Dalam senggang masa sebelum final presentation khamis ini, perasan boring mula menyelubungi diri. Tiba-tiba tergerak hati untuk menyelongkar file-file lama yang mengandungi gambar sewaktu praktikal setahun lepas di CSC Steel, Ayer Keroh, Melaka. Memori lama terungkap kembali. Banyak pengalaman dan peristiwa telah dilalui bersama teman-teman satu rumah sewa dan rakan-rakan setempat kerja. Saya rasa bertuah kerana dapat melakukan latihan industri di sebuah syarikat yang terdiri daripada pelbagai bangsa.Dari kiri, Miss Cheng, Asri, Saiful, Haziq, saya,Fairus, Ah Yu. Gambar ketika hari terakhir praktikal. Otot perut tidak sengaja dibina kerana makan tengah hari disediakan percuma pada setiap hari.
Saya ditempatkan dibawah jabatan penjaminan kualiti (Quality Assuranse Department), secara spesifiknya dibawah unit pembangunan produk dan teknikal (Product and Technical Development section), salah suatu unit yang memainkan peranan yang penting disamping unit pengawasan kualiti (Quality Control section) dibawah jabatan tersebut. Modus operandi unit yang saya khidmat ini lebih kepada melakukan ujian musnah (Destructive Testing) terhadap produk-produk yang diahasilkan sebelum produk-produk ini dilepaskan (release) kepada para pelanggan yang meliputi ujian kekuatan dan kelenturan (Tensile testing), ujian kekerasan(Hardness Testing), 'microstructure observation' dan lain-lain lagi. Syarikat tempat saya praktikal ini menghasilkan produk berupa 'Cold Rolled Steel Coil', 'Galvanised steel coil' dan 'pre painted Galvanised steel coil' yang banyak digunakan dalam industri pembuatan dan juga pembinaan. Latihan industri disini banyak membuka mata dan minda saya berkenaan dengan industri besi dan keluli di Malaysia selain menambahkan pengetahuan berkenaan dengan subjek kejuruteraan bahan dan kejuruteraan pembuatan yang dipelajari di universiti.
Pengalaman berharga
Pengalaman yang paling berharga sewaktu praktikal adalah berinteraksi dengan rakan-rakan dari bangsa-bangsa yang lain. Syarikat tersebut adalah sebuah 'multi-racial company' dimana pekerjanya terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Indonesia. Kepelbagaian bangsa, budaya dan bahasa tidak menghalang kami untuk mengekalkan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Tiada kedengaran isu perkauman yang sengaja dibangkitkan supaya tercetusnya sikap prejudis terhadap bangsa-bangsa yang lain. Sikap sebeginilah yang berjaya mengekalkan keharmonian suasana kerja di CSC Steel.
Sebelum ini jarang saya berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain. Saya lebih selesa berada bersama-sama dengan 'klik' sendiri. Jika ada pun adalah semasa membeli top-up dengan amoi di plaza idaman Gombak ataupun sewaktu berurusan dengan mapley dalam meng'order' roti canai banjir di kedai-kedai mamak. Tidak pernah sesekali beriadah, bekerja dan berekreasi bersama-sama. Keadaan tersebut nyata berbeza sewaktu saya praktikal di CSC Steel. Saya berpeluang memahami dan mempelajari kepelbagaian bangsa dan budaya di malaysia tidak terkecuali bangsa Indonesia yang memainkan peranan yang tak kurang penting dalam menggerakkan operasi di syarikat tersebut.
Ketegangan antara kaum
Sebagai warga Malaysia yang cintakan keamanan, peristiwa-peristiwa yang melibatkan masalah perkauman seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sepatutnya tidak berlaku lagi. Peristiwa berdarah ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati antara dua kaum terbesar di negara ini iaitu kaum Melayu dan Cina. Orang Melayu pada ketika itu tidak berpuas hati dan tercabar atas dominasi dan monopoli orang Cina dalam bidang ekonomi di Malaysia. Manakala orang Cina berasa tidak puas hati atas orang Melayu yang menguasai pentadbiran dan sedikit perasaan dendam atas layanan yang diterima oleh mereka sewaktu pendudukan tentera Jepun ke atas bumi Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Peristiwa 13 Mei juga berpunca darpida pelbagai rentetan peristiwa sebelum dan selepas pilihanraya umum pada 10 Mei 1969 yang menyebabkan ketegangan antara 2 kaum tersebut pada ketika itu sehingga menyebabkan darurat dimumkan dan penggubalan dasar-dasar baru oleh kerjaan bagi mengendurkan kembali segala ketegangan yang berlaku. [1]
Dasar Penjajah Inggeris
Peristiwa ini jelas menunjukkan tidak wujudnya keharmonian antara kaum di Malaysia pada ketika itu. Sejarah menunjukkan bahawa dasar Inggeris yang menjalankan pemerintahan secara pecah dan perintah juga menjurus kepada wujudnya permasalahan ini. Orang Melayu dibiarkan tinggal di kampung-kampung dan mengusahakan tanah untuk sektor pertanian yang sudah menjadi kegiatan tradisional bagi mereka sejak turun temurun lagi. Tidak ada sebarang bantuan dan usaha untuk membantu kaum melayu bagi bergiat aktif dalam bidang perniagaan yang sudah pasti menjanjikan peluang yang cerah bagi meningkatkan taraf hidup mereka sekaligus membantu menaikkan martabat ekonomi orang Melayu. Jika ada pun orang Melayu yang tinggal di bandar, mereka lebih selesa berkhidmat dengan jabatan-jabatan kerajaan dengan gaji bulanan yang tetap. Bukan tiada orang-orang Melayu yang mempunyai potensi yang besar untuk menjadi usahawan ataupun mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu pada ketika itu. Namun, disebakan dasar-dasar penjajah, peluang orang melayu untuk pergi jauh dilihat tertutup.
