Muhasabah diri

Tirai sem 4 sudah hampir ke penghujung. Kini semua tengah bertungkus lumus memerah otak dalam berhadapan fianal exam. Kalau yang dulu sekali sekala jer mengadap buku, namun kini buku dan lecture note tu dah tak dapat lagi nak dipisahkan dengan diri. kalau dulu, masa banyak dihabiskan dengan Dota, CS, dating, dan berbagai lagi aktiviti yang tak berfaedah, namun kini, setiap masa itu berharga, tak nak lagi dibiarkan berlalu begitu sahaja. Begitulah hebatnya penangan final exam bagi pelajar-pelajar UTP.

Namun bagi aku, masa study week dan exam week ni la masa yang tenang bagi aku. Aku sudah tidak lagi sibuk dengan kuliah-kuliah,asignment yang bertimbun-timbun,test, quiz projek-projek yang membebankan dan pelbagai lagi tanggungjawab yang lain. Selain itu, aktiviti non-academic aku pun menjadi berkurangan semasa minggu peperiksaan ni. Aku kini bebas 'seketika' dalam merencana aktiviti kehidupan aku sendiri dan untuk fokus pada study.

Final exam minggu perubahan?

Sepanjang minggu peperiksaan ini, pelbagai ragam dapat aku lihat. Fenomena-fenomena peik memang banyak berlaku. Sebagai contoh ramai sahabat aku sudah menjadi burung hantu,aktif di waktu malam dan berhibernasi diwaktu siang. Surau dan masjid yang dahulunya lengang kini sudah menjadi meriah dengan penambahan ramai jemaah baru yang dulunya sukar dikenalpasti. Suasana malam kini sudah menjadi semakin tenang tanpa suara-suara sumbang membuat bising. Alhamdulillah, tarbiah Ramadhan yang lalu telah menjadi titik perubahan kepada sahabat-sahabat di UTP untuk kembali kepada fitrah. Hmm..namun adakah keadaan ini akan berkekalan atau akan hilang menjadi memori selepas sahaja berlalunya final exam nanti. Saya pasti anda sudah ada jawapannya.

Mencapai tujuan

Semua orang bercita-cita untuk memperoleh CGPA yang tinggi apabila graduate nanti. Tak kurang juga yang mahu menkonsistenkan pointer masing-masing untuk setiap sem agar melepasi tahap minimum yang ditetapkan oleh penaja masing-masing untuk mengelakkan elaun bulanan ditarik. Ada juga yang membayangkan untuk bekerja dengan kompeni-kompeni besar seperti exxon-mobil, Schulumberger, Shell, Petronas. Tak kurang juga yang mengimpikan untuk menghadiri jamuan-jamuan yang meraiakn mereka yang memperoleh anugerah dekan. Maka final exam inilah yang akan menjadi agenda utama di universiti selain bertungkus lumus untuk mendapatkan markah yang tinggi bagi 'cousework mark'.

Kadang kadang, dalam memenuhi agenda masing-masing, kita telah terlupa tanggungjawab dan agenda utama kita. Tanggungjawab kita dengan tuhan. Sejauh mana agaknya kita memenuhi tanggungjawab utama kita ini. Memahami kehendak-Nya dan terus bekerja mendekati-Nya. Kita selalu lupa bahawa bahawa dialah sumber kekuatan dan sumber inspirasi kita. Kehidupan ini telah siap diaturkan olehnya. Tiada siapapun yang dapat merubah takdir dalam hidup ini kecuali dirinya.

Konflik dalaman.

Sudah lama aku tak post article dalam blog ini. Kalau dulu rajin juga aku post terutamanaya masa-masa study week dan exam week ini. Mungkin semangat aku untuk menulis telah dilunturkan oleh banyaknya maksiat yang aku lakukan. Jiwa kini sudah bergelodak dengan titik-titik hitam yang kian bertambah dan turutan nafsu yang sukar dibendung lagi.

Aku sedar ya Allah, aku hambamu yang lemah. Tanpa keampunan dan hidayah dari mu, hidup ini tidak beerti apa-apa. Hati ini perlu dibersihkan dan disucikan dengan iman dan taqwa. Ku tahui hanya hati yang bersih dapat memandu diri ke jalan kebenaran dan hidup yang diredhainya. Ku pasti, hal ini bukan konflik dalaman, tetapi merupakan kesilapan diriku sendiri yang terlalu tepersona dengan kehidupan dunia yang melalaikan ini dan terus menjerumuskan aku dalam gelodak jiwa ini.

