'Harapkan pagar, Pagar makan Padi'

Pengacara 360 didakwa salah guna dadah

JOHOR BAHRU: Wartawan penyiaran TV3, yang juga pengacara rancangan 360, Mazidulakmal Sidek, 40, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menyalahgunakan dadah.
Dia didakwa bersama enam yang lain, termasuk seorang anggota polis dan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasukkan dadah jenis 'methamphetamine' ke dalam badan masing-masing, mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik 88, Groove City Sdn Bhd, Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir di sini, pada jam 2.45 pagi, Sabtu lalu.
Mazidulakmal, anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Mohd Nasir Jamil, 23 dan anggota JPJ itu, Johari Mohamed, 34, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadap mereka.
Turut tidak mengaku bersalah, penerbit rancangan TV3, Fadzli Ramli, 40; Johari Sarkon, 34 dan dua wanita, Tumijah Adras, 34 dan Umaisyah Abd Rahim, 25.
Jika sabit kesalahan mengikut seksyen itu, semua mereka boleh dihukum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000.
Johari bagaimanapun, menghadapi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah jenis pil eramin 5 seberat 0.3 gram, sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta berkenaan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor David Chong Seng Yung di hadapan Majistret Rasidah Ramlee.
Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A Vimala manakala lima tertuduh lain tidak diwakili peguam.
Rasidah kemudian menetapkan perbicaraan kes itu pada 24 September ini dan memerintah semua tertuduh dikenakan jaminan RM2,500 dan RM3,000 setiap seorang.
Sementara itu, TV3 dalam kenyataannya petang semalam, berkata pihaknya mengambil berat kes yang membabitkan kakitangannya.
Stesen itu akan menunggu perbicaraan kes yang dijadualkan pada 24 September ini sebelum mengambil tindakan susulan.
“TV3 juga akan membiayai kos guaman dan pembiayaan lain yang berkaitan bagi kedua-dua kakitangan itu,” katanya.

APALAH NAK JADI NGN NEGARA KU INI.

MALAYSIA TANAH AIRKU TERCINTA?

No comments: