Utusan pada hati-hati di luar sana

Buat hati-hati teman fillah di dunia sementara, di akhirat kan kekal selamanya..

Apabila dikatakan semuanya yang dinikmati di alam fana ini hanyalah pinjaman, memang benar.. sekecil2 perkara sehingga sehebat-hebat benda yang dikecapi, ianya tidak lain tidak bukan, pinjaman dari Yang Maha Pemberi kepada hamba-hambaNya di bumi.. tidak kira pilihan yang dibuat oleh mereka yang pilih untuk tunduk padaNya ataupun tidak.. Begitu juga dengan hati-hati di dalam sanubari setiap insan di dunia ini..



Hati yang diertikan bukannya hati yang mampu dilihat secara fizikalnya, yang dipelajari di bangku sekolah setibanya waktu cikgu biologi masuk untuk menerangkan ciri-ciri dan fungsinya.. Namun, hati yang ingin dimaksudkan, hati yang lahir dari dalam jiwa nurani setiap insan.. di mana setiap perkara, perlakuan, percakapaan yang dilakukan di gerakkan oleh hati ini.. andai yang menggerakkan kenderaan di jalanan adalah engin yang terletak di dalamnya.. ketahuilah,hati lah yang sebenarnya engin penggerak dalam tubuh manuisa.. biarpun secara medikalnya, jantung yang memastikan aliran darah tiba pada tempatnya pada waktunya..akan tetapi, ia bukanlah neraca timbangan dalam setiap perkara yang dilalui.. hati inilah yang menentukan neraca yang kan ia gunakan dalam membuat keputusn Andai engin kenderaan perlu diservis setelah ia bergerak sejauh xxKM, ketahuilah, begitu juga hati insani.. dan sesungguhnya, hati-hati setiap insan, jauh lebih banyak bergerak, berkerja berbanding engin di dalam kenderaan jalanan..

Jesteru itu, hati-hati ini perlu sentiasa diservis, berulang kali.. bukan hanya setelah ia lemah, baru hendak diperbaiki.. Pabila ingin membeli kenderaan bermotor ini, pasti yang mampu beraksi dengan baik menjadi pilihan.. Dan hati-hati insan di dunia ini.. bagaimana untuk menjadikan diri tampil ke hadapan, biar tampak di dalam jutaan hati-hati lain di kala hati-hati ini semuanya tampil menghadap Ilahi?

Biarpun tahu hati diri tidak mungkin setanding para rasul dan nabi.. tidak mampu sebaris beratur dengan para sahabat.. tidak layak untuk berkumpul bersama mujahid-mujahidin.. namun, ketahuilah.. keberadaan di dunia ini, di akhir zaman ini, ada kelebihan yang diberi.. kerinduan nabi untuk berjumpa di jannah nanti.. hanya kerana hati-hati ini tulus ikhlas bergerak menuju Ilahi biarpun tidak sempat bersama nabi untuk menyiarkan panjiNya di muka dunia..tiada dorongan yang langsung (berhadapan) darinya..

Sebagai da'ie yang dipilih oleh Yang Maha Esa.. Maha Mengetahui.. hati-hati yang bersemi di dalam sanubari, insyaAllah sudah mula beroperasi dengan giat dan proaktif.. Oleh itu, sentiasalah melawat hati diri, agar mudah dikesan di saat ia mula lelah... mula hadir garis-garis kurang sihat.. Apabila dapat dikesan di awal waktu, sudah pasti senang untuk diubati.. kerna masih lagi tidak severe injury yang di hadapi.. jangan ditangguh untuk diubati.. jangan biarkan ia sendiri tanpa follow-up yang kerap.. kerna keseorangannya mampu mengajak kehadiran mereka yang tidak diundang.. yakni, si dia yang berjanji untuk merosakkan hati-hati mu'min mu'minin di dunia..

Untuk memastikan hati-hati ini agar tetap sihat.. antara servis yang boleh dilakukan oleh jasad-jasad yang memikul hati-hati ini adalah... bibir tidak lekang dari zikrullah dan istighfar..

zikrullah mengingatkan hati bahawa ia masih lagi belum mencapai matlamat.. hadirnya ingatan pada Ilahi.. menjadi daya tolakkan pada hati untuk kembali beroperasi dengan kesungguhan yang baru

istighfar melahirkan rasa tunduk dalam hati.. agar tidak riak dalam setiap amal yang dilakukannya, digerakkannya..

dan juga perlunya doa sentiasa..dan bukan hanya sekadar selepas solat ataupun saat hendak menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan.. Doa-doa mendekatkan hati pada PenciptaNya.. kerana ia tahu, segala keputusan yang dibuat, semuanya di gerakkan oleh ilham dariNya.. dan seandainya ia terjatuh ke kawasan laranganNya, maka, kan gelap hitamlah pandangannya pada sekitarnya.. Doa bisa menundukkan hawa nafsu yang sentiasa kan cuba menggoda hati, manariknya kuar dari pendirian untuk melalui fitrah ia dicipta..

