Salam Ramadhan..
Alhamdulillah, sudah 11 hari kita melalui hari-hari Ramadhan yang penuh Barakah ini. Terasa sungguh sayu hati ini apabila memikirkan setiap detik Ramadhan yang gagal dimanfaatkan. Ya Allah, bertapa hina dan kerdilnya diri ini. Engkau telah meyediakan bulan yang terbaik ini bagi memudahkan hamba Mu untuk mendekati diri Mu, namun diri ini begitu sombong untuk menyambut anugerah Mu itu.
"Ya Allah, ampunkanlah diri ku atas setiap kelalaian yang aku lakukan. Ampunkanlah diri ku saat aku merasai nikmat mu tetapi aku melupakan diri Mu, Ya Allah. Bersihkan lah hati ku ya Allah agar aku sentiasa berada di bawah pertunjuk mu Ya Allah. Semoga bulan Ramadhan ini menjadi tapak agar aku sentiasa memperoleh Rahmat dan Maghfirah-Mu Ya Allah."
Kini tinggal 19 hari lagi untuk bulan Ramadhan melabuhkan tirai nya. Dimanakah kita saat ini? Adakah kita tergolong dikalangan hamba-nya yang memperoleh maghfirahnya? Jika belum, berusahalah ke arah itu. Bagaimana caranya? Sentiasalah berharap, berusaha dan berazam untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapakan pahala dari Allah.
“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Jangan pula puasa kita menjadi sia-sia tanpa memperoleh apa-apa ganjaran darinya. Bertapa ramai kalangan manusia di zaman ini puasanya hanya memperoleh sekadar lapar dan dahaga sahaja. Ramadhan yang dilalui tidak ubah seperti bulan-bulan yang lain. Tiada sebarang perubahan yang cuba dilakukan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan sebegini.
“Betapa banyak orang berpuasa yang hanya memetik lapar dan dahaga.” (HR. Ibnu Majah), al-Hakim dan dia menshahihkannya. Al-Albani berkata: “Hasan Shahih.”
Wallahua'lam.
Review Ramadhan
.: Luasnya Neraka :.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.
Wujud Cinta Untuk Sang Rasul
Alhamdulillah, selepas post copy paste sy sblm ni mendapat sambutan yang menggalakkan, kini saya cuba membawakan kpd sahabat sekalian tentang sirah perjuangan Rasul junjungan besar kita, karangan Dr Aidh Abdullah Al Qarni.
Sebenarnya, ini lah yang saya harapkan, bnyk orang komen. At least, bleh tambah pengetahun dan fikiran tidak menjadi terlalu streotype.(mengambil pandangan sebelah pihak sahaja). Semoga selepas ini, sahabat yang membaca akan terus istiqamah mengomen, bkn komen yang bersifata mahu meng'codemn' tetapi lebih kpd bersifat ilmiah dan 'sharing'.
Minta maaf jika jarang post artikel sejak kebelakangan ini, saya bercadang nak update seminggu sekali, namun di sebabkan bnyk perkara yang lebih utama perlu dielesaikan, perancangan sumer dah lari..huhu..Namun dengan kehadiran artikel panas yang bertajuk "politik atau dakwah", ditambah pula dgn kehadiran seorang sahabat lama yang selalu komen dlm artikel ini, alhamdulillah, target asal untuk tahun ini, bagi membanyakkan komen mula menampakkan hasilnya. Strategi mula berjaya..huhu..
Ingin ditegaskan, saya establish blog ini, bukan berniat untuk menunjukkan diri saya hebat, atau mencari glamour. Saya establish blog ini adalah atas dasar niat untuk share something yang ilmiah kpd para pembaca. Semua tulisan saya yang berbentuk pendapat, terserah kpd untuk menilai, anda boleh terima, atau anda boleh tolak. Kritikan pun digalakkan. Kitakan berada di sebuah negara demokrasi.huhu.. sesiapa saja boleh beri pendapat masing2. Jika ada sebarang pendapat atau komen untuk perbaikan,boleh terus berhubung dgn saya.
Untuk artikel kali ini, cuba renungi, ambillah pengajaran. Jika mampu menangislah dalm mengenang peristiwa ini. Bak kata Imam Ghazali , ambil lah masa untuk menangis kerana takutnya kpd Allah, jika tidak mampu menangis, berpura-pura lah untuk menangis, jika tidak mampu menangis menangislah kerana anda tidak mampu menangis...wallahualam.
