Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Erti Pengorbanan

Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahhilham..

Gema takbir raya mendamaikan jiwa. Laungan pujian atas kebesaran Allah, khaliq, empunya dunia. Kesyukuran Syamil panjatkan kerana dipertemukan sekali lagi dengan Aidiladha pada tahun ini. Tekanan sebagai seorang yang bergelar 'pelajar tahun akhir' di sebuah IPT terkenal di Tronoh itu sedikit sebanyak berkurangan disebalik alunan syahdu takbir raya imam Mursyid. Baru semalam berakhirnya peperiksaan akhir Syamil dan semalam jugalah Syamil bertolak pulang ke kampung halamannya demi menyambut Aidiladha bersama keluarganya.

Selesai sahaja solat sunat Aidiladha, Imam Mursyid menyampaikan khutbah tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan puteranya Ismail kerana ketaatan dan kecintaannya mengikuti suruhan Allah swt. Syamil sebak memikirkan bertapa besarnya pengorbanan yang dipamerkan mereka.


"Kisah ni mesti lagi menarik kalau diceritakan Pak Firdaus Djamari." Getus Syamil.

Pak Firdaus Djamari merupakan seorang Trainer program motivasi ESQ yang disegani oleh ramai mahasiswa yang pernah mengikuti training bersama beliau. Beliau biasa menyampaikan sirah-sirah nabi sewaktu training beliau dan selalu membuatkan air mata para peserta mengalir.

Seusai berkahirnya khutbah, semua jemaah saling bersalaman dan beramai-ramai menuju ke bahagian belakang masjid untuk menyaksikan upacara korban. Tahun ini lembu-lembu yang dikorbanan berjumlah 30 ekor. Sewaktu menyaksikan seekor lembu yang hendak ditumbangkan, Syamil teringatkan peristiwa yang dilaluinya awal bulan ini.......

Sewaktu pulang dari pejabat Pos Pekan Seri Iskandar kerana memperbaharui lesennya yang sudah mati hampir 2 minggu lalu, Syamil terdengar satu program korban yang dianjurkan oleh Easy Korban bersempena dengan sambutan Aidiladha tahun ini melalui stesen radio yang dugemarinya, IKIM.FM. Easy Korban adalah sebuah syarikat yang menyelenggarakan program korban untuk masyarakat islam yang lebih memerlukan di Kemboja. Sesuai dengan namanya, berurusan dengan Easy Korban sangat mudah. Peserta boleh membuat pembayaran melalui Online sahaja.

Apa yang membuatkan Syamil tersentuh adalah apabila mendengar satu panggilan dari seorang wanita tua, Puan Sabilah. Menurut Puan Sabilah dia sanggup meminjam wang dari anaknya bagi melaksanakan ibadah korban pada tahun ini kerana memikirkan akan besarnya pahala korban walaupun pada hakikatnya, Puan Sabilah sendiri tidak berwang. Zakat fitrah untuk tahun ini sahaja pun tidak mampu untuk dilaksanakannya. Seorang pemanggil bernama Pak Samad pun sedemikian rupa. Kerana tidak mampu, dia sanggup menabung untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini dan pembayaran dibuat dengan wang kertas RM 1 sehingga berjumlah RM 225 untuk mencukupkan satu bahagian lembu. Begitu lah bersemangatnya mereka yang tahu akan besarnya kelebihan berkorban.

Antara kisah lain menarik yang dikongsi oleh moderator program itu adalah apabila seorang lelaki yang mengalami masalah keluarga, telah mengorbankan 8 ekor lembu atas niat supaya masalahnya dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah, lelaki itu berjaya mendapat apa yang dihajati. Masalah keluarganya berjaya diselesaikan. Semua masalah itu datang dari Allah. Begitulah balasan bagi mereka yang korbannya diniatkan untuk 'taqarrab' dengan sang maha pencipta dan sentiasa mengharapkan keampunan dari-NYA.

Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu. [Hadith Qudsi diriwayatkan oleh Imam Muslim]

Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

Syamil terus tertarik untuk menyertai program tersebut. Kalau nak dikirakan wang yang dimiliki, memang cukup-cukup makan sahaja. Walaupun minggu lepas pihak PETRONAS, penaja pinjaman boleh ubah(convertible loan)nya itu baru sahaja memasukkan elaun bulanan sebanyak RM 500, namun wang tersebut harus digunakan untuk urusan kerja-kerja 'finishing' projek tahun akhirnya seperti 'harbound', 'printing' dan lain-lain lagi. Tambahan sebahagian wang tersebut perlu di gunakan untuk menampung kos perjalannya ke Kuala Lumpur pada setiap minggu bagi menghabiskan sisa-sisa 'follow up' pelajar Sekolah Menengah Teknik XXXXX pada tahun tersebut. Tugas seorang 'murabbi' memerlukan Syamil tidak berkira dalam mengorbankan masa dan wangnya untuk jalan yang dicintainya itu.