Kaum Cina dibawa oleh penjajah Inggeris ke tanah Melayu untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah. Kegiatan ekonomi mereka ini menyebabkan penempatan mereka tertumpu di bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan lain-lain. Bandar-bandar tersebut lahir hasil daripada kegiatan mereka tersebut. Kelebihan mereka bukan sekadar mempunyai kemahiran dalam bidang perlombongan bijih timah semata, mereka juga pandai berniaga. Peluang dan 'market' di Tanah Melayu pada ketika itu dimanfaatkan sebaik mungkin sehingga kaum cina terkenal sebagai pemegang kuasa ekonomi utama di Tanah Melayu pada ketika itu. Sementara kaum India diletakkan di estet-estet sebagai buruh-buruh ladang.[2]
Faktor perbezaan demografi dan sosioekonomi pada ketika itu menjadikan tidak wujudnya keharmnian antara kaum-kaum. Jarang interaksi berlaku antara kaum-kaum tersebut akibat perbezaan dua faktor tersebut. Keadaan ini berpanjangan sehingga selepas merdeka. Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan mula menggubal dasar baru bagi mengatasi permasalahan yang berlaku seperti dasar ekonomi baru, dasar perpaduan negara dan lain-lain.
Mengekalkan Keharmonian
Walaupun tidak banyak perubahan yang berlaku hasil daripada dasar-dasar tersebut yang mana disebabkan faktor seperti ketirisan dan ketidak cekapan pengurusan, namun sedikit sebanyak dapat merubah keadaan setiap bangsa di Malaysia. Namun begitu, bagi mengekalkan keharmonian ini semua warganegara memainkan peranan yang penting.Sikap saling hormat menghormati dan tolong menolong perlu dititik beratkan dalam perhubungan. Sebagai contoh, mungkin orang Melayu masih lemah dalam perniagaan.Dengan kelebihan kaum cina yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang perniaagaan, tiada salahnya bagi mereka untuk membuka peluang-peluang bisnes bagi orang Melayu. Tiada lagi istilah bisnes tertentu adalah untuk kaum tertentu sahaja seperti mana yang berlaku pada sebuah francais perniagaan kopitiam terkemuka di Malaysia yang mana menghalang penglibatan kaum-kaum lain.
Sistem sekolah kebangsaan perlu diperkasakan agar dapat menarik minat semua kaum di Malaysia untuk sama-sama belajar di bawah satu bumbung bagi mewujudkan suasana kebersamaan antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi. Pengenalan subjek bahasa-bahasa asing seperti bahasa Cina dan Tamil perlu diperluaskan di sekolah-sekolah kebangsaan bagi memupuk semangat perpaduan. Selain itu, bahasa Malaysia perlu di martabatkan kembali bukan sekadar terhad di jabatan-jabatan kerajaan semata, tetapi juga di institusi-institusi pengajian di Malaysia.
Semoga keharmonian ini dapat ditingkatkan dan seterusnya dikekalkan agar dapat menjamin kestabilan negara yang kita cintai ini.
[1] 13 Mei 1969: Sebelum dan Selepas by Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
[2] The Malay Dilemma by Tun Dr Mahathir Muhammad
Post Satu Malaysia
Final Presentation
Mengikut apa yang dirancangkan, sepatutnya pada jam 10 pagi hari ini, saya ada 'final presentation ' untuk projek tahun akhir saya. Semua persiapan telah dilakukan termasuklah persediaan 'slide', 'dissertation report' dan 'mock presentation'. Alhamdulillah segala persiapan telah berjalan dengan rapi. Namun begitu,secara tiba-tiba, presentation ini terpaksa ditangguh pada 3 Disember. Menurut Dr Othman, supervisor saya, melalui talifon sebentar tadi, salah seorang 'external examiner', Dr Pathi tiada di UTP kerana ada urusan di KL. Kita merancang, Allah merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang. Terpaksa tunggu lagilah untuk bergelar seorang graduan kejuruteraan mekanikal secara rasmi. Ada hikmah nyer juga. Sejak balik dari rumah 2 hari lepas, saya demam. Semua persediaan terpaksa dilakukan dalam keaadaan badan yang tidak sihat. Semoga saya dapat present dengan baik hari khamis nanti. Iallah..Doakan saya yer...
End
Salam 2 all..
Alhamdulillah, dengan berkahirnya paper Advance Engineering Polymer, Composite and Ceramics tadi,maka berkahirlah kisah saya sebagai pelajar ijazah kejuruteraan mekanikal UTP. Cuma tinggal presentation untuk projek tahun akhir, hardbound dan submission.
Engineers in Society
Alhamdulillah..