Saki baki perjuangan

Kini sudah 3 paper berlalu, 3 lagi bakal kuhadapi. Alhamdulillah semuanya sudah berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun terdapat juga beberapa yang aku gagal sempurnakan dengan baik. Aku pasrah dan redha dengan kehendakNyA. Mungkin menjadi sebagai kafarah terhadap dosa-dosa dan maksiat yang telah aku lakukan. Aku berazam untuk menyudahkan saki baki paper ini dengan baik tanpa berbuat apa-apa kesilapan lagi. Semoga setiap usaha aku ini bukan sahaja bertujuan untuk exam semata-mata tetapi yang lebih utama dalam mencari keredhaannya. Semoga ilmu-ilmu ini dan segala usaha yang dilakukan akan diberkati oleh ALLah .Insyaallah..

Selamat menempuh peperiksaan semua... : )

Read More !

Muhammad Syaharuddin Bin Mod Yusub

# Schools (Other):

tadika jelai1, SKJ3(NS)skcb, SMS Dungun(Terengganu)Kem Bina Semangat KKB, APMB(KL) universiti teknologi petronas(UTP, Tronoh, Perak)

# College/University:

University Technology Of Petronas, Attended 2005 - Present, Class of 2009, Bachelor's Degree, mechanical engineering
Sekolah Menengah Sains Dungun, Attended 2000 - 2004, Class of 2004, Other

# Occupation:

Final Year Student.

# Affiliations:

Muslim

# Hobbies and Interests:

Reading, Economic, Politic, Photography

# Favorite Books:

Solusi, Confession of Economics Hitman

# Favorite Movies:

Children of Heaven





# About Me:

Why I am here, where I come from

Where's my future, leading me

Where's my life, taking me

Show me the path, dear Allah

What am I, to do here

There must be a reason to be here

Ya Allah the greatest

Nor of these you create for waste

Show me the right path

The path of the favoured one with your grace

Show me the right path

The path of Rasulullah and his companions

Don't leave me please your guidance I need

Show me the way, light up my life

Don't leave me please your guidance I need

Show me the way, to gain your love

Read More !

Jom ikut sunnah nabi..

Kebiasaan Rasulullah dan Sahabat Ketika Ramadhan

1. Mengisi hari-hari baginda dengan al-Quran.
2. Menghidupkan malam-malam dengan ibadah-ibadah seperti zikir, solat malam dan doa.(QS 17:79)
3. Menyegerakan berbuka. Sabda Rasulullah saw, “Hamba yang paling dicintai Allah adalah yang menyegerakan berbuka.” (HR at Tirmizi)
4. Berbuka dengan kurma seperti mana diriwayatkan Anas bin Malik ra,”Rasulullah saw berbuka dengan kurma basah, bila tidak ada, maka dengan beberapa kurma kering, dan jika tidak ada,cukup dengan air.” (HR Abu Daud, Tirmizi, dan an-Nasai)
5. Rasulullah saw melambatkan sahur. Anas bin Malik meriwayatkan baginda bersabda, “Bershurlah kalian kerana sesungguhnya dalam saur terdapat keberkahan.”(HR Bukhari-Muslim)
6. Berzikir, beristighfar dan berdoa.
7. Beri’tikaf di masjid.



Read More !

Mengharap rahmah di bulan penuh barakah

Luar biasa! Kata ini nampaknya belum cukup untuk menggambarkan kemurahan Ilahi yang demikian berlimpah laksana air bah di bulan Ramadhan. Walaupun jumlah bilangan harinya sama,29,namun bulan ini sama sekali tidak setara jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain dalam satu tahun. Semua kebajikan yang dikerjakan oleh umat islam pada bulan ini, pahalamya dilipatkan beberapa kali ganda dan hal itu masih belum termasuk pahala puasanya sendiri. Dalam satu hadith, Rasulullah telah bersabda;

Seandainya setiap hamba mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, maka seluruh umatku akan berharap seandainya setahun itu bulan Ramadhan.(HR Ibnu Khuzaimah)

Ketika bulan Ramadhan pergi,dan bulan lain berganti, Rasulullah saw, dan para sahabat,dan generasi dahulu yang saleh menangis tersedu-sedu. Mereka seakan tak mahu berpisah dengan bulan yang agung tersebut. Mereka sedar bertapa usia umat Nabi Muhammad sangat pendek dan tak ada lagi kesempatan untuk mendulang pahala dan balasan yang lebih besar selain bulan ramadhan.