Tidak lupa pada hadiah dariNya pada umat Muhammad (saw).. kalamullahNya yang diaturkan di dalam Quran.. perlu hati-hati ini sentiasa menghayati peringatan dariNya, kisah-kisah yang ingin disampaikan buat mengubati kegusaran hati para insan, hukum-hukum yang digariskan untuk dipatuhi agar hidup di muka bumi tidak rusuh.. tilawatilkan ia, tadabur kan maksudNya.. kiriman khas kalamullahNya buat para hamba yang memilih untuk menerimanya.. Biapun kan sentiasa sibuk hati-hati ini.. dalam mengerakkan jasad di mana ia bersemi.. ketenangan masih mampu ia kecapi, andai ia disogokkan bekalan-bekalan yang dikatakan tadi.. (zikrullah, istighfar, berdoa, tawatil quran).

Tiada yang mampu dikongsikan lagi dari hati ini di kala ini.. hanya satu harapan yang dibawa.. agar tatapan mata-mata yang meratapi perkongsian hati disini, akan membawa satu message yang kan dibawa ke dalam hati milik mata yang memilih untuk mendengar tatapan hati ini.. dari hati untuk hati..

------------------------------------------------------------------------------------------------ setiap pilihan hati-hati hambaNya, tidak mungkin dapat dinilai sekadar pandangan insan di dunia, semoga hati-hati di sini benar-benar telah memilih jalan yang hakiki, jalan yang tidak bersimpang dari matlamat menuju Ilahi biarpun ia penuh ranjau dan tusukan berduri kan hati-hati ini teguh berdiri, melaksankan tugas selagi ruhnya miliknya tidak dibawa pergi.. ---------------------------------------------------------------------------------

sumber: nurilahi, bahan tarbiyah

Read More !

Menghargai jasa seorang ibu

Saban tahun, pada tanggal 12 MEI, seluruh dunia akan menyambut Hari Ibu, satu sambutan yang diadakan bagi mengapresiasi segala pengorbanan dan jasa seorang insan bergelar ibu. Sms, kad ucapan sudah menjadi simbol bagi hari yang penuh bermakna ini. Walaubagaimanapun, semua ini masih belum cukup bagi membalas jasa seorang ibu.

Sejak kita dilahirkan, ibu telah banyak menderita. Ibu telah mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk membolehkan kita merasai kehidupan di dunia ini. Tak cukup dari itu, semasa kita semakin membesar, ibu sanggup bersengkang mata, tidak tidur, demi melayan kerenah kita yang kuat menangis. Seekor nyamuk pun ibu tak benarkan hinggap di badan si anak. Ibu sanggup berkorban apa sahaja demi melihat kita bahagia.

Namun semakin kita membesar, semakin kita lupa jasa ibu. Bagi mereka yang tidak tinggal bersama ibu, berapa kali dalam seminggu kita menghubungi ibu. Kalau di rumah, berapa ramai antara kita yang ringan tulang untuk membantu ibu. Justeru, di tengah kehangatan masyarakat dunia hari ini merayakan hari ibu, marilah kita kenang kembali jasa ibu kepada kita.


17:23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia - AL-ISRA'

29:8. Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. al-ankabut

31:14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu - luqman


Read More !

Final bakal menjelang

Hmm..pejam celik, study week pun da nak abes. Lusa da start exam. 3 paper berturut-turut.

Isnin-Mechatronics II
Selasa-Fluid MechanicsII
Rabu-CAE(computer aided engineering).

Pastu ada gap 2 minggu baru ada paper seterusnya,

Vibration
Manufacturing technology II.