Pilihan yang ada adalah Syamil harus mengurangkan kos makan nya untuk setiap hari. Menurut perkiraan Syamil, dia hanya boleh berbelanja RM 2-RM 3 sahaja sehari untuk bulan tersebut sebelum 'scholar' terkhirnya dimasukkan pada bulan 12 nanti. Syamil tekad. Dia meneruskan hasrat nya untuk berkorban pada tahun tersebut. Dia tidak pasti samaada tahun hadapan dia berkesempatan atau tidak untuk melaksanakan ibadah tersebut. Walaupun hanya berkorban satu bahagian lembu sahaja, namun pengorbanan itu amat bermakna buat Syamil kerana itulah pertama kali dia berkorban dan dalam keadaan kekurangan wang.

Jalan tarbiyah yang dilaui Syamil mengajar Syamil tentang pegorbanan. Dengan jalan Tarbiyah, Syamil pernah berulang alik dari Perak ke Melaka semata-mata menghidupkan suasana usrah di sebuah kolej matrikulasi di sana. Dengan jalan tarbiyah jugalah, Syamil sanggup mengetepikan keinginannya untuk melakukan latihan industri di syarikat-syarikat besar yang berdekatan dengan rumahnya bagi menggalasi sebuah amanah yang diberikan. Syamil bersyukur kerana Allah taala berkehendakkannya berada di jalan ini.

Syamil dapat merasai ketenangan sewaktu dia menekan ikon 'accept' pada papan skrin 'laptop'nya itu bagi mengesahkan transaksi urusan korbannya itu.

"Semoga Allah menerima amalan ku ini." Doa Syamil.

Namun bagi Syamil, pengorbanan nya itu adalah amat sedikit berbanding pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam membawa kalimah Allah di muka bumi ini sehingga generasi kini masih lagi dapat merasai nikmat mejadi seorang muslim walaupun ramai yang telah melalaikannya. Wallahua'lam

Fadhilat Korban (sumber)

1. Titisan darah korban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan. ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha:



Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”

(Hadis riwayat al-Hakim)


2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berkorban adalah sebanyak bulu binatang yang dikorbankan. Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:



Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’. Antaranya:

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.”

Menurut al-Qadhi al-‘Iyadh rahimahullah, maksud hasanah itu ialah ni‘mat iaitu sama ada ni‘mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni‘mat terpelihara dari siksaan.

Manakala menurut Imam al-Qurthubi rahimahullah, maksud hasanah ialah iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Abu Dzarr radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



Maksudnya: “Allah ‘azz wa jall berfirman: “Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.”

(Hadis riwayat Muslim)


3. Darah korban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Read More !

"Panggilan itu....."

Semasa pulang dari lecture pagi itu, tiba-tiba 'handset' aku berbunyi. Melalui nada deringnya menunjukkan itu adalah panggilan daripada ahli keluargaku. Aku telah setkan panggilan daripada ahli keluargaku berbeza dengan panggilan yang lain dengan nada klasik. Memang pelik untuk menerima panggilan daripada ibuku pada waktu-waktu pagi begini. Terdetik di hatiku adakah ada sesuatu kejutan untuk disampaikan kepadaku. Jauh di sudut hati timbul perasaan gementar dan takut jika ada sesuatu perkara buruk berlaku.

Aku teringat peristiwa yang berlaku kira-kira setahun yang lepas. Pada waktu itu cuti pertengahan semesta baru bermula. Aku menghubungi ibuku untuk memberitahu aku pulang lewat kerana menghadiri satu program. Namun,dengan nada sedih ibuku memberitahu bahawa abah di masukkan ke hospital. Terus tidak jadi untuk aku menghadiri program tersebut. Selepas menguruskan apa-apa yang patut, aku terus pulang ke rumah. Hal ini lebih penting berbanding program yang bakal dihadiri. Pada ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu akan perasaan aku. Fikiran aku kusut, perasaan bercampur-baur. Menurut ibu,petang itu, abah beritahu ibu yang abah sakit kepala. Sakit kepala yang dihadapi amat berbeza berbanding sakit yang dihadapi pada hari-hari yang lain. Yang ini lebih kuat. Selepas makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, sakit kepala yang dihadapi berkurangan sedikit.

Keesokan harinya, perkara yang tidak terduga berlaku. Abah muntah-muntah. Hampir pengsan dibuatnya. Nasib baik ada abang Zaki yang tinggal di sebelah rumah. Dialah yang membawa abah ke hospital Pusrawi. Ibu tidak berani memandu walaupun mempunyai lesen kereta. Menurutnya memandu di bandar berbeza berbanding memandu di kampung. Sebelum kami tinggal di Kuala Lumpur, kami tinggal di sebuah FELDA di Terengganu.

Selama 3 hari di hospital, masih belum jelas akan penyakit yang dihadapi oleh abah. Sepanjang 3 hari berada di hospital, pandangan abah mula kabur. Abah mengadu pada ibu yang mata sebelah kiri abah langsung tidak nampak. Namun, abah tenang sahaja. Mungkin abah sudah biasa berhadapan dengan situasi ini. Sudah lama abah mengidap sakit buah pinggang. Mungkin pengalaman inilah yang menyebabkan abah tabah menghadapi situasi ini. Sepanjang abah berada di hospital, ibu setia berada di samping abah. Sudah hampir seminggu ibu tidak bekerja kerana menjaga abah. Alhamdulillah, sejak aku cuti, kuranglah sedikit bebanan ibu kerana akulah yang mengambil-alih tugas ibu menjaga abah di hospital sementara ibu meneruskan kerjanya yang terbengkalai di pejabat.

Keputusan 'CTSCAN' amat memeranjatkan. Menurut doktor, terdapat satu ketumbuhan di kepala abah. Saiznya adalah sebesar saiz bola pingpong. Rupa-rupanya, ketumbuhan itulah yang menekan urat mata abah dan menyebabkan penglihatan abah terganggu. Namun, doktor tidak dapat memastikan tahap ketumbuhan tersebut samada bahaya atau tidak. Doktor pakar mengesyorkan agar abah segera dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Kami menjadi tidak keruan kerana menurutnya lagi, pembedahan itu adalah berisiko tinggi dan peluangnya adalah 40:60. Dengan penyakit buah pinggang yang abah hadapi, mana mungkin abah mampu menghadapi pembedahan yang dilangsungkan selama 8 jam itu. Kami menjadi serba salah. Abah memang berani. Abah memberitahu kami, abah sanggup menghadapi pembedahan tersebut. Pada masa itu, aku menjadi sebak melihat ibu menangis dan tanpa disedari aku menitiskan air mata. Melihat wajah Nurul dan Nabila, aku semakin sebak. Mereka terlalu kecil untuk menghadapi situasi ini. Melihat wajah Kak Miza, abang Syahril dan Syahfiq, aku pasti mereka turut tidak sanggup menghadapi situasi ini. Pada masa itu, hanya pada Allah aku mengadu segalanya.

Memandangkan risiko yang dihadapi, doktor memberi kami pilihan ke dua, iaitu teknik 'radiology'. Kaedah ini memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama. Abah bersetuju dengan kaedah ini. Kami memang bernasib baik kerana sebahagian besar kos rawatan dibiayai oleh FELDA. Jika tidak, manalah agaknya sumber untuk mendapatkan wang bagi menampung kos rawatan. Sebaik aku pulang ke UTP, abah meneruskan rawatan radiologynya. Abah terpaksa menghadiri 30 kali sesi rawatan dan setiap rawatan kosnya adalah RM 2000. Ibulah yang menemani abah pada setiap kali rawatan diadakan. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang penyayang.

Sejak dari itu, keadaan abah semakin baik, semakin hari, penglihatan abah semakin jelas. Pada tahun lepas, kami beraya di Kuala Lumpur buat pertama kalinya kerana rawatan abah. Suasananya jelas amat meriah dengan adanya setiap anggota keluargaku walaupun persiapannya ala kadar sahaja. Selepas habis 30 kali rawatan radiologi tersebut, abah diminta untuk kembali ke hospital Subang Jaya,tempat abah membuat rawatan radiologi pada akhir bulan 7 tahun 2007 untuk melihat kembali keadaan ketumbuhan abah....................

Baru aku teringat bahawa tarikh tersebut adalah pada hari ibu menghubungi aku pagi itu. Perasaan cemas mula menyelubungi diri sewaktu bercakap dengan ibu. Aku tanyakan perihal abah. Dengan suara yang girang, ibu memberitahu aku bahawa ketumbuhan abah telah hilang sepenuhnya. Ibu meminta aku melakukan sujud syukur. Alhamdulillah...Ungkapan itu aku ucapakan sebagai tanda syukur kepada Allah. Aku menitiskan air mata. Allah masih lagi memberi kesempatan untuk aku dambakan kasih sayang ibu dan abah. Di dunia ini mereka lah insan yang paling aku sayang dan cintai. Wallahuallam....

Read More !