawab kita dengan tuhan. Sejauh mana agaknya kita memenuhi tanggungjawab utama kita ini. Memahami kehendak-Nya dan terus bekerja mendekati-Nya. Kita selalu lupa bahawa bahawa dialah sumber kekuatan dan sumber inspirasi kita. Kehidupan ini telah siap diaturkan olehnya. Tiada siapapun yang dapat merubah takdir dalam hidup ini kecuali dirinya.

Konflik dalaman.

Sudah lama aku tak post article dalam blog ini. Kalau dulu rajin juga aku post terutamanaya masa-masa study week dan exam week ini. Mungkin semangat aku untuk menulis telah dilunturkan oleh banyaknya maksiat yang aku lakukan. Jiwa kini sudah bergelodak dengan titik-titik hitam yang kian bertambah dan turutan nafsu yang sukar dibendung lagi.

Aku sedar ya Allah, aku hambamu yang lemah. Tanpa keampunan dan hidayah dari mu, hidup ini tidak beerti apa-apa. Hati ini perlu dibersihkan dan disucikan dengan iman dan taqwa. Ku tahui hanya hati yang bersih dapat memandu diri ke jalan kebenaran dan hidup yang diredhainya. Ku pasti, hal ini bukan konflik dalaman, tetapi merupakan kesilapan diriku sendiri yang terlalu tepersona dengan kehidupan dunia yang melalaikan ini dan terus menjerumuskan aku dalam gelodak jiwa ini.

Saki baki perjuangan

Kini sudah 3 paper berlalu, 3 lagi bakal kuhadapi. Alhamdulillah semuanya sudah berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun terdapat juga beberapa yang aku gagal sempurnakan dengan baik. Aku pasrah dan redha dengan kehendakNyA. Mungkin menjadi sebagai kafarah terhadap dosa-dosa dan maksiat yang telah aku lakukan. Aku berazam untuk menyudahkan saki baki paper ini dengan baik tanpa berbuat apa-apa kesilapan lagi. Semoga setiap usaha aku ini bukan sahaja bertujuan untuk exam semata-mata tetapi yang lebih utama dalam mencari keredhaannya. Semoga ilmu-ilmu ini dan segala usaha yang dilakukan akan diberkati oleh ALLah .Insyaallah..

Selamat menempuh peperiksaan semua... : )

1 comment:

Anonymous said...

salam sedikit peringatan buat sahabat...Firman Allah SWT:
" Maka apbila manusia ditimpa bahaya, ia menyeru Kami,kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami, ia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmay itu hanyalah krn kepintaranku.". Sebenarnya itu adalh ujian, tetapi kebanyakkn mereka itu tidak mengetahui"
(Az-Zumar,39:49)