Kali pertama dapat jadual camni. Kalau sebelum ni, ada jer gap antara subjek-subjek,tapi kali ni tak. Jadual kali ini betul-betul menguji ketabahan semua budak mechanical Jan 05. Study week perlu digunakan sebaik mungkin. Tak ada masa lagi yang perlu dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Alhamdulillah aku tak amek subjek Engineering Economics sem ni. Kalau tak, tambah satu lagi paper berderet minggu depan. Bersyukur kepada ALLAH. Maknanya aku hanya perlu fokus 3 paper sahaja berbanding kawan2 seperjuangan lain yang terpaksa study juga subjek econ sepanjang study week ni.

Subjek sem ni sumernyer agak 'taugh'. Kadang2 tu sampai tak tau apa yang aku belajar.huhu..nasib baik skrng ni da tahu sket-sket. Adatla tu, semakin lama kita belajar semakin banyak kita tak tahu. Kalau terus berusaha insyaallah akan dapat juga. Camner la agaknyer nak dapat Deans List sem ni..huhu..Cousework tak keluar lagi. Namun aku dah dapat agak dah apa yang akan aku dapat nanti berdasarkan prestasi test semasa. Harap-harap projek, assignment dan kuiz akan dapat back-up.

Harap semua akan berjalan dengan lancar. Kawan-kawan, doakan saya yer..huhu..semoga di permudahkan oleh-Nya

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridhaan Allah dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambanya" (Al-baqarah,2:208)

Semoga kita termasuk dalam golongan yang difirmankan Allah dalam ayat ini.Bukan hanya dalam menuntut ilmu sahaja, tetapi dalam banyak perkara lain lagi. Insyaallah





Read More !

Muslim lebih kuat di Britain pada 2035

LONDON: Penduduk Muslim Britain akan mengatasi bilangan penganut Kristian yang ke gereja dalam tempoh 30 tahun lagi yang turut menyaksikan beribu-ribu gereja terpaksa ditutup, menurut satu kajian terbaru yang dilaporkan semalam.

Hasil kajian oleh kumpulan pemikir agama yang diumumkan kelmarin menunjukkan ada seramai 1.96 juta Muslim di Britain menjelang 2035 - jauh melebihi kira-kira 1.63 juta penganut Kristian, lapor akhbar Daily Mail.

Bilangan penduduk Kristian itu akan turut diatasi penduduk Hindu selepas 2050, lapor kajian terbaru oleh kumpulan pemikir Christian Research.

Kumpulan itu juga mendakwa, kira-kira 4,000 gereja dijangka tutup menjelang 2020 jika bilangan penganut Katolik yang mengunjungi gereja terus berkurangan secara mendadak berdasarkan trend masa kini.


Bagaimanapun, pihak Gereja England segera menyangkal kajian itu lewat kelmarin dan menyifatkannya sebagai ‘salah dan menyebabkan kekeliruan yang membahayakan.’

“Statistik seperti ini yang cuma berdasarkan andaian meragukan, tidak membantu mana-mana pengikut agama sekali pun. Penganut pelbagai agama bukannya saling bersaing dan kajian ini hanya mengundang bahaya,” kata jurucakap Gereja England berkenaan.

Bilangan Muslim itu berdasarkan angka dalam bancian kebangsaan pada 2001. Jika proses itu diambil kira bagi penganut Kristian, ada kira-kira 20 juta penganut agama itu yang kerap ke gereja, kata Church House.


Namun kajian itu tidak pula menyatakan bilangan Kristian yang ke gereja setiap minggu kerana ia cuma membabitkan golongan dewasa berdasarkan senarai pengundi rasmi. Mereka yang tersenarai itu dibenarkan mengundi di dalam mesyuarat peringkat gereja berkenaan.

Kalangan pakar sudah mengakui berbanding penganut lain, Muslim lebih terbukti mengamalkan agama mereka dengan lebih khusus.

Lebih separuh daripada Muslim yang menyertai bancian kebangsaan itu mengakui mereka solat lima waktu sehari berbanding 6.3 peratus penganut Kristian yang hadir di gereja sekali seminggu.

Awal tahun ini, Paderi Besar Canterbury, Dr Rowan Williams yang berpengaruh, menjadi sasaran kecaman apabila mengesyorkan undang-undang Britain perlu turut merangkumi beberapa aspek undang-undang Syariah yang mencetuskan kemarahan penduduk Kristian negara itu.

Sementara itu, Universiti Cambridge dan Universiti Edinburgh mengumumkan rancangan mewujudkan dua pusat penyelidikan baru untuk kajian Islam.

Ia bakal dilaksanakan dengan kerjasama pengerusi Yayasan Kingdom, Putera Alwaleed bin Abdulaziz AlSaud dari Arab Saudi.