Wujud Cinta Untuk Sang Rasul
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. [3.144]
Hari itu pada Haji Wada’, sebuah ayat turun, “Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuridhai Islam menjadi agama bagimu”. Para Sahabat bergembira, mereka bersorak “Agama kita telah sempurna, agama kita telah sempurna”. Kegembiraan yang memuncaki 23 tahun perjuangan dengan segenap suka dan duka. Di tengah kerumunan manusia pada hari Haji itu, seorang sahabat mulia justru bersedih. Abu Bakar As-Siddiq, perasaannya yang halus, dan dengan segenap keistimewaan yang ia miliki, ia menangis. Ia memahami di balik kesempurnaan pasti ada kesudahan. Ia menyadari, tidak lama lagi Sang Rasul yang dicintai akan meninggalkan dunia, meninggalkan para sahabat, kembali ke pangkuan Allah SWT.
Tangis sedih Abu Bakar didengar para sahabat. Setelah Abu Bakar menjelaskan mengapa ia menangis, para sahabat pun menangis. Betapa menyedihkan, Sang Kekasih tercinta, bertahun-tahun hidup dan berjuang bersama, segenap kesulitan dan kemudahan dilalui dalam persaudaraan yang tak ada duanya, tidak lama lagi akan tiada, meninggalkan dunia yang fana.
Mengetahu para sahabat menangis, Rasulullah bergegas mendatangi mereka. Di depan para sahabat Rasulullah S.A.W. berkata:" Semua yang dikatakan Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat”. Mendengar perkataan Sang Rasul, Abu Bakar kembali menangis hingga kemudian tak sadarkan diri, tubuh Ali ibn Abi Thalib bergetar, dan sahabat lainnya menangis dengan sekuat yang mereka bisa.
Beberapa masa kemudian Rasullullah sakit. Kota Madinah berada dalam suasana kesedihan. Di suatu Subuh, setelah adzan, Bilal ibn Rabah bergegas menuju kediaman Rasullullah, di
Masjid penuh sesak oleh kaum Muhajirin beserta Anshar.
Selanjutnya Nabi bertanya, “Wahai sahabat, kalian tahu umurku tak akan lagi panjang, Siapakah di antara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini, bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, karena sekarang itu lebih baik”. Semua yang hadir terdiam, semua mata menatap Nabi yang terlihat lemah. Tak akan pernah ada dalam benak mereka perilaku Nabi yang terlihat janggal. Apapun yang dilakukan Nabi, selalu saja indah. Segala hal yang diperintahkannya, selalu membuihkan bening sari pati cinta. Tak akan rela sampai bila-bilapun, ada yang menyentuhnya meski hanya secuil jari kaki. Apapun akan digadaikan untuk membela Al-Musthafa.
Melihat semua yang terdiam, nabi mengulangi lagi ucapannya, kali ini suaranya terdengar lebih keras. Masih saja para sahabat duduk tenang. Hingga ucapan yang ketiga kali, seorang laki-laki berdiri menuju Nabi. Dialah Ukasyah Ibnu Muhsin.
“Ya Rasul Allah, Dulu aku pernah bersamamu di perang Badar. Ketika kamu meluruskan
Baginda terdiam seketika, lalu berkata, “ke sinilah dan tuntutlah balas daripadaku”. Ukasyah pun mengambil tongkat seperti tongkat Nabi, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, pada hari itu(hari kamu memukulku), tiada sesuatu apa pun yang menutupi dadaku! Oleh sebab itu, buka dadamu untuk balasanku ini”.(subhanallah)
Lalu Rasulullah SAW membuka dadanya yang mulia itu. Setelah itu, datanglah
Sehari atau 2 hari sebelum Rasulullah wafat,
Rasulullah berkata: “aku akan wafat pada sakitku ini,”
Berkata Aisyah: “ketika roh Nabi Muhammad pergi, maka kepala Baginda miring ke sebelah, roh keluar melalui mulut Baginda bagaikan titisan air yang sejuk, bersih dan suci, iaitu bagaikan air yang berasal dari awan.”
Dengan cara tersebut, Rasulullah SAW wafat. Semua penduduk Madinah, baik lelaki, perempuan mahu pun kanak-kanak, semuanya menangisi pemergian Sang Agung. Rumah Baginda pun dipenuhi dengan rasa dukacita yang mendalam.
Waktu itu, Abu Bakar dan kudanya sedang berada di kawasan al-Awali, ketika
Ketika Rasulullah SAW wafat, Umar al-Khattab berdiri sambil berkata: “sesungguhnya seorang munafiq telah berprasangka bahawa Rasulullah telah wafat, namun Baginda pergi bertemu Tuhannya seperti yang berlaku pada Nabi Musa. Sesungguhnya dia (Nabi Musa) telah pergi dari kaumnya selama 40 hari, lalu dia kembali kepada mereka setelah dikatakan dia telah mati. Demi ALLAH, Rasulullah akan kemblai kepada kita seperti kembalinya Nabi Musa. Aku akan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat!”
Sehinggalah Abu Bakar berbicara, maka Umar terduduk dan terdiam,
Lalu Abu Bakar membaca firman
Berkata Umar: Demi ALLAH, aku tidak pernah
Lalu Baginda Rasulullah SAW dimakamkan di dalam bilik Aisyah kerana Abu Bakar pernah
PENGAJARAN:
1.
2. Sesungguhnya jasad Muhammad itu telah mati, namun ajaran Islam yang dibawanya tetap diamalkan hingga hari kiamat nanti.
Betapa besar cinta para sahabat kepada Sang Rasul…
Berapa besarkah cinta kita ?
Jom ikut sunnah nabi..
Kebiasaan Rasulullah dan Sahabat Ketika Ramadhan
1. Mengisi hari-hari baginda dengan al-Quran.
2. Menghidupkan malam-malam dengan ibadah-ibadah seperti zikir, solat malam dan doa.(QS 17:79)
3. Menyegerakan berbuka. Sabda Rasulullah saw, “Hamba yang paling dicintai Allah adalah yang menyegerakan berbuka.” (HR at Tirmizi)
4. Berbuka dengan kurma seperti mana diriwayatkan Anas bin Malik ra,”Rasulullah saw berbuka dengan kurma basah, bila tidak ada, maka dengan beberapa kurma kering, dan jika tidak ada,cukup dengan air.” (HR Abu Daud, Tirmizi, dan an-Nasai)
5. Rasulullah saw melambatkan sahur. Anas bin Malik meriwayatkan baginda bersabda, “Bershurlah kalian kerana sesungguhnya dalam saur terdapat keberkahan.”(HR Bukhari-Muslim)
6. Berzikir, beristighfar dan berdoa.
7. Beri’tikaf di masjid.
Mengharap rahmah di bulan penuh barakah
Luar biasa! Kata ini nampaknya belum cukup untuk menggambarkan kemurahan Ilahi yang demikian berlimpah laksana air bah di bulan Ramadhan. Walaupun jumlah bilangan harinya sama,29,namun bulan ini sama sekali tidak setara jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain dalam satu tahun. Semua kebajikan yang dikerjakan oleh umat islam pada bulan ini, pahalamya dilipatkan beberapa kali ganda dan hal itu masih belum termasuk pahala puasanya sendiri. Dalam satu hadith, Rasulullah telah bersabda;
Seandainya setiap hamba mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, maka seluruh umatku akan berharap seandainya setahun itu bulan Ramadhan.(HR Ibnu Khuzaimah)
Ketika bulan Ramadhan pergi,dan bulan lain berganti, Rasulullah saw, dan para sahabat,dan generasi dahulu yang saleh menangis tersedu-sedu. Mereka seakan tak mahu berpisah dengan bulan yang agung tersebut. Mereka sedar bertapa usia umat Nabi Muhammad sangat pendek dan tak ada lagi kesempatan untuk mendulang pahala dan balasan yang lebih besar selain bulan ramadhan.
Orang yang menginsafi rahsia yang terkandung pada bulan ramadhan pasti merasakan dan bersikap sama seperti Rasulullah, para sahabat dan generasi terdahulu.Namun pada zaman ini, golongan sedemikian semakin pupus. Kebanyakan umat islam hari ini tidak menyedari besarnya kurnian allah pada bulan Ramadhan. Akibatnya mereka melewatkan bulan itu dengan melakukan banyak kesalahan dan kekeliruan. Tidak sedikit umat islam yang secara tidak sengaja malah lari dan menghindari hikmah puasa di bulan suci ramadhan. Pada malam hari, mereka hanya mengisi masa mereka dengan istirehat semata-mata tanpa mengendahkan ibadah-ibadah yang boleh mentaqarrabkan diri kepada Allah ,malah ada yang mengisi malam mereka dengan berpesta dan melakukan kemungkaran tidak ubah seperti bulan-bulan yang lain sedangkan pada siang harinya digunakan untuk untuk tidur seharian. Kalau begini keadaannya, mungkinkah dia masih merasakan beratnya beban puasa?