Sudah selesai menjawab 'paper' Engineers in Society (EIS) sebentar tadi. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah menurunkan ilmu untuk subjek ini. EIS merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar kejuruteraan di UTP. Walaupun nilainya hanya 2 jam kredit sahaja, namun subjek ini amat bernilai bagi kami, 'pelajar-pelajar tahun akhir' yang bakal 'graduate' dalam beberapa minggu lagi. Sedikit sebanyak membuka minda kami peranan sebenar seorang jurutera.
Banyak perkara yang kami pelajari. Antaranya adalah berkenaan tujuan seseorang menjadi engineer. Jika niat seseorang untuk menjadi seorang engineer kerana ingin memperoleh pendapatan yang lumayan, maka niat tersebut perlu diperbetulkan. Memang tidak dinafikan, masyarakat memandang tinggi status seorang jurutera disebabkan oleh pendapatan mereka yang besar. Beberapa rakan yang belum lagi habis belajar di Utp sudah di tawarkan posisi sebagai seorang 'Graduate Engineer' dengan gaji bulanan berjumlah RM 5000 di sebuah syarikat multinasional yang terkenal. Cuba bayangkan pendapatannya untuk 5 atau 10 tahun akan datang. Namun, setelah bergelumang dengan konsep-konsep dan teori-teori yang kompleks serta pelbagai rumus-rumus yang 'pelik' dalam tempoh 5 tahun pembelajaran ku di UTP ini, adakah sekadar nilai itu sahaja yang ingin dicari?
Sesungguhnya tujuan setiap Muslim mengikuti pengajian di bidang kejuruteraan di universiti atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPTA atau IPTS) ialah agar akhirnya selepas bergraduat mereka mampu menjadi Muhandis Bertaqwa, iaitu jurutera professional mahir yang berjiwa agama. Mereka merupakan seorang yang komited menjalankan fungsinya sebagai jurutera dalam apa jua industri yang diceburi, dan pada fungsi yang serupa mereka sentiasa menghayati peranannya sebagai seorang ‘abdi kepada Allah SWT.[1]
Nilai Kesyukuran
Menjadi seorang jurutera bukanlah tiket bagi kita untuk berbangga diri. ALLAH SWT menjelaskan, dalam satu ayat quran bahawa tujuan ALLAH ar-Raziq (Satu-satunya Pemberi Rezeki) menganugerahkan kepada kita “kerja” –sama ada kerja itu sebagai jurutera, atau doktor, atau cikgu, atau manager, atau operator pengeluaran lain sebagainya- adalah supaya dengannya kita mampu bersyukur seperti mana yang diperintahkan kepada keluarga Daud.
“…bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”(Saba’[34]:13)
Bukankah karier yang kita bakal harungi nanti, atau universiti yang sedang kita telusuri ini, adalah suatu nikmat pemberian ALLAH? Bahkan semua anugerah di bumi ini, yang kita disuruh untuk mencarinya, untuk memakmurkannya, adalah untuk melahirkan insan-insan yang tahu bersyukur kepada ALLAH. [2]
'Engineer'
Persepsi masyarakat yang memandang tinggi title seorang engineer perlu digunakan sebaiknya dalam mengajak masyarakat kembali kepada yang haq. Masyarakat akan lebih tertarik dengan kata-kata seorang engineer berbanding kata-kata seorang penjual cendol di kg Sg Kroh, Kampar apabila mereka berbicara tentang Islam. Gunakan kelebihan yang ada dalam menunjukkan rasa syukur kita kepada 'Sang Maha Pemberi Nikmat'. Jangan mengharapkan ustaz sahaja kerana kita pun mempunyai peranan yang sama. Alhamdulillah, sekarang sudah ramai kelihatan golongan professional bergiat aktif dalam mengembangkan syiar islam. Contoh terbaik adalah Kapten Hafiz Firdaus. Beliau masih lagi sempat mengarang beberapa buah buku agama dalam kesibukannya menjadi seorang juruterbang. Antara contoh lain adalah saudara Zulkiflee Nordin, seorang peguam yang menggunakan platform politik dalam perjuangan beliau dalam memartabatkan syiar Islam sehingga tidak disenangi beberapa rakan separti politik dengan beliau. Antara kata-kata beliau yang menyentuh hati adalah semasa beliau berucap di dewan parlimen,
'I am a muslim first, walaupun saya bukan muslim yang terbaik, tetapi saya akan memberi yang terbaik untuk Islam, jika saya perlu berkata perkara tentang Islam dalam Dewan ini (Parlimen), saya akan perkatakan walaupun kata-kata saya ini tidak disenangi pihak-pihak tertentu'
Itu contoh professional dari kalangan juterbang dan peguam. Bagaimana pula contoh golongan engineer? Ini pula contoh seorang engineer yang bekerja dengan sebuah syarikat O&G terkenal, Sarawak SHELL Berhad, Saudara Mokhtar Suhaili. Beliau kini memegang tampuk pimpinan Yayasan AMAL Sarawak, sebuah NGO yang berteraskan dakwah dan kebajikan di Sarawak. Kesibukan beliau tidak sama sekali menfikan peranan dan tanggungjawab beliau dalam menyebarkan kalimah Allah di muka bumi ini.
Bagaimana Dengan Kita?
Sewaktu membelek-belek lecture note karangan Ir Shahrin berkaitan dengan topic 'Engineer Act', saya menjadi terharu seketika. Baru saya perasan tentang satu perkara. Mungkin ketidak perasanan saya itu disebabkan oleh jarangnya saya membuka lecture note tersebut. Lecture note itu hanya diperlukan sewaktu sebelum test dan final sahaja. Ir Shahrin meletakkan satu potongan ayat quran di bahagian akhir lecture note tersebut.
“But seek, with the (wealth) which God has bestowed on thee, the Home of the Hereafter, nor forget thy portion in this world: but do thou good, as God has been good to thee, and seek not (occasions for) mischief in the land: for God loves not those who do mischief.” Al-Qasas 077
Terjemahannya,
“Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”. Al-Qasas,77
Ayat ini banyak memberi kita pengajaran. Kejarlah kehidupan didunia ini disamping tidak melupakan tujuan asal kita iaitu mencari yang kekal abadi, negeri akhirat. Semoga kita semua mampu menjadi jurutera yang cemerlang di dalam melaksanakan kerja dan dalam masa yang sama sentiasa ingat dan tahu tentang tanggungjawab kita sebagai Muslim dan Mukmin sejati. Bersamalah kita menjadi jurutera cemerlang dengan memberi khidmat terbaik serta tidak pernah melupai amanah dan tujuan kita dihantar ke atas dunia ini iaitu untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada Allah SWT. Insyaallah.
Selamat bergraduasi semua....
[1] [2]
Erti Pengorbanan
Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahhilham..
Gema takbir raya mendamaikan jiwa. Laungan pujian atas kebesaran Allah, khaliq, empunya dunia. Kesyukuran Syamil panjatkan kerana dipertemukan sekali lagi dengan Aidiladha pada tahun ini. Tekanan sebagai seorang yang bergelar 'pelajar tahun akhir' di sebuah IPT terkenal di Tronoh itu sedikit sebanyak berkurangan disebalik alunan syahdu takbir raya imam Mursyid. Baru semalam berakhirnya peperiksaan akhir Syamil dan semalam jugalah Syamil bertolak pulang ke kampung halamannya demi menyambut Aidiladha bersama keluarganya.
Selesai sahaja solat sunat Aidiladha, Imam Mursyid menyampaikan khutbah tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan puteranya Ismail kerana ketaatan dan kecintaannya mengikuti suruhan Allah swt. Syamil sebak memikirkan bertapa besarnya pengorbanan yang dipamerkan mereka.
"Kisah ni mesti lagi menarik kalau diceritakan Pak Firdaus Djamari." Getus Syamil.
Pak Firdaus Djamari merupakan seorang Trainer program motivasi ESQ yang disegani oleh ramai mahasiswa yang pernah mengikuti training bersama beliau. Beliau biasa menyampaikan sirah-sirah nabi sewaktu training beliau dan selalu membuatkan air mata para peserta mengalir.
Seusai berkahirnya khutbah, semua jemaah saling bersalaman dan beramai-ramai menuju ke bahagian belakang masjid untuk menyaksikan upacara korban. Tahun ini lembu-lembu yang dikorbanan berjumlah 30 ekor. Sewaktu menyaksikan seekor lembu yang hendak ditumbangkan, Syamil teringatkan peristiwa yang dilaluinya awal bulan ini.......
Sewaktu pulang dari pejabat Pos Pekan Seri Iskandar kerana memperbaharui lesennya yang sudah mati hampir 2 minggu lalu, Syamil terdengar satu program korban yang dianjurkan oleh Easy Korban bersempena dengan sambutan Aidiladha tahun ini melalui stesen radio yang dugemarinya, IKIM.FM. Easy Korban adalah sebuah syarikat yang menyelenggarakan program korban untuk masyarakat islam yang lebih memerlukan di Kemboja. Sesuai dengan namanya, berurusan dengan Easy Korban sangat mudah. Peserta boleh membuat pembayaran melalui Online sahaja.
Apa yang membuatkan Syamil tersentuh adalah apabila mendengar satu panggilan dari seorang wanita tua, Puan Sabilah. Menurut Puan Sabilah dia sanggup meminjam wang dari anaknya bagi melaksanakan ibadah korban pada tahun ini kerana memikirkan akan besarnya pahala korban walaupun pada hakikatnya, Puan Sabilah sendiri tidak berwang. Zakat fitrah untuk tahun ini sahaja pun tidak mampu untuk dilaksanakannya. Seorang pemanggil bernama Pak Samad pun sedemikian rupa. Kerana tidak mampu, dia sanggup menabung untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini dan pembayaran dibuat dengan wang kertas RM 1 sehingga berjumlah RM 225 untuk mencukupkan satu bahagian lembu. Begitu lah bersemangatnya mereka yang tahu akan besarnya kelebihan berkorban.
Antara kisah lain menarik yang dikongsi oleh moderator program itu adalah apabila seorang lelaki yang mengalami masalah keluarga, telah mengorbankan 8 ekor lembu atas niat supaya masalahnya dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah, lelaki itu berjaya mendapat apa yang dihajati. Masalah keluarganya berjaya diselesaikan. Semua masalah itu datang dari Allah. Begitulah balasan bagi mereka yang korbannya diniatkan untuk 'taqarrab' dengan sang maha pencipta dan sentiasa mengharapkan keampunan dari-NYA.
Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu. [Hadith Qudsi diriwayatkan oleh Imam Muslim]
Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.
Syamil terus tertarik untuk menyertai program tersebut. Kalau nak dikirakan wang yang dimiliki, memang cukup-cukup makan sahaja. Walaupun minggu lepas pihak PETRONAS, penaja pinjaman boleh ubah(convertible loan)nya itu baru sahaja memasukkan elaun bulanan sebanyak RM 500, namun wang tersebut harus digunakan untuk urusan kerja-kerja 'finishing' projek tahun akhirnya seperti 'harbound', 'printing' dan lain-lain lagi. Tambahan sebahagian wang tersebut perlu di gunakan untuk menampung kos perjalannya ke Kuala Lumpur pada setiap minggu bagi menghabiskan sisa-sisa 'follow up' pelajar Sekolah Menengah Teknik XXXXX pada tahun tersebut. Tugas seorang 'murabbi' memerlukan Syamil tidak berkira dalam mengorbankan masa dan wangnya untuk jalan yang dicintainya itu.
Pilihan yang ada adalah Syamil harus mengurangkan kos makan nya untuk setiap hari. Menurut perkiraan Syamil, dia hanya boleh berbelanja RM 2-RM 3 sahaja sehari untuk bulan tersebut sebelum 'scholar' terkhirnya dimasukkan pada bulan 12 nanti. Syamil tekad. Dia meneruskan hasrat nya untuk berkorban pada tahun tersebut. Dia tidak pasti samaada tahun hadapan dia berkesempatan atau tidak untuk melaksanakan ibadah tersebut. Walaupun hanya berkorban satu bahagian lembu sahaja, namun pengorbanan itu amat bermakna buat Syamil kerana itulah pertama kali dia berkorban dan dalam keadaan kekurangan wang.
Jalan tarbiyah yang dilaui Syamil mengajar Syamil tentang pegorbanan. Dengan jalan Tarbiyah, Syamil pernah berulang alik dari Perak ke Melaka semata-mata menghidupkan suasana usrah di sebuah kolej matrikulasi di sana. Dengan jalan tarbiyah jugalah, Syamil sanggup mengetepikan keinginannya untuk melakukan latihan industri di syarikat-syarikat besar yang berdekatan dengan rumahnya bagi menggalasi sebuah amanah yang diberikan. Syamil bersyukur kerana Allah taala berkehendakkannya berada di jalan ini.
Syamil dapat merasai ketenangan sewaktu dia menekan ikon 'accept' pada papan skrin 'laptop'nya itu bagi mengesahkan transaksi urusan korbannya itu.
"Semoga Allah menerima amalan ku ini." Doa Syamil.
Namun bagi Syamil, pengorbanan nya itu adalah amat sedikit berbanding pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam membawa kalimah Allah di muka bumi ini sehingga generasi kini masih lagi dapat merasai nikmat mejadi seorang muslim walaupun ramai yang telah melalaikannya. Wallahua'lam
Fadhilat Korban (sumber)
1. Titisan darah korban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan. ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha:
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berkorban adalah sebanyak bulu binatang yang dikorbankan. Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’. Antaranya:
Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.”
Menurut al-Qadhi al-‘Iyadh rahimahullah, maksud hasanah itu ialah ni‘mat iaitu sama ada ni‘mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni‘mat terpelihara dari siksaan.
Manakala menurut Imam al-Qurthubi rahimahullah, maksud hasanah ialah iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Abu Dzarr radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Allah ‘azz wa jall berfirman: “Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.”
(Hadis riwayat Muslim)
3. Darah korban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Bernafas kembali
Salam to all..
Dah lama rasanya saya tak begitu serius dalam mengupdate blog ini. Baru sedar tadi dah hampir 5 inci ketebalan habuk yang yang melekat kat blog ini.(satu kesalahan metafora yang melampau, tolong jgn contohi jika anda terlibat dalam bidang penulisan). Kini saya berazam untuk 'mengupdate' paling kurang seminggu sekali akan kandungan blog ini. Setelah lama tidak menulis, terasa begitu tumpul skill penulisan. Iallah, saya akan cuba berkongsi pengalaman atau apa-apa sahaja yang difikirkan menarik untuk dikongsi bersama.
Walaupun anda lihat, tidak ada apa-apa yang baru dalam blog ini(dari segi layout, blogroll, dan lain2), namun saya akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan idea-idea yang baru. Namun jika ada sebarang 'post' yang disalin dan ditampal (copy & paste), harap difahami bahawa yang demikian itu adalah kerana saya cuba mengekalkan 'originality' artikel tersebut supaya pembaca jelas akan objektif dan kandungan sebenar yang hendak disampaikan. (Sebenarnya malas dan nak bagi nampak sentiasa update.hehe)
Kalau anda perasan, kini semasa anda sedang membaca sebarang post dalam blog ini, anda akan sentiasa ditemani lagu yang syahdu. Tidak kira samada network anda disekat kadar access ke laman-laman muat turun atau 'streaming' muzik, anda masih lagi tetap dapat menghayatinya. Inilah pembaharuan yang saya bawakan setelah sekian lama mencari "widget" streaming muzik berkenaan.