Pusat penyelidikan baru itu akan melakukan penyelidikan dan kempen awam bertujuan meningkatkan persefahaman dunia Islam dengan bukan Islam. - Agensi


sumber:http://www.bharian.com.my/

Read More !

Sahabatku,Islam..

Alhamdulillah. .Kini aku sudah mula berada dalam phase study week. Selepas 14 minggu lecture week, kini aku mula memasuki fasa-fasa kritikal dalam study ku ini. Walaubagaimanapun, masa-masa beginilah merupakan masa yang tenang bagiku. Tiada lagi assignment yang bertimbun-timbun, projek yang bersusun-susun, test yang menggerun(betul ke x perkataan ni ek?..huhu) dan lain-lain tugasan lagi. Masa-masa beginilah adalah waktu untuk aku menenangkan jiwa dan fikiran. Aku bebas menyusun jadual belajar ku sendiri. Menyudahkan segala tugasan yang masih belum siap. Pendek kata, masa study week lah adalah antara masa-masa yang ditunggu-tunggu selain cuti semesta dan cuti pertengahan sem.

Pagi tadi, alhamdulillah, aku bangun agak awal. Selepas selesai segala persiapan diri, aku terus ke surau V3 untuk menunaikan solat subuh secara berjamaah. Selepas selesai, menjadi rutin bagiku untuk membaca quran di surau. Selepas habis membaca beberapa lembaran, aku mula menyemak-nyemak helaian-helaian yang tinggal sebelum habis bacaanku 1 juzuk. Teringat aku satu hadith sahih yang diriwayatkan oleh imam bukhari. Menurut hadith tersebut, ibnu abbas pernah bertanya kepada Nabi Muhammad saw, tentang berapa lama masa yang perlu diambil bagi menghabiskan bacaan 30 juzuk quran, sabda baginda, untuk menghabiskan 30 juzuk quran, masa yang perlu diambil adalah selama satu bulan. Pada ketika itu umur ibnu abbas adalah 8 tahun. Subhanallah..

Jam mula menunjukkan pukul 6.55 pagi. Aku mula berangkat keluar dari surau. Semasa hendak memakai kasut, tiba-tiba aku terasa bahuku disentuh dari belakang. Rupa-rupanya orang yang memegang bahuku itu adalah Islam. Islam merupakan seorang pelajar dari mesir, mengambil jurusan kejuruteraan elektrik.

"My, brother, if I am not mistaken, your name is Syah, right?", tanya Islam kepadaku.

Aku mula mengenali Islam semasa mengikuti liqa' quran bersama pelajar antarabangsa sewaktu awal sem. Dari situ juga aku turut mengenali, Muhanad Sabah, Annan dan Ahmed. Mereka semua dari sudan dan Mesir.

" Do you want to get rewards from Allah that equal with performing Hajj and Umrah?", tanya Islam lagi.

Aku tergamam. Subhanallah. Belum lagi aku mendengar amalan yang mempunyai pahala sebesar itu. Menurut Islam, dalam satu hadith sahih, apabila seseorang sudah selesai menunaikan solat subuh berjemaah, kemudian dia duduk membaca al-quran, mathurat dan amalan-amalan lain, sehingga waktu syuruk, dan selepas beberapa ketika dia menunaikan solat duha, maka allah akan mencukupkan baginya serta Allah akan kurniakan baginya pahala sebesar menunaikan haji dan umrah.

Islam terus mengajak aku naik ke surau semula bagi menunaikan amalan ini serta memintaku menyebarkan perkara ini. Subhanallah..Aku kagum dengan Islam. Dia tahu akan kewajipannya sebagai seorang muslim. Dia tidak lokek berkongsi apa yang dia ketahui. Banyak lagi sunnah yang dikongsi pada pagi ini.

Semoga aku akan terus beristiqamah dengan amalan ini..Insyaallah.

"sampaikan dari ku walaupun satu ayat"

Read More !

Ku harap lebih dari itu.