Ibadah puasa disyariatkan agar manusia mempunyai kepekaan sosial yang tinggi. Hanya dengan menahan lapar dan dahaga, jiwa mereka halus, lembut dan peka. Hanya dengan menahan perut yang keroncongan dan kerongkong yang kering, manusia mampu merasakan penderitaan orang-orang miskin yang berselimutkan derita.
Justeru, semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan semaksimum yang mungkin untuk beramal soleh. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini dapat menjadi suatu ‘platform’untuk kita mendapatkan maghfirah dari-Nya. Janganlah kita menjadi suatu golongan yang celaka kerana gagal mendapat keampunan daripada Allah walaupun setelah berlalunya ramadhan.
”Ramadhan, awalnya rahmah,pertengahannya maghfirah dan akhirnya dibebaskan daripada api neraka”. Wallahualam.
Kita Hidup mewah,tetapi mereka....
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur barukira-kira 11tahun:
"Mana emak?
""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja... "
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je abang, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi "Adik
bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".Budak itu memberi tahu, lebih baiklahbulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yanghantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.
Kebetulan disimpangjalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itupada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!" .Aku bertanya kepada si kakak mengapaadiknya girang sangat.
Diamemberitahuaku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku dipintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu
."Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah abang.."Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?Dia memberitahu padaku bahawa padahari pertama dia merebus tulang itu,diatelah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yangtelahdimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya.Itulah yang dia lakukan setiaphari. Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pundah lebih dari cukup untuk anak-anak saya.Dia orang suka sangat.
"Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapamakcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yangdibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buangsaja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
sekadar renungan
klik sini
Apa Yang Saya Lakukan Apabila Membeli Barang Keperluan
- Tengok ada cop halal JAKIM atau tak.
- Tengok product tu ada dalam list barangan boikot atau tak.
- Check harga, yang murah menjadi pilihan(biasalah, student kan...hehe..)
- Baru consider kualiti barang tu.
BOIKOT PRODUCT ISRAEL!
Mengapa anda perlu boikot?
sila klik URL ni
http://www.inminds.com/
Sikap-sikap Oang Yang Menuntut Ilmu.
Alhamdulillah pagi ni aku berkesempatan mengikuti kuliah subuh ustaz Rahmat di masjid UTP. Ustaz Rahmat merupakan Ustaz 'favourite' aku kerana gaya penyampaiannya yang menarik serta pemikirannya yang up-to-date dengan isu-isu semasa disamping keluasan ilmu yang dimilikinya berjaya diterjemahkan dengan baik sekali. Kuliahnya pagi tadi adalah berkenaan sikap-sikap orang yang menuntut ilmu.
Amat bersesuaian sekali topic ini untuk dibincangkan memandangkan masing-masing kini kian sibuk memerah otak dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Namun mungkin kita tidak sedar bahawa ada ujian yang lebih hebat daripada itu yang memerlukan kita untuk membuat persiapan yang lebih rapi lagi. Suka untuk diingatkan di sini agar kita meluruskan niat kita kembali dalam menuntut ilmu. Amat tidak patut bagi seorang pelajar, apabila ilmu yang dicari hanya mampu diterjemahkan dalam dewan peperiksaan sahaja. Adalah lebih penting jika seseorang pelajar itu dapat mengaplikasikan ilmu yang dimiliki dalam kehidupan. Cuba kita renungkan kembali satu kata-kata "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah". Sesungguhnya ujian yang paling besar untuk seseorang pelajar itu adalah dalam mengaplikasikan ilmu yang dimiliki. Namun dengan usaha yang gigih insyaallah mampu dilaksanakan. Di sini, niat memainkan peranan yang penting.
"Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat"(Hadith arbain:hadith 1)
Antara sikap orang yang menuntut ilmu adalah orang yang mencari ilmu itu datang kepada orang yang yang memberi ilmu. Kita boleh ambil pengajaran daripada kisah imam Malik dan seorang sultan di zamannya dimana seorang sultan menjemput Imam Malik ke istana untuk mengajarnya ilmu agama. Namun Imam Malik menolak pelawaan sultan itu kerana pendirian tegasnya bahawa anak murid itu sendirilah yang perlu datang kepada gurunya. Cuba kita bayangkan jika situasi itu berlaku pada zaman sekarang. Sebagai contoh Sultan Melaka(Melaka ada sultan ke?hehe...) meminta mufti Melaka untuk mengajarkan baginda sebab-sebab mengapa ada fatwa bahawa yang mengatakan konsert sure heboh itu haram, tetapi Mufti Melaka menolak kerana terkesan dengan sikap tegas Imam Malik, sudah pasti Mufti Melaka itu kena cop sebagai 'kurang ajar' dan kena gam dengan kerajaan. Kita boleh lihat trend sekarang ini ramai ibu bapa yang menjemput guru-guru untuk mengajar anak mereka di rumah. Sepatutnya anak murid itulah yang perlu berusaha untuk datang ke rumah guru itu dalam menuntut ilmu. Ingin ditegaskan disini bahawa sikap kita juga memainkan peranan bagi memastikan ilmu yang dipelajari diberkati.
Antara sikap lain adalah memuliakan siapa yang memberi ilmu. Ingin ditegaskan di sini walau siapa pun yang mengajarkan kita ilmu, walaupun dia merupakan sahabat kita , kita perlu berterima kasih kepada mereka. Tidak kira seorang tukang kayu mengajar kita cara bertukang, kita harus memuliakannya.Kita perlu memuliakan mereka sama seperti level seorang guru. Kalau cikgu, apatah lagi kan, kita mestilah menunjukkan lebih rasa hormat kerana guru, walaupun guru bukan sumber sesuatu ilmu, namun guru merupakan seseorang yang bertindak sebagai pemudah cara atau secara mudah boleh kita panggil sebagai seorang fasilitator. Yang menjadi sumber ilmu itu adalah Allah subhanahuwataala yang memilki arasy dan maha luas pengetahuannya. Namun guru bertindak sebagai jalan untuk kita mendapat sesuatu ilmu itu.
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh lautan(lagi) setelah keringnya,nescaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa, maha bijaksana. (31:27)
Selain itu sikap orang yang menuntut ilmu adalah dengan melihat kepada apa yang disampaikan oleh seseorang bukan terhadap siapa yang menyampaikan. Saidina Ali pernah berkata," Unzur ma qola, wa la unzur man qala", maksudnya lihatlah apa yang dikatakan dan jangan lihat siapa yang berkata. 16 Mei baru-baru ni, sambutan hari guru peringkat kebangsaan diadakan. Terdapat tokoh guru bukan dari kalangan melayu. Mungkin ada sesetengah daripada kita berasa tidak senang kerana 'title' itu diberikan kepada bukan Melayu. Namun kita kena sedar bahawa yang menjadi keutamaan bukanlah siapa yang memberi ilmu itu tetapi ilmu yang disamapaikan yang menjadi tumpuan kita. Kita boleh lihat bagaimana sikap rasulullah terhadap golongan musyrikin yang ditangkap dalam peperangan. Rasulullah memberi pilihan kepada mereka untuk mengajar anak-anak orang muslim sehingga pandai sebelum dibebaskan. Cuba kita lihat impaknya, ramai antara kaum musyrikin masuk islam dan anak-anak orang muslim menjadi pandai. Justeru amat penting bagi kita untuk menghargai setiap guru kita tidak kira siapa mereka pun. Apabila berjumpa tunjukkanlah rasa hormat kita kepada mereka atas ilmu yang diberikan.
Akhir kata selamat menempuh peperiksaan. Semoga sedikit perkongsiaan ilmu dapat menjadi panduan kepada sahabat sekalian. Wallahuaalam.
Menghormati Ibu, Menghormati Allah Juga
Meskipun hanya beberapa tahun berada dalam dekapan ibunya, Rasulullah merasakan benar kasih sayangnya. Kenangan manis bersama ibunda sangat membekas, melahirkan sifat kasih dan hormat, terutama kepada kaum ibu. Kepada ibu-ibu yang pernah menyusuinya, beliau memberikan penghormatan dan penghargaan yang setingi-tingginya.