Insyaallah, saya akan cuba menjadikan blog ini mudah difahami akan isinya dan sesuai untuk bacaan semua peringkat masyarakat kerana atas sebab inilah blog ini diwujudkan. Sebarang komen dan kritikan amatlah dihargai. Jika sesiapa nak meng'link'an blog ini ke mana-mana blog, anda tidak perlu minta kebenaran. Anggaplah ini sebagai cara untuk kita berhubungan dan mempertautkan tautan ukhwah dikalangan kita. Wallahua'lam..
Review Ramadhan
Salam Ramadhan..
Alhamdulillah, sudah 11 hari kita melalui hari-hari Ramadhan yang penuh Barakah ini. Terasa sungguh sayu hati ini apabila memikirkan setiap detik Ramadhan yang gagal dimanfaatkan. Ya Allah, bertapa hina dan kerdilnya diri ini. Engkau telah meyediakan bulan yang terbaik ini bagi memudahkan hamba Mu untuk mendekati diri Mu, namun diri ini begitu sombong untuk menyambut anugerah Mu itu.
"Ya Allah, ampunkanlah diri ku atas setiap kelalaian yang aku lakukan. Ampunkanlah diri ku saat aku merasai nikmat mu tetapi aku melupakan diri Mu, Ya Allah. Bersihkan lah hati ku ya Allah agar aku sentiasa berada di bawah pertunjuk mu Ya Allah. Semoga bulan Ramadhan ini menjadi tapak agar aku sentiasa memperoleh Rahmat dan Maghfirah-Mu Ya Allah."
Kini tinggal 19 hari lagi untuk bulan Ramadhan melabuhkan tirai nya. Dimanakah kita saat ini? Adakah kita tergolong dikalangan hamba-nya yang memperoleh maghfirahnya? Jika belum, berusahalah ke arah itu. Bagaimana caranya? Sentiasalah berharap, berusaha dan berazam untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapakan pahala dari Allah.
“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Jangan pula puasa kita menjadi sia-sia tanpa memperoleh apa-apa ganjaran darinya. Bertapa ramai kalangan manusia di zaman ini puasanya hanya memperoleh sekadar lapar dan dahaga sahaja. Ramadhan yang dilalui tidak ubah seperti bulan-bulan yang lain. Tiada sebarang perubahan yang cuba dilakukan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan sebegini.
“Betapa banyak orang berpuasa yang hanya memetik lapar dan dahaga.” (HR. Ibnu Majah), al-Hakim dan dia menshahihkannya. Al-Albani berkata: “Hasan Shahih.”
Wallahua'lam.
Marhaban Ya Ramadhan
Agar Kita Turut Merasakan Indahnya Ramadhan
الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده، أما بعد
Tamu agung itu sebentar lagi akan tiba, sudah siapkah kita untuk menyambutnya? Bisa jadi inilah Ramadhan terakhir kita sebelum menghadap kepada Yang Maha Kuasa. Betapa banyak orang-orang yang pada tahun kemarin masih berpuasa bersama kita, melakukan shalat tarawih dan idul fitri di samping kita, namun ternyata sudah mendahului kita dan sekarang mereka telah berbaring di ‘peristirahatan umum’ ditemani hewan-hewan tanah. Bilakah datang giliran kita?
Dalam dua buah hadits, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan kondisi dua golongan yang saling bertolak belakang kondisi mereka dalam berpuasa dan melewati bulan Ramadhan:
Golongan pertama digambarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya:
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Golongan kedua digambarkan oleh beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya:
رب صائم حظه من صيامه الجوع والعطش
“Betapa banyak orang berpuasa yang hanya memetik lapar dan dahaga.” (HR. Ibnu Majah), al-Hakim dan dia menshahihkannya. Al-Albani berkata: “Hasan Shahih.”
Akan termasuk golongan manakah kita? Hal itu tergantung dengan usaha kita dan taufik dari Allah ta’ala.
Bulan Ramadhan merupakan momentum agung dari ladang-ladang yang sarat dengan keistimewaan, satu masa yang menjadi media kompetisi bagi para pelaku kebaikan dan orang-orang mulia.
Oleh sebab itu, para ulama telah menggariskan beberapa kiat dalam menyongsong musim-musim limpahan kebaikan semacam ini, supaya kita turut merasakan nikmatnya bulan suci ini. Di antara kiat-kiat tersebut (Agar Ramadhan Kita Bermakna Indah, nasihat yang disampaikan oleh Syaikh kami Dr. Ibrahim bin ‘Amir ar-Ruhaili pada malam Jum’at 27 Sya’ban 1423 H di Masjid Dzun Nurain Madinah. Plus penjelasan-penjelasan lain dari penyusun):
Kiat Pertama: Bertawakal kepada Allah Ta’ala
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan, “Dalam menyambut kedatangan musim-musim ibadah, seorang hamba sangat membutuhkan bimbingan, bantuan dan taufik dari Allah ta’ala. Cara meraih itu semua adalah dengan bertawakal kepada-Nya.”