Orang yang menginsafi rahsia yang terkandung pada bulan ramadhan pasti merasakan dan bersikap sama seperti Rasulullah, para sahabat dan generasi terdahulu.Namun pada zaman ini, golongan sedemikian semakin pupus. Kebanyakan umat islam hari ini tidak menyedari besarnya kurnian allah pada bulan Ramadhan. Akibatnya mereka melewatkan bulan itu dengan melakukan banyak kesalahan dan kekeliruan. Tidak sedikit umat islam yang secara tidak sengaja malah lari dan menghindari hikmah puasa di bulan suci ramadhan. Pada malam hari, mereka hanya mengisi masa mereka dengan istirehat semata-mata tanpa mengendahkan ibadah-ibadah yang boleh mentaqarrabkan diri kepada Allah ,malah ada yang mengisi malam mereka dengan berpesta dan melakukan kemungkaran tidak ubah seperti bulan-bulan yang lain sedangkan pada siang harinya digunakan untuk untuk tidur seharian. Kalau begini keadaannya, mungkinkah dia masih merasakan beratnya beban puasa?

Ibadah puasa disyariatkan agar manusia mempunyai kepekaan sosial yang tinggi. Hanya dengan menahan lapar dan dahaga, jiwa mereka halus, lembut dan peka. Hanya dengan menahan perut yang keroncongan dan kerongkong yang kering, manusia mampu merasakan penderitaan orang-orang miskin yang berselimutkan derita.

Justeru, semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan semaksimum yang mungkin untuk beramal soleh. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini dapat menjadi suatu ‘platform’untuk kita mendapatkan maghfirah dari-Nya. Janganlah kita menjadi suatu golongan yang celaka kerana gagal mendapat keampunan daripada Allah walaupun setelah berlalunya ramadhan.
”Ramadhan, awalnya rahmah,pertengahannya maghfirah dan akhirnya dibebaskan daripada api neraka”. Wallahualam.


Read More !

Apakah agenda sebenar mereka?

Umum mengetahui, Iran masih tidak diserang walaupun mereka secara terbuka mengakui membangunkan senjata nuklear. Kenapa agaknya hal ini berlaku. Adakah Amerika dan sekutu kuatnya Israel takut dengan kehebatan Iran pada masa ini ataupun ada agenda tersembunyi di sebalik situasi ini.

Cuba kita perhatikan ketika mana Iraq dan Afganistan diserang hebat oleh US selepas tragedi 11 September. Walaupun ketika itu belum ada bukti yang kukuh mengatakan dalang disebalik kejadian itu adalah puak Taliban, namun Afganistan telah diserang dengan hebat sekali. Hal yang sama berlaku di Iraq, walaupun Kerajan Iraq ketika itu yang dipimpin oleh Saddam Hussein bermati-matian menafikan mereka membangunkan projek senjata nuklear, namun Iraq tetap diserang. Selepas Iraq diserang, ajen perisikan US gagal menjumpai apa-apa bukti ketrlibatan Iraq dengan projek pembangunan senjata nuklear.

Namun situasi yang berbeza berlaku di Iran.Walaupun Iran secara terbuka mengakui mereka membangunkan program senjata nuklear, namun, mereka masih lagi tidak diserang oleh kerajaan US. Adakah ini bermakna mereka terlalu hebat sehinggakan US yang umum mengetahui mempuyai peralatan persenjataan yang canggih pada masa ini terpaksa tunduk dengan kehebatan Iran?

Menurut artikel yang saya baca dari majalah I(recommended magazine to be read), Iran sengaja menunjukkan kehebatan mereka dalam usaha mereka mengembangkan fahaman syiah mereka. Mereka ada pakatan bersama US dalam agenda ini.

Cuba kita analisa, selepas kerajaan Iraq digulingkan oleh pengganas US, siapa yang memegang tampuk pemerintahan Iraq pada ketika ini? Kerajaan iraq ketika ini dipimpin oleh Nuri Al Maliki, tokoh Syiah terkemuka di Iraq yang mendapat sokongan padu dari Presiden BUsh. Hampir kesemua tampuk pemerintahan Iraq ketika ini dikuasai oleh mereka yang berfahaman Syiah. Suara umat iSlam berfahaman sunnah tidak mendapat tempat di Parlimen. Hal ini menunjukkan bahawa US lebih berminat untuk bekerjasama dengan Syiah berbanding sunnah.