Dalam Sunah Abu Daud, diriwayatkan dari Abu Thufail ra, katanya: "Aku pernah melihat Nabi saw sedang membagikan daging di al-Ji'ranah, tiba-tiba ada seorang perempuan datang sampai dekat kepada Nabi saw, lalu beliau menghamparkan mantelnya untuk perempuan itu. Maka ia duduk di atasnya. Lantas aku bertanya, `siapakah perempuan itu?' Para sahabat menjawab, `ia adalah ibu beliau yang pernah menyusuinya. '
Islam memberikan perhormatan dan kedudukan yang amat tinggi kepada para ibu, sampai sampai disebut bahwa "surga berada di telapak kaki ibu". Seseorang yang menghormati ibunya akan ditempatkan di surga, sementara anak yang mendurhakai ibunya akan ditempatkan pada posisi yang hina.

Adalah Umar bin Khaththab seorang anak yang sangat hormat kepada ibunya, sampai dalam masalah yang sekecil-kecilnya. Dalam hal makan, misalnya, ia tidak pernah makan mendahului ibunya. Ia bahkan tak berani makan bersama-sama dengan ibunya, sebab ia khawatir akan mengambil dan memakan hidangan yang tersedia di meja, sementara ibunya menginginkan makanan tersebut. Baginya, seorang ibu telah mendahulukan anaknya selama bertahun-tahun ketika sang anak masih kecil dan lemah.
Kasih ibu tak pernah terbalas oleh apapun juga. Yang bisa dilakukan anak hanyalah memberi penghormatan dan pelayanan, terutama ketika mereka sudah tua dan dalam keadaan lemah. Dalam hal ini Rasulullah mengingatkan kaum muslimin, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim, beliau bersabda:
Dari Abu Hurairah ra, katanya, Rasululah saw bersabda, "yer." Beliau ditanya: "Ya Rasulullah, siapa?" Jawabnya, "Orang yang mendapatkan kesempatan baik untuk membantu kedua orang tuanya di masa tuanya, baik salah satunya maupun kedua-duanya, tetapi ia gagal mendapatkan dirinya masuk surga."
Dengan alasan apapun, orang tua, terutama ibu harus mendapatkan penghormatan dan pelayanan yang utama. Sesibuk apapun, sesulit apapun, ibu harus tetap dihormati dan dilayani. Ketika ia memanggil, maka pangilannya harus segera dijawab. Yang menghalangi panggilan ibu untuk tidak dijawab hanya satu, yaitu ketika seseorang sedang menjalankan shalat fardhu. Di luar itu, semua panggilan ibu harus dijawab. Misalnya, seorang yang sedang mengerjakan shalat sunnah, tiba-tiba sang ibu memanggil, maka panggilan ibu hendaknya dipenuhi terlebih dahulu. Shalat sunnah untuk sementara dibatalkan, untuk memenuhi panggilan ibu.
Dengan demikian, tidak ada alasan bagi anak mengabaikan panggilan ibunya.
Ketika sang ibu menahan rindu kepada anaknya, sedang ia menelepon agar anaknya pulang, maka anak yang shalih akan mengusahakan dengan segenap daya untuk memenuhi panggilannya. Apalagi jika sang ibu sedang sakit atau sedang membutuhkan bantuan.
Dalam satu hadits yang amat panjang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasululah menceritakan:
"... Juraij adalah seorang ahli ibadah, lalu ia membuat biara agar ia dapat lebih tenang beribadah. Tiba-tiba datang ibunya sedang ia masih tengah melakukan shalat, lalu sang ibu memanggil: `hai Juraij!' Kemudian Juraij berkata (dalam hati), `Wahai Rabbi, kupenuhi panggilan ibuku atau aku tetap melaksanakan shalat?' Maka ia pun melanjutkan shalatnya, sampai ibunya berpaling. Esok harinya, sang ibu datang kembali sedang ia masih dalam keadaan shalat, kemudian sang ibu memanggil, `Hai Juraij!' Maka berkalah ia (dalam hatinya), `Ya Tuhanku, ibuku atau shalatku?' Maka ia pun melanjutkan shalatnya. Kemudian pada esok harinya sang ibu datang kembali, sedang ia masih shalat, lalu sang ibu memanggilnya, `Hai Juraij!' Ia pun berkata (dalam hatinya), `Ya Allah, ibuku atau shalatku?' Ia pun melanjutkan shalatnya. Maka ibunya berdo'a, `Ya Allah, janganlah Engkau matikan ia sebelum ia melihat wajah pelacur!" Maka kesohorlah nama Juraij di kalangan Bani Israil sebagai seorang ahli ibadah."