Oleh karena itu, salah satu teladan dari ulama salaf -sebagaimana yang dikisahkan Mu’alla bin al-Fadhl- bahwa mereka berdoa kepada Allah dan memohon pada-Nya sejak enam bulan sebelum Ramadhan tiba agar dapat menjumpai bulan mulia ini dan memudahkan mereka untuk beribadah di dalamnya. Sikap ini merupakan salah satu perwujudan tawakal kepada Allah.
Ibnu Taimiyah menambahkan, bahwa seseorang yang ingin melakukan suatu amalan, dia berkepentingan dengan beberapa hal yang bersangkutan dengan sebelum beramal, ketika beramal dan setelah beramal:
a. Adapun perkara yang dibutuhkan sebelum beramal adalah menunjukkan sikap tawakal kepada Allah dan semata-mata berharap kepada-Nya agar menolong dan meluruskan amalannya. Ibnul Qayyim memaparkan bahwa para ulama telah bersepakat bahwa salah satu indikasi taufik Allah kepada hamba-Nya adalah pertolongan-Nya kepada hamba-Nya. Sebaliknya, salah satu ciri kenistaan seorang hamba adalah kebergantungannya kepada kemampuan diri sendiri.
Menghadirkan rasa tawakal kepada Allah adalah merupakan suatu hal yang paling penting untuk menyongsong musim-musim ibadah semacam ini; untuk menumbuhkan rasa lemah, tidak berdaya dan tidak akan mampu menunaikan ibadah dengan sempurna, melainkan semata dengan taufik dari Allah. Selanjutnya kita juga harus berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan supaya Allah membantu kita dalam beramal di dalamnya. Ini semua merupakan amalan yang paling agung yang dapat mendatangkan taufik Allah dalam menjalani bulan Ramadhan.
Kita amat perlu untuk senantiasa memohon pertolongan Allah ketika akan beramal karena kita adalah manusia yang disifati oleh Allah ta’ala sebagai makhluk yang lemah:
وخلق الإنسان ضعيفا
“Dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (QS. An-Nisa: 28)
Jika kita bertawakal kepada Allah dan memohon kepada-Nya, niscaya Dia akan memberi taufik-Nya pada kita.
b. Di saat mengerjakan amalan ibadah, poin yang perlu diperhatikan seorang hamba adalah: ikhlas dan mengikuti petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dua hal inilah yang merupakan dua syarat diterimanya suatu amalan di sisi Allah. Banyak ayat dan hadits yang menegaskan hal ini. Di antaranya: Firman Allah ta’ala,
وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين
“Padahal mereka tidaklah diperintahkan melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya.” (QS. Al-Bayyinah: 5)
Dan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد
“Barang siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami maka amalan itu akan tertolak.” (HR. Muslim)
c. Usai beramal, seorang hamba membutuhkan untuk memperbanyak istigfar atas kurang sempurnanya ia dalam beramal, dan juga butuh untuk memperbanyak hamdalah (pujian) kepada Allah Yang telah memberinya taufik sehingga bisa beramal. Apabila seorang hamba bisa mengombinasikan antara hamdalah dan istigfar, maka dengan izin Allah ta’ala, amalan tersebut akan diterima oleh-Nya.
Hal ini perlu diperhatikan betul-betul, karena setan senantiasa mengintai manusia sampai detik akhir setelah selesai amal sekalipun! Makhluk ini mulai menghias-hiasi amalannya sambil membisikkan, “Hai fulan, kau telah berbuat begini dan begitu… Kau telah berpuasa Ramadhan… Kau telah shalat malam di bulan suci… Kau telah menunaikan amalan ini dan itu dengan sempurna…” Dan terus menghias-hiasinya terhadap seluruh amalan yang telah dilakukan sehingga tumbuhlah rasa ‘ujub (sombong dan takjub kepada diri sendiri) yang menghantarkannya ke dalam lembah kehinaan. Juga akan berakibat terkikisnya rasa rendah diri dan rasa tunduk kepada Allah ta’ala.
Seharusnya kita tidak terjebak dalam perangkap ‘ujub; pasalnya, orang yang merasa silau dengan dirinya sendiri (bisa begini dan begitu) serta silau dengan amalannya berarti dia telah menunjukkan kenistaan, kehinaan dan kekurangan diri serta amalannya.
Hati-hati dengan tipu daya setan yang telah bersumpah:
فبما أغويتني لأقعدن لهم صراطك المستقيم. ثم لآتينهم من بين أيديهم ومن خلفهم وعن أيمانهم وعن شمائلهم
“Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka (para manusia) dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka.” (QS. Al-A’raf: 16-17)
Kiat Kedua: Bertaubat Sebelum Ramadhan Tiba
Banyak sekali dalil yang memerintahkan seorang hamba untuk bertaubat, di antaranya: firman Allah ta’ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحاً عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Rabb kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (QS. At Tahrim: 8)
Kita diperintahkan untuk senantiasa bertaubat, karena tidak ada seorang pun di antara kita yang terbebas dari dosa-dosa. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingatkan,
كل بنى آدم خطاء وخير الخطائين التوابون
“Setiap keturunan Adam itu banyak melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat.” (HR. Tirmidzi dan dihasankan isnadnya oleh Syaikh Salim Al Hilal)
Dosa hanya akan mengasingkan seorang hamba dari taufik Allah, sehingga dia tidak kuasa untuk beramal saleh, ini semua hanya merupakan sebagian kecil dari segudang dampak buruk dosa dan maksiat (lihat Dampak-Dampak dari Maksiat dalam kitab Ad-Daa’ Wa Ad-Dawaa’ karya Ibnul Qayyim, dan Adz-Dzunub Wa Qubhu Aatsaariha ‘Ala Al-Afrad Wa Asy-Syu’ub karya Muhammad bin Ahmad Sayyid Ahmad hal: 42-48). Apabila ternyata hamba mau bertaubat kepada Allah ta’ala, maka prahara itu akan sirna dan Allah akan menganugerahi taufik kepadanya kembali.