Mungkin hari ini kita masih keliru antara sunnah dan syiah. Jangan kita samakan antara syiah dan sunnah kerana ini hal yang berkaitan dengan akidah kita. Walaupun mereka mengaku Islam tetapi akidah mereka berlainan dengan orang sunnah. Adakah kita sanggup mengakui golongan yang mengkafirkan para sahabat dikira sebagai sebahagian daripada kita. Golongan syiah juga beriktikad bahawa al Quran pada ketika ini tidak lengkap. Mereka juga mengakui bahawa sepatutnya saidina Ali yang menjadi Rasul akhir zaman dan bukan Nabi Muhammad saw. Jelas sekali akidah mereka berlainan dengan kita, ahli sunnah wal jamaah.

Menurut sumber yang dipercayai, fahaman syiah ini semakin berkembang di Malaysia. Justeru, adalah penting bagi kita untuk berhati-hati. Selidiki dengan teliti setiap ajakan ataupun propaganda yang dibawa oleh golongan tertentu. Sekali lagi diingatkan, ini merupakan isu yang penting, berkenaan akidah kita sebagai seorang muslim yang berpegang teguh dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.

Read More !

"Panggilan itu....."

Semasa pulang dari lecture pagi itu, tiba-tiba 'handset' aku berbunyi. Melalui nada deringnya menunjukkan itu adalah panggilan daripada ahli keluargaku. Aku telah setkan panggilan daripada ahli keluargaku berbeza dengan panggilan yang lain dengan nada klasik. Memang pelik untuk menerima panggilan daripada ibuku pada waktu-waktu pagi begini. Terdetik di hatiku adakah ada sesuatu kejutan untuk disampaikan kepadaku. Jauh di sudut hati timbul perasaan gementar dan takut jika ada sesuatu perkara buruk berlaku.

Aku teringat peristiwa yang berlaku kira-kira setahun yang lepas. Pada waktu itu cuti pertengahan semesta baru bermula. Aku menghubungi ibuku untuk memberitahu aku pulang lewat kerana menghadiri satu program. Namun,dengan nada sedih ibuku memberitahu bahawa abah di masukkan ke hospital. Terus tidak jadi untuk aku menghadiri program tersebut. Selepas menguruskan apa-apa yang patut, aku terus pulang ke rumah. Hal ini lebih penting berbanding program yang bakal dihadiri. Pada ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu akan perasaan aku. Fikiran aku kusut, perasaan bercampur-baur. Menurut ibu,petang itu, abah beritahu ibu yang abah sakit kepala. Sakit kepala yang dihadapi amat berbeza berbanding sakit yang dihadapi pada hari-hari yang lain. Yang ini lebih kuat. Selepas makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, sakit kepala yang dihadapi berkurangan sedikit.

Keesokan harinya, perkara yang tidak terduga berlaku. Abah muntah-muntah. Hampir pengsan dibuatnya. Nasib baik ada abang Zaki yang tinggal di sebelah rumah. Dialah yang membawa abah ke hospital Pusrawi. Ibu tidak berani memandu walaupun mempunyai lesen kereta. Menurutnya memandu di bandar berbeza berbanding memandu di kampung. Sebelum kami tinggal di Kuala Lumpur, kami tinggal di sebuah FELDA di Terengganu.

Selama 3 hari di hospital, masih belum jelas akan penyakit yang dihadapi oleh abah. Sepanjang 3 hari berada di hospital, pandangan abah mula kabur. Abah mengadu pada ibu yang mata sebelah kiri abah langsung tidak nampak. Namun, abah tenang sahaja. Mungkin abah sudah biasa berhadapan dengan situasi ini. Sudah lama abah mengidap sakit buah pinggang. Mungkin pengalaman inilah yang menyebabkan abah tabah menghadapi situasi ini. Sepanjang abah berada di hospital, ibu setia berada di samping abah. Sudah hampir seminggu ibu tidak bekerja kerana menjaga abah. Alhamdulillah, sejak aku cuti, kuranglah sedikit bebanan ibu kerana akulah yang mengambil-alih tugas ibu menjaga abah di hospital sementara ibu meneruskan kerjanya yang terbengkalai di pejabat.

Keputusan 'CTSCAN' amat memeranjatkan. Menurut doktor, terdapat satu ketumbuhan di kepala abah. Saiznya adalah sebesar saiz bola pingpong. Rupa-rupanya, ketumbuhan itulah yang menekan urat mata abah dan menyebabkan penglihatan abah terganggu. Namun, doktor tidak dapat memastikan tahap ketumbuhan tersebut samada bahaya atau tidak. Doktor pakar mengesyorkan agar abah segera dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Kami menjadi tidak keruan kerana menurutnya lagi, pembedahan itu adalah berisiko tinggi dan peluangnya adalah 40:60. Dengan penyakit buah pinggang yang abah hadapi, mana mungkin abah mampu menghadapi pembedahan yang dilangsungkan selama 8 jam itu. Kami menjadi serba salah. Abah memang berani. Abah memberitahu kami, abah sanggup menghadapi pembedahan tersebut. Pada masa itu, aku menjadi sebak melihat ibu menangis dan tanpa disedari aku menitiskan air mata. Melihat wajah Nurul dan Nabila, aku semakin sebak. Mereka terlalu kecil untuk menghadapi situasi ini. Melihat wajah Kak Miza, abang Syahril dan Syahfiq, aku pasti mereka turut tidak sanggup menghadapi situasi ini. Pada masa itu, hanya pada Allah aku mengadu segalanya.

Memandangkan risiko yang dihadapi, doktor memberi kami pilihan ke dua, iaitu teknik 'radiology'. Kaedah ini memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama. Abah bersetuju dengan kaedah ini. Kami memang bernasib baik kerana sebahagian besar kos rawatan dibiayai oleh FELDA. Jika tidak, manalah agaknya sumber untuk mendapatkan wang bagi menampung kos rawatan. Sebaik aku pulang ke UTP, abah meneruskan rawatan radiologynya. Abah terpaksa menghadiri 30 kali sesi rawatan dan setiap rawatan kosnya adalah RM 2000. Ibulah yang menemani abah pada setiap kali rawatan diadakan. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang penyayang.

Sejak dari itu, keadaan abah semakin baik, semakin hari, penglihatan abah semakin jelas. Pada tahun lepas, kami beraya di Kuala Lumpur buat pertama kalinya kerana rawatan abah. Suasananya jelas amat meriah dengan adanya setiap anggota keluargaku walaupun persiapannya ala kadar sahaja. Selepas habis 30 kali rawatan radiologi tersebut, abah diminta untuk kembali ke hospital Subang Jaya,tempat abah membuat rawatan radiologi pada akhir bulan 7 tahun 2007 untuk melihat kembali keadaan ketumbuhan abah....................

Baru aku teringat bahawa tarikh tersebut adalah pada hari ibu menghubungi aku pagi itu. Perasaan cemas mula menyelubungi diri sewaktu bercakap dengan ibu. Aku tanyakan perihal abah. Dengan suara yang girang, ibu memberitahu aku bahawa ketumbuhan abah telah hilang sepenuhnya. Ibu meminta aku melakukan sujud syukur. Alhamdulillah...Ungkapan itu aku ucapakan sebagai tanda syukur kepada Allah. Aku menitiskan air mata. Allah masih lagi memberi kesempatan untuk aku dambakan kasih sayang ibu dan abah. Di dunia ini mereka lah insan yang paling aku sayang dan cintai. Wallahuallam....

Read More !

Adakah sinar itu akan terus mekar?

Pagi ni penulis terbaca berita di ruangan dunia berita harian. Penulis tergamam seketika apabila membaca berita tentang kemenangan besar Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Turki di arena politik Turki. Memang ini satu berita yang dinantikan bagi setiap pendokong dan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Sudah sekian lama Turki dilabel sebagai sebuah negara sekular terulung selepas kejatuhan empayar khilafah islamiah, namun dengan kemenangan parti AK sudah pasti memberi sinar kepada sistem islam untuk kembali mekar di Turki dan seluruh dunia amnya.

AK memenangi 46.3 peratus undi selepas 99.9 peratus pengiraan undi selesai. Ia adalah kemenangan terbesar pernah diraih sebuah parti Turki sejak pemilihan Parlimennya dimulakan pada 1969. Kemenangannya itu menyaksikan AK menguasai 339 daripada 550 kerusi Parlimen – mandat cukup bagi menubuhkan kerajaannya sendiri. Parti itu mempunyai 352 ahli Parlimen sebelum ini dan pencapaiannya kali ini meningkat 12 peratus berbanding 2002. Namun, bilangan kerusinya berkurangan disebabkan kehadiran ramai anggota daripada lebih banyak parti berbanding sebelumnya. Parti Republikan Rakyat yang menjadi parti sekular utama (CHP) di tempat kedua dengan 20.9 peratus undi atau kira-kira 112 kerusi, mengikut keputusan tidak rasmi. Parti Tindakan Nasionalis (MHP) yang berhaluan kanan di tempat ketiga dengan 14.2 peratus (71 kerusi). (Berita Harian, 24 Julai 2007)