"Kemudian ada seorang pelacur yang terkenal kecantikannya bersumpah, jika kalian setujui, aku akan menggodanya. Lalu perempuan itu menampakkan diri di hadapannya tetapi sama sekali Juraij tidak memperhatikannya. Kemudian pelacur itu mendatangi seorang pengembala kambing yang tinggal di biara Juraij untuk digodanya sehingga terjadilan perbuatan mesum sampai ia hamil. Setelah perempuan itu melahirkan, ia berkata `Anakku ini adalah hasil hubunganku dengan Juraij.' Maka orang-orang berdatangan ke tempat Juraij, kemudian ia diturunkan dari biaranya, kemudian biara itu dihancurkan.
Juraij bertanya, "Mengapa kalian berbuat seperti ini?"
Orang-orang itu menjawab, "Sebab engkau telah berbuat mesum dengan pelacur itu hingga ia melahirkan anak dari hasil hubungan gelapnya denganmu!"
"Mana bayi itu?" tanya Juraij kemudian bertanya kepada si bayi, "Hai bayi, siapakah ayahmu?" Aneh bin ajaib tiba-tiba bayi itu bisa berkata, "Si Fulan, seorang pengembala kambing."
Atas kejadian itu masyarakat merangkul Juraij, menciumnya, serta mengelus-elus badannya seraya mereka berjanji, "Kami akan membangun biaramu dari emas." Juraij berkata "Tidak, kembalikan saja sebagaimana semula terbuat dari tanah liat." Maka merekapun kemba
li membangun biaranya... (HR. Bukhari dan Muslim)Nukilan hadits panjang dalam Shahih Bukhari dan Muslim itu merupakan pelajaran bagi ummat Muhammad agar mereka senantiasa menghormati dan memenuhi panggilan ibunya. Sekalipun untuk tujuan ibadah, mengabaikan panggilan ibu merupakan kesalahan yang bisa fatal akibatnya. Jika seorang ibu sampai sakit hati, lalu ia berdo'a, maka do'a itu langsung menuju ke `Arsy dan diterima Allah. Untung jika do'anya baik, tapi kalau sang ibu berdo'a untuk kecelakaan anaknya, maka bisa fatal akibatnya.
Juraij adalah contohnya, sekiranya ia sejenak menemui ibunya, membatalkan shalat sunnahnya, fitnah itu tak akan pernah sampai dialaminya. Akan tetapi karena ia mengabaikan panggilan ibunya, maka fitnah sebagaimana yang diharapkan ibunya akhirnya menimpanya. Untungnya si bayi mendapat mu'jizat berupa kemampuan untuk berkata sehingga bisa menunjuk seseorang sebagai ayahnya. Jika tidak, bukan saja biaranya yang dirusak massa, tapi juga dirinya.
Kisah Juraij di atas mengingatkan kita pada seorang sahabat yang bernama al-Qomah. Ketika sakaratul maut ia menghadapi masalah besar, seolah Malaikat mempermainkan nyawanya. Merasa iba terhadap nasib al-Qomah, Rasululah kemudian memanggil ibunya agar ia mau datang menemui anaknya dan memaafkan kesalahan. Setelah sang ibu memaafkan, maka lancarlah kematiannya.
Dalam ajaran Islam, tidak bersegera memenuhi pangilan ibu sudah tercatat sebagai dosa, bahkan sekadar berkata "uugh" kepada orang tua, sudah tergolong perbuatan durhaka. Apalagi membentak, apalagi melakukan kekerasan kepadanya. Durhaka kepada orang tua, terutama ibu merupakan dosa besar setelah syirik kepada Allah. Bahkan dosa ini tergolong dosa yang tak terampuni. Dalam Sya'bul Iman dikisahkan bahwa Abu Bakrah ra, berkata, Rasulullah saw bersabda: "Semua dosa akan diampuni oleh Allah ta'ala di antaranya yang Dia kehendaki, kecuali perbuatan durhaka kepada kedua orang tua. Sesunguhnya perbuatan ini dapat mempercepat kehidupan pelakunya sebelum ia mati."