Taubat nasuha atau taubat yang sebenar-benarnya hakikatnya adalah: bertaubat kepada Allah dari seluruh jenis dosa. Imam Nawawi menjabarkan: Taubat yang sempurna adalah taubat yang memenuhi empat syarat:
1. Meninggalkan maksiat.
2. Menyesali kemaksiatan yang telah ia perbuat.
3. Bertekad bulat untuk tidak mengulangi maksiat itu selama-lamanya.
4. Seandainya maksiat itu berkaitan dengan hak orang lain, maka dia harus mengembalikan hak itu kepadanya, atau memohon maaf darinya (Lihat: Riyaadhush Shaalihiin, karya Imam an-Nawawi hal: 37-38)
Ada suatu kesalahan yang harus diwaspadai: sebagian orang terkadang betul-betul ingin bertaubat dan bertekad bulat untuk tidak berbuat maksiat, namun hanya di bulan Ramadhan saja, setelah bulan suci ini berlalu dia kembali berbuat maksiat. Sebagaimana taubatnya para artis yang ramai-ramai berjilbab di bulan Ramadhan, namun setelah itu kembali ‘pamer aurat’ sehabis idul fitri.
Ini merupakan suatu bentuk kejahilan. Seharusnya, tekad bulat untuk tidak mengulangi perbuatan dosa dan berlepas diri dari maksiat, harus tetap menyala baik di dalam Ramadhan maupun di bulan-bulan sesudahnya.
Kiat Ketiga: Membentengi Puasa Kita dari Faktor-Faktor yang Mengurangi Keutuhan Pahalanya
Sisi lain yang harus mendapatkan porsi perhatian spesial, bagaimana kita berusaha membentengi puasa kita dari faktor-faktor yang mengurangi keutuhan pahalanya. Seperti menggunjing dan berdusta. Dua penyakit ini berkategori bahaya tinggi, dan sedikit sekali orang yang selamat dari ancamannya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingatkan:
من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
“Barang siapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatannya, maka niscaya Allah tidak akan membutuhkan penahanan dirinya dari makanan dan minuman (tidak membutuhkan puasanya).” (HR. Bukhari)
Jabir bin Abdullah menyampaikan petuahnya:
إذا صمت فليصم سمعك وبصرك ولسانك عن الكذب والمحارم ودع أذى الجار, وليكن عليك وقار وسكينة يوم صومك, ولا تجعل يوم صومك ويوم فطرك سواء
“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram dan janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama.” (Lathaa’if al-Ma’arif, karya Ibnu Rajab al-Hambali, hal: 292)
Orang yang menahan lisannya dari ghibah dan matanya dari memandang hal-hal yang haram ketika berpuasa Ramadhan tanpa mengiringinya dengan amalan-amalan sunnah, lebih baik daripada orang yang berpuasa plus menghidupkan amalan-amalan sunnah, namun dia tidak berhenti dari dua budaya buruk tadi! Inilah realita mayoritas masyarakat; ketaatan yang bercampur dengan kemaksiatan.
Umar bin Abdul ‘Aziz pernah ditanya tentang arti takwa, “Takwa adalah menjalankan kewajiban dan meninggalkan perbuatan haram”, jawab beliau. Para ulama menegaskan, “Inilah ketakwaan yang sejati. Adapun mencampur adukkan antara ketaatan dan kemaksiatan, maka ini tidak masuk dalam bingkai takwa, meski dibarengi dengan amalan-amalan sunnah.”
Oleh sebab itu para ulama merasa heran terhadap sosok yang menahan diri (berpuasa) dari hal-hal yang mubah, tapi masih tetap gemar terhadap dosa. Ibnu Rajab al-Hambali bertutur, “Kewajiban orang yang berpuasa adalah menahan diri dari hal-hal mubah dan hal-hal yang terlarang. Mengekang diri dari makanan, minuman dan jima’ (hubungan suami istri), ini sebenarnya hanya sekedar menahan diri dari hal-hal mubah yang diperbolehkan. Sementara itu ada hal-hal terlarang yang tidak boleh kita langgar baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya. Di bulan suci ini tentunya larangan tersebut menjadi lebih tegas. Maka sungguh sangat mengherankan kondisi orang yang berpuasa (menahan diri) dari hal-hal yang pada dasarnya diperbolehkan seperti makan dan minum, kemudian dia tidak berpuasa (menahan diri) dan tidak berpaling dari perbuatan-perbuatan yang diharamkan di sepanjang zaman seperti ghibah, mengadu domba, mencaci, mencela, mengumpat dan lain-lain. Semua ini merontokkan ganjaran puasa.”
sumber : muslimah.or.id