Namun terfikir sejenak adakah keadan ini akan berterusan ataupun akan muncul segelintir golongan yang bakal muncul sebagai golongan penentang terhadap keputusan ini. Menyedari situasi ini, sudah pasti golongan elit Turki yang sekular dan pasukan tentera yang berpengaruh tidak akan duduk diam. Mereka pasti akan mencanang pelbagai strategi untuk mengawal situasi ini.

3 bulan lalu, pencalonan Menteri Luar Abdullah Gul sebagai presiden baru telah mencetuskan pertikaian dengan golongan elit yang sekular. Krisis itu mencapai kemuncaknya apabila pasukan tentera yang berpengaruh memberi amaran dalam satu kenyataan tegas yang ia bersedia melakukan apa saja demi melindungi sistem sekular dan berjuta-juta penduduk Turki menyertai bantahan jalan raya bagi menentang pemilihan calon AK sebagai presiden.

Namun, sudah pasti pucuk pimpinan AK ,Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan akan merancang strategi tersendiri. Ini jelas dibuktikan melalui kenyataan beliau bahawa beliau akan meneruskan komitmen terhadap sistem sekular dan memastikan Turki menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU). Mungkin sesetengah golongan mempertikaikan kenyataan beliau. Namun penulis percaya bahawa ini hanyalah satu strategi. Tindakan ini akan mampu mengekang ancaman puak tentera dan golongan elit sekular Turki yang sentiasa mahukan sistem sekular terus diamalkan di negara itu.

Sekiranya Turki berjaya menyertai EU, cengkaman pihak tentera terhadap kerajaan Turki akan mula berkurangan. Hal ini demikian, apabila sesebuah negara menganggotai EU, tentera tidak akan diberikan mandat untuk mencampuri urusan kerajaan. Dengan ini, Parti pemerintah bebas melaksanakan dasar-dasar tanpa ada apa-apa campurtangan daripada pihak tentera. Mungkin ini strategi yang mahu dilaksanakan oleh Erdogen untuk mengembalikan kerajaan Islam di negara Turki.

Walau apapun keadaan di Turki, kita sentiasa mengharapkan agar kerajaan islam akan kembali bertapak di Turki. Kemenangan besar Parti AK jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar masyarakat Turki menginginkan tertegaknya kembali kerajaan khilafah islamiah di Turki.
Mereka sudah sekian lama tertekan berada di bawah satu sistem yang jelas sekali menolak ajaran islam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Wallahuallam...

Read More !

Bermula lembaran baru.

Esok bakal bermula semesta baru. Sedar tak sedar dah hampir separuh jalan kehidupan aku kat UTP. Smesta ni aku ambil 6 subjek. Kalau sem lepas 8 subjek. Sem ni kena kurang kan. Kalau tak, letih lah badan eden ni macam sem lepas. Subjek sem ni:-

-Prob stats
-Heat transfer
-Thermo 11
-Mech. Engineering Design 11
-Mechanic of Machine
-Mechatronics.

Boleh katakan subjek sem ni semuaya 'killer'. Projek belambak-lambak lak tu. Tak tahu la camner nak bahagikan masa untuk sem ni. Semoga sem ni akan dapat dilalui dengan sempurna tanpa mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Alhamdulillah,pointer sem lepas ada peningkatan. Namun target yang disasarkan masih belum dicapai. Sem ni kena tingkatkan lagi usaha. Baru sekarang baru faham betul-betul skill belajar di Universiti. Memang benar kata senior-senior aku dulu. Kalau dah 'score' coursework mark,dah x perlu nak dibimbangkan 'final'. Satu lagi, soalan-soalan final sem-sem lepas memang amat berguna. Jika hanya mengharapkan study sajer, tanpa mengetahui teknik menjawab soalan memang merugikan. Belajar di universiti memang 'self-dependent.' Dulu cikgu sentiasa bagi contoh-contoh soalan tanpa kita keluarkan sesen pon. Namun di sini, semuanyer bergantung kepada kita. Kita yang menentukan arah tuju hidup ini. Wallahua'lam..

Read More !