Alhamdulillah. Semester 5 kian hampir tamat perjalannanya. Sem 6, sem praktikal bakal menyusul tiba. Maka bermula la kehidupan baru sebagai student 'intern'. Semoga dipermudahkan dan terus istiqamah dalam jalan-NYA. Bersyukur kpd Allah, setelah banyak 'application' yang dihantar, akhirnya ada satu company yang offer aku tempat untuk internship di Melaka, HSE Resources Sdn. Bhd. Company biasa-biasa jer.Yang paling penting, company ni memenuhi semua criteria yang aku tetapkan iaitu, tempatnya di Melaka, menyediakan latihan industri berasaskan Mechanical Engineering, ada ISO, working days 5 hari jer,hari Sabtu dan Ahad cuti dan tidaklah terlalu jauh dari rumah sewa kami iaitu di Jasin.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku terlalu nak sangat intern kat Melaka. Kenapa tak pergi tempat yang lain seperti di Shah Alam, KL ke, Kertih dan mana-mana tempat lain yang lebih banyak menyediakan tempat-temapat intern yang lebih menarik. Jawapan nya adalah kerana satu misi. Aku perlu ke sana kerana ada perkara yang perlu dilaksanakan, amanah yang perlu ditunaikan.

Seronok rasanya bila dengar sahabat yang lain yang berjaya dapat offer dr company yang hebat2 seperti Exxon Mobil, Petronas, Proton dan sebaginya. Dapat elaun yang tinggi, rumah disediakan dan banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh company-company tersebut. Kadang-kadang perasaan jealous timbul.HuHU.. Namun aku perlu ingat, masih ramai lagi sahabat lain yang tak dapat offer lagi. Rakan seperjuangan di Melaka nanti pun masih belum dapat tempat lagi. Aku rasa risau sebenarnya. Namun aku percaya akan akan adanya tempat untuk mereka nanti.

Akhir kata semoga bumi Melaka bakal memberi pengalaman yang bermakna bagi aku. Akan ku telusuri sejarah perjuangan Hang Tuah serta rakan-rakannya nanti untuk kufahami erti perjuangan sebenarnya..(haha.ayat x leh blah..huhu) Semoga intern ini bukan sahaja memberi pengalaman kerja serta GPA 4.0 semata-mata, tetapi aku harap lebih dari itu. Harapan aku agar segala amanah akan terlaksan serta diri ini akan semakin dekat dengan penciptanya. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini, semoga keredhaanmu sentiasa menjadi tujuan utama dalam setiap tindakan.

Read More !

.: Luasnya Neraka :.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Read More !

Because a photo is worth a thousand words.

Ntah mengapa agaknya sekarang ni aku tiba-tiba jer jadi obsess dengan bidang photography. Adakah sebab sahabat-sahabat aku yang kini ramai memiliki camera berteknologi tinggi, seperti canon D400 ataupun nikon D80 dan lain-lain kamera. Rasanya bukan kot. Mungkin kerana suatu gambar itu boleh menceritakan pelbagai perkara kepada si pemerhatinya. Ini yang berlaku pada diriku. Perasaan yang sukar digambarkan apabila melihat hasil-hasil 'shooting' mereka yang pakar dalam bidang ini. Terdetik di hati untuk memiliki satu Camera SLR dan belajar mengambil gambar dari pelbagai sudut yang menarik.

Namun apakan daya, aku kurang mampu. Kalau dikumpulkan sebulan RM 200 daripada biasiswa yang di berikan Petronas sekalipun, dalam masa setahun lagi kot aku akan berjaya memilikinya. Yang itu pun baru basic camera. Tak termasuk Lense dan flash. Mungkin jumlah keseluruhan yang di perlukan akan mencecah paling kurang RM 3500. Daripada aku habiskan duit dengan camera ni, baik aku gunakan pada seseuatu yang lebih berfaedah.

Namun begitu, atas rasa kecintaan aku dalam bidang photography ni, aku telah mengambil keputusan untuk membeli camera phone. Brand Sony Ericsson adalah pilihan yang terbaik kerana aku mampu memiliki camera beresolusi 2.0 MP dalam sekitar RM 550 sahaja ditambah dengan function lain yang menarik. Dengan mengeluarkan sedikit simpanan yang aku miliki, alhamdulillah kini aku berjaya memiliki camera phone yang sudah lama diidam-idamkan walaupun tidak lah secanggih cyber shoot. Insyaallah, camera phone ini akan menjadi permulaan bagiku untuk mengembangkan lagi minat aku dalam bidang dunia photography ini. Manalah tau, suatu hari nanti aku akan menjadi sehebat Saiful Nang dalam mengambil gambar...huhu..Inilah dia sony ericsson K610i.

Antara gambar-gambar menarik yang telah diambil dengan menggunakan camera phone ini:-

















perodua field trip
















Pangkor 08
















KLCC

















secangkir kopi di v6 cafe















pangkor 08















2 orang budak y riang bermain

Read More !