Sikap-sikap Oang Yang Menuntut Ilmu.

Alhamdulillah pagi ni aku berkesempatan mengikuti kuliah subuh ustaz Rahmat di masjid UTP. Ustaz Rahmat merupakan Ustaz 'favourite' aku kerana gaya penyampaiannya yang menarik serta pemikirannya yang up-to-date dengan isu-isu semasa disamping keluasan ilmu yang dimilikinya berjaya diterjemahkan dengan baik sekali. Kuliahnya pagi tadi adalah berkenaan sikap-sikap orang yang menuntut ilmu.

Amat bersesuaian sekali topic ini untuk dibincangkan memandangkan masing-masing kini kian sibuk memerah otak dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Namun mungkin kita tidak sedar bahawa ada ujian yang lebih hebat daripada itu yang memerlukan kita untuk membuat persiapan yang lebih rapi lagi. Suka untuk diingatkan di sini agar kita meluruskan niat kita kembali dalam menuntut ilmu. Amat tidak patut bagi seorang pelajar, apabila ilmu yang dicari hanya mampu diterjemahkan dalam dewan peperiksaan sahaja. Adalah lebih penting jika seseorang pelajar itu dapat mengaplikasikan ilmu yang dimiliki dalam kehidupan. Cuba kita renungkan kembali satu kata-kata "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah". Sesungguhnya ujian yang paling besar untuk seseorang pelajar itu adalah dalam mengaplikasikan ilmu yang dimiliki. Namun dengan usaha yang gigih insyaallah mampu dilaksanakan. Di sini, niat memainkan peranan yang penting.

"Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat"(Hadith arbain:hadith 1)

Antara sikap orang yang menuntut ilmu adalah orang yang mencari ilmu itu datang kepada orang yang yang memberi ilmu. Kita boleh ambil pengajaran daripada kisah imam Malik dan seorang sultan di zamannya dimana seorang sultan menjemput Imam Malik ke istana untuk mengajarnya ilmu agama. Namun Imam Malik menolak pelawaan sultan itu kerana pendirian tegasnya bahawa anak murid itu sendirilah yang perlu datang kepada gurunya. Cuba kita bayangkan jika situasi itu berlaku pada zaman sekarang. Sebagai contoh Sultan Melaka(Melaka ada sultan ke?hehe...) meminta mufti Melaka untuk mengajarkan baginda sebab-sebab mengapa ada fatwa bahawa yang mengatakan konsert sure heboh itu haram, tetapi Mufti Melaka menolak kerana terkesan dengan sikap tegas Imam Malik, sudah pasti Mufti Melaka itu kena cop sebagai 'kurang ajar' dan kena gam dengan kerajaan. Kita boleh lihat trend sekarang ini ramai ibu bapa yang menjemput guru-guru untuk mengajar anak mereka di rumah. Sepatutnya anak murid itulah yang perlu berusaha untuk datang ke rumah guru itu dalam menuntut ilmu. Ingin ditegaskan disini bahawa sikap kita juga memainkan peranan bagi memastikan ilmu yang dipelajari diberkati.

Antara sikap lain adalah memuliakan siapa yang memberi ilmu. Ingin ditegaskan di sini walau siapa pun yang mengajarkan kita ilmu, walaupun dia merupakan sahabat kita , kita perlu berterima kasih kepada mereka. Tidak kira seorang tukang kayu mengajar kita cara bertukang, kita harus memuliakannya.Kita perlu memuliakan mereka sama seperti level seorang guru. Kalau cikgu, apatah lagi kan, kita mestilah menunjukkan lebih rasa hormat kerana guru, walaupun guru bukan sumber sesuatu ilmu, namun guru merupakan seseorang yang bertindak sebagai pemudah cara atau secara mudah boleh kita panggil sebagai seorang fasilitator. Yang menjadi sumber ilmu itu adalah Allah subhanahuwataala yang memilki arasy dan maha luas pengetahuannya. Namun guru bertindak sebagai jalan untuk kita mendapat sesuatu ilmu itu.

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh lautan(lagi) setelah keringnya,nescaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa, maha bijaksana. (31:27)

Selain itu sikap orang yang menuntut ilmu adalah dengan melihat kepada apa yang disampaikan oleh seseorang bukan terhadap siapa yang menyampaikan. Saidina Ali pernah berkata," Unzur ma qola, wa la unzur man qala", maksudnya lihatlah apa yang dikatakan dan jangan lihat siapa yang berkata. 16 Mei baru-baru ni, sambutan hari guru peringkat kebangsaan diadakan. Terdapat tokoh guru bukan dari kalangan melayu. Mungkin ada sesetengah daripada kita berasa tidak senang kerana 'title' itu diberikan kepada bukan Melayu. Namun kita kena sedar bahawa yang menjadi keutamaan bukanlah siapa yang memberi ilmu itu tetapi ilmu yang disamapaikan yang menjadi tumpuan kita. Kita boleh lihat bagaimana sikap rasulullah terhadap golongan musyrikin yang ditangkap dalam peperangan. Rasulullah memberi pilihan kepada mereka untuk mengajar anak-anak orang muslim sehingga pandai sebelum dibebaskan. Cuba kita lihat impaknya, ramai antara kaum musyrikin masuk islam dan anak-anak orang muslim menjadi pandai. Justeru amat penting bagi kita untuk menghargai setiap guru kita tidak kira siapa mereka pun. Apabila berjumpa tunjukkanlah rasa hormat kita kepada mereka atas ilmu yang diberikan.

Akhir kata selamat menempuh peperiksaan. Semoga sedikit perkongsiaan ilmu dapat menjadi panduan kepada sahabat sekalian. Wallahuaalam.



No comments: