Hujung minggu lalu,aku berkesempatan pulang ke rumah. Cuti hujung minggu ini aku perlu manfaaatkan sebaik mungkin. Sudah hampir 2 bulan wajah bonda dan ayahanda tidak ditatapi dek kesibukan kuliah dan aktiviti lain. Mungkin itu hanya alasan semata-mata. Pada hakikatnya aku masih tidak cekap dalam menguruskan masa dan mendahulukan mana yang lebih penting.
"Syah,hujung minggu ni buat apa?", tanya Nukman kepadaku pada hari Rabu yang lalu.
"Ingat nak balik rumah. Dah dekat 2 bulan tak balik",jawabku.
"Elok la tu. Jom balik sama-sama. Ingat nak ke Smakl. Ada urusan sket. Naik motor", balas Nukman dengan bersahaja.
"Ha,naik motor!. Biar betul? Jauh tu KL",jawabku.
Aku serba salah. Nak saja aku tolak pelawaannya. Namun kalau difikirkan, aku tak boleh lepaskan peluang ni. Aku perlu ambil ini sebagai satu pengalaman berharga dalam hidup. Aku bersetuju untuk balik KL bersama-sama Nukman dengan menaiki motor. Tapi kalau abah tahu mesti dia mengamuk. Huhu....
Pagi Sabtu itu, tepat kul 9.30 pagi kami memulakan perjalanan. Sebelum itu ,aku ada terserempak dengan Din,coursemate aku. Dia pun nak balik KL,dengan kereta. Dia ajak aku,tetapi aku menolak kerana dah janji dengan Nukman. Namun kalau ikutkan hati,mahu saja aku tumpang Din. Lagi selesa berbanding naik motor. Namun bila lihat saja Nukman yang sedang menunggu di roundabout, perasaan aku kembali tenang.
Kami guna jalan dalam, bermula dengan Kg. BAli dan keluar melalui Pekan Kampar, sebelum masuk ke Highway PLUS. Dengan jalan ini kami mampu menjimatkan 45 minit perjalanan. Ramai tak tahu adanya jalan ini. Ramai pelajar Utp memilih untuk keluar melalui 'exit' Gopeng atau Simpang Pulai sebelum ke highway PLUS.
Dalam perjalanan, kami berselisih dengan seorang lelaki India menaiki motor dan memboncengkan seorang budak lelaki, barangkali anaknya. Yang membuatkan aku sebak adalah apabila melihat anaknya memeluk satu guni mengandungi getah yang barangkali baru sahaja dikutip daripada pokok-pokok di ladang. Lelaki india ini dalam perjalanan ke pusat pengumpulan getah di mana nanti dia akan memperoleh hasil daripada jualan getah itu. Dengan berpakaian lusuh dan terpaksa menghidu bau busuk getah itu, lelaki india itu terpaksa tabahkan hati demi sesuap nasi. Aku harus bersyukur kerana dikurniakan banyak kelebihan, setiap bulan PETRONAS akan memasukkan RM 500 dalam akaun aku. Belajar pula di sebuah Universiti yang tidak kurang hebatnya.
"Dan ingatlah ketika tuhan kamu memaklumkan,sekiranya kamu bersyukur, niscaya aku akan tambah nikmat kepada mu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatku,maka pasti azab aku amat pedih."(14:7)
Sudah menjadi lumrah kepada manusia, susah untuk bersyukur dengan apa yang ada. Seringkali berasa tidak cukup dan tidak puas hati dengan nikmat yang diperoleh oleh orang lain. Kita kena sentiasa sedar ,tidak semestinya apa yang kita mahukan itu merupakan satu kepentingan buat kita. Mana tahu apabila memperoleh sesuatu itu,ia akan memberi kemudharatan kepada kita. Teringat aku dengan satu kata-kata, 'What do you want is not always what do you need'. Semoga menjadi pengajaran buat diri ini.
Di Pekan Kampar, kami dikejutkan dengan aksi berani seorang budak lelaki yang beraksi mirip mat rempit. Dengan tidak memakai helmet, dia dengan bangga mengangkat tayar depan tayar motsikalnya. Melihat saiz badan yang kecil dan muka yang kebudak-budakan, aku percaya dia masih belasan tahun. Namun aku percaya dia akan mewarisi dan menggantikan geng-geng mat rempit pada masa akan datang jika tiada siapa yang perihatin dengan masalahnya. Sungguh sedih sekali melihat generasi muda pada masa ini. Kita sudah 50 tahun merdeka, namun bangsa kita tetap terus dijajah melalui pemikiran, budaya dan ekonomi. Bila agaknya kita akan merdeka pada erti kata yang sebenarnya. Sampai bila kita hendak terus lalai dengan hiburan yang melampau-lampau. Kenapa artis lebih dibangga-banggakan berbanding para ilmuan dan ulama-ulamak? Kenapa kita mudah sangat terpengaruh dengan budaya-budaya negatif acuan barat? Mengapa kita tidak bangga dengan adat dan agama kita?Bagaimana agaknya cara untuk kita bangun dan bangkit dari terus terbelenggu dengan masalah-masalah ini? Semua persoalan ini sering bermain-main difikiran ini.
Aku tiba di KL dalam pukul 12.00 tgh hari. Aku turut bersama Nukman dalam program yang diuruskannya sehingga lewat petang. Aku sampai di rumah pada pukul 7.00 malam. Pengalaman pertama menunggang motor dari Utp ke KL ini merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Lenguhnya tak usah nak cakap la. Aku hanya menjadi pembonceng sepanjang perjalanan, tetapi lenguhnya mengalahkan Nukman. Nukman nampak tenang jer,dia bgtau dia dah biasa menunggang motosikal ke KL. Patutla pun.....Sekian.....
Catatan Sebuah Perjalanan
Rugi betul
Hari ni ada test CM. Test agak kantoi jgk.Satu soklan x leh buat.huhu...Lps test,aku bergegas ke masjid untuk solat isyak. Selesai solat, aku terserempak ngn Hanapi. Aku pun ajk dia ke MPH. Ada talkshow berkenaan Halal Haram bertajuk 'sikit-sikit tak boleh' kt sana. Sajer jer pergi,kena support program2 cam ni. Lgpon aku free ms ni. Mggu dpn study week.Maknanya final exam dah nk mula.
Dalam fikiran aku program ni mcm program biasa2 jer. Aku tiba tepat kul 10. Talk baru jer bermula.Penceramah pd mlm 2 Encik Nirwandy Mat Noor,Pengarah Projek PPiM. Majlis dipengerusi oleh member ku,Raja. Aku agak terkejut kerana ramai y dtg. Alhamdulillah masih ramai sahabat2ku y msh ada kesedaran dan tidak hny pentingkn diri dgn agenda msg2. Mendengr isi ceramah dan gaya penyampain y bersahaja cukup membuatkan tanggapan awal aku salah. Insyaallah kt sini aku cuba bgtau sebhgn isi ceramah tersebut.
- Setiap muslim perlu ada agenda untuk merubah nasib bangsa
bangsa melayu menghadapi bnyk masalah spt ekonomi,sosial dan sebg. - Masyarakat kita kurang kesedaran tentang perkara halal dan haram.cth-brang keperluan,perkhidmatan.
- Msh ramai y x sedar kita juga merupakan penyumbang kepada musuh-musuh kita terhadap penindasan org2 islam.cth-beli brgn yahudi(coke,nestle,levis dsb.sila rujuk www.inminds.com/boycott-brands.html)
- perlu ada kesedaran terhadap nasib umat islam pd ms ini.
Bersesuaian dgn tjk entry ni,aku rasa sgt rugi kpd sesiapa y x g talkshow ni. Bnyk betul info2 baru y boleh dpt. Sebagai contoh
- coke yang kita biasa minum 2 mengandungi akhohol.
- enzim semut digunakan untuk menghasilkan pewarna merah y biasa digunakan dlm sirap dll.Semut ni diternak di Afrika untuk tujuan ini.
- pembinaan pasaraya carrefore di pandan jaya menyebabkan peruncit2 melayu di sekitar kg pandan terpaksa gulung tikar.
- isu FTA y hngt dibincangkn sekarang.
Sebelum beliau mengakhiri ceramah, kami di sajikan dengn tayangn video. Aku hampir menitikkan air mata kerana begitu sebak terhadap nasib org islam sekrang dlm video y dipaparkan. Diiringi dengn suara bayi menangis,hatiku bertambah pilu. Ya Allah,mengapa nasib saudara seagamaku ini begini rupa. Dlm sesi soal jawab,seperti biasa Pacak bertanyakan soalan 'killer' dia dan dijawab dgn tenang oleh Encik Wadi. Plg aku terkejut,shbt aku,Pian bgkt memberi soalan. Soklan y diajukan berkenaan dgn isu pembelian Baki saham Maxis y bernilan berbilion ringgit,satu urusniaga terbesar di Asia tenggara. Dgn gya 'Ustaz' dan disertakan juga dgn dalil2 quran dan hadith,Payan membuatkan kami terdiam seketika.
Majlis berakhir dgn persembahan nasyid oleh persatuan pelajar indonesia. Persembahan mereka sungguh mantap. X sangka aku ,Dedi,kenalan Indonesia y br aku kenal mempunyai suara y merdu sekali. Lirik nasyid y dicipta sendiri sungguh indah jika diteliti setiap bait2 nya.
Alhamdulillah aku terpilih oleh Allah untuk ke majlis tlkshow ini. Supaya majlis ini bermanfat untukku. Sedikit sebanyak dpt me'release'kn tekanan y aku hdp di saat ketika final y hmpr menjelma ini. Esok aku pulang ke rumah. Lama x blk. Rndu plk kt abah, mak ngn adik2. Semoga aku akan dpt smp ke destinasi esok dgn selamat.
Wallahualam.
laman web y menarik untuk dilwati-->www.muslimconsumer.org.my
Tombol Ati[Ubat hati]
Tombo Ati iku limo perkorone
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Obat Hati ada lima perkaranya
V4 family day
Tadi aku menghadiri dinner sempena V4 days yang dilangsungkan buat julung2 kalinya bagi warga V4. Tepat kul 9.00 mlm Syukur datang ke bilik ku kerana kami plan u pergi bersama. Lagipun kupon y aku beli beberapa hari lepas ada bersama dengan nya. Sengaja aku suh dia pegang. Majlis ni diadakan di cafe Pak Ali, cafe y mendapt anugerah 'cafe y plg famous' u malam anugerah kolej kediaman.
Setibanya kami,kelihatan begitu ramai kawan-kawan yang sudah berkumpul. Majlis yang dijadualkan pd pukul 9.00 mlm bermula agak lewat kerana menunggu kehadiran tetamu VIP, Manager of UTP Finance, yang juga merupakan kawan baik fellow kami,Dr Isa. Beliau tiba agak lewat kira-kira 20 minit kemudian. Majlis yang dipengerusikan oleh Izzi bermula dengan bacaan doa. Alhamdulillah..Sungguh tak sangka aku majlis sebegini masi lg terselit nilai keagamaan. Mungkin satu turning point yang baik untuk warga UTP.
Namun aku agak terkesima dengn ucapan alua-aluan oleh tetamu VIP kami. Tanggapan aku yang majlis ini akn berterusan dgn nilai2 yang lebih baik ternyata salah. Ucapan awal nya lebih kurang berbunyi begini." I think I don't want to speak longer as for Malaysian , we have AF5 concert tonight, the main entertainment in this moment." Aku tersentak. Mengapa konsert AF5 yang di'highlight'kan. Tidak sedarkah beliau kami warga pelajar,sudah lama dilalaikan oleh hiburan y melampau2. Hmm...Kalau dia kata "saya tak mahu pnjgkn ucapan sy kerana mungkin ada pelajar yang mahu study atau menyiapkan esemen slps ini", mgkn aku boleh terima. Maklumlah final bakal menjelma. Seterusnya, ucapan beliau juga ada berbunyi,"We as a UTP student should take all the opportunities here. We want the student to build their character, you should learn how Bush and Blair can be the most influence man right now." Wahai Tuan Manager,apalah y nk dibanggaga-banggakan sangt dengan 2 penyangak tu. Tak sedar kah tuan terhadap kejahatn dan kekejaman yang telah dilakukan mereka. Adalah lebih baik jika ambil character Rasulullah yang patut dijadikan model. Tak pun Al Jaizari,tokoh Kejuruteraan Islam yang hidupnya diabdikan untuk berbakti kepada masyarakat dan agama. Paling koman pon Dr Mahathir,yang begitu gah sekali menentang dasar2 yang dibawa oleh 2 penyangak yang tuan nyatakan 2.
"Mungkin dia tak fikir apa yang dia cakapkan",beritau syukur kepadaku.
Syukur kebetulan turut teliti terhadap ucapan yang diberikan dikala rakan-rakan yang lain tengah rancak berbual dibelakang. Kenapalah minda masyarakat aku kini berada ditahap ini....
Majlis itu kurang dihadiri oleh pelajar asing. Aku tak fhm kenapa ini boleh berlaku. Jurang antara pelajar foreigner dengan local masih jauh. Tak taulah mcmmn nk atasi perkara ini. Namun,mknn pd mlm itu cukup best walaupun takde la bnyk mn. Aku tetap kenyang. KAmi seterusnya 'disajikan' dengan persembahan band Jamen. Aku pulang awal sebaik sahaja selepas mkn, sewaktu band JAmen tgh buat persembahan. Banyak urusan perlu diselesaikan. Alhamdulillah bnyk pengalaman aku kutip pd mlm ini. Tahniah untuk warga V4 terutamanya pihak penganjur atas majlis y 'best' ini..........
-wallahualam-
Peristiwa pukul 2.30 pagi.
Malam itu ,tepat pukul 2.30 am,aku bersama naim dr Tronoh mahu pulang ke Utp. Dalam perjalanan,tetiba aku teringat minyak moto yang makin kering. Maka destinasi kami bertukar ke stesyen minyak Taman Maju. Maklumlah,24 jam, Kalau stesyen minyak Utp lain la pula keadaannya. Macam office hour. Kalau launch hour,tutup,kul 6.30 ptg dah tutup kedai dah. Bukak lak mcm syarikat swasta,kul 9.00 br buka. Hmm,kadang2 geram gak. Pekerja lak sorang. kalau aku isi kat Utp alamatnya x dpt la aku g kelas keesokkan harinya.
Dengan confidentnya kami meneruskan perjalanan kami. Namun persoaalan yang bermain dlm kepala, adakah sempat kami tiba ke destinasi dengan minyak y hampir kering ni. Aku cuba menjadi optimis,yakin bahawa kami akan tiba jua ke stesyen minyak Taman Maju. Namun,kira-kira 3 km lg sblm tiba, tiba-tiba kejadian y x diduga berlaku. Motor aku semput ditengah jalan.HuHUHU...Sangt cuak rasanya ketika itu.X sangka kejadian mcm ni bleh berlaku. dah la tengah2 mlm. gelap lak 2. Kami gagahkan diri menolak moto . Tapi,rupa2nya kami berada berdekatan restoran tom yam y begitu famous bg pelajar UTP. Aku cakap kt naim nk mintak tlg jer sesapa kt kedai tomyam 2 suh beli minyak.Tapi naim x setuju.Dia cadangkn suh tlk jer smp stesyen minyak. Mgkn naim segan la kot. Nk call member len,bateri lak nk abis. Naim,hp dia hilang.Huhu....Tawakal jalan akhirnya.
Namun peristiwa y tak diduga berlaku. Ms kami lalu kt simpang nk msk kedai tom yam 2,ada sorang brader,tengah bawa kereta ,menyapa kami. Dia menawarkn diri untuk menolong kami pergi belikan minyak. Alhamdulillah. Hanya kalimah itu yang mampu aku ucapkan. di saat dunia ini terasa begitu gelap,engkau hadir memberiknku sinar dan harapan, Ya allah,aku bersyukur terhadap mu. Aku tinggalkn naim,sementara aku mengikuti brader 2 u beli minyak.
Dalam kereta, aku bersembang dgn brader 2. Dia kata nk beli rokok kt stesyen minyak yang sama. Kebetulan,getus hati kecilku. Aku cuba bersembang loghat utara dengan abg 2,tetapi dia nampak kekok untuk bersembang dengan aku. setibanya aku di stesyen minyak, dia bg aku botol u isi minyak. Baik betul brader ni. Namun dia x dpt beli rokok kerana jenama kegemaranya x di jual disitu. Seterusnya kami menuju ke restoran Salam. Di Restoran salam,jenama kegemarannya ada dijual.
"Ada bola mlm ni, patut napok rama," kata brader td.Terkejut aku mendengarnya.
"Abg ni ore kelate ke?", tnyaku kpdnya.
"Dok eh, ore Tani(Pattani),"Kata nyer kembali.
La..patut pon aku sembang dlm loghat utara dia nmpk cam x de respon. Lantas, kami terus bersembang dlm loghat kelantan. Begitu mesra sekali perbualan kami. dia juga sempat lg ajak kami mkn kt restoran tom yam 2. Rupa2 nya dia lepak bersama kwn2 Tani dia kt restoran tom Yam 2. Rasa besyukur kpd allah kerana diberi kelebihan untuk bercakap dlm bebrapa loghat. Alhamdulillah.
Aku dan Naim pulang semula ke Utp pd ku l4.00 pagi.Namun ,sebelum itu kami sempat untuk minum mlm di restoran slam. Kelihatan begitu ramai sekali member2 menyaksikan perlawanan MU lawan AC milan pd mlm itu. Sekian.........
Oh bangsaku....
">Link Tak lama dulu ada rancangan di radio yang berkisarkan tentang cita2 kanak2 malaysia. Apabila ditnyakan kepada anak melayu nak jadi apa bila besar,jawapannya adalah saya nak jadi jurutera pesawat kapal terbang,anak orang india pula nak jd pemandu kapal terbang, Tetapi apabila soklan y sama ditnya kan kpd anak kaum cina,jawapan y diberikan adalah untuk menjadi penjual kapal terbang. Anak Cina itu dari awal lagi meletakkan ciri-ciri perniagaan dalam cita-citanya. Ia bermakna dia sudah nampak bahawa wang atau kekayaan lebih besar boleh diperoleh dengan menjual kapal terbang, tidak kiralah sama ada dia menjadi ejen jualan atau bekerja dengan syarikat yang mencipta atau membina kapal terbang. Yang penting, dia mempunyai cita-cita yang dapat melihat sumber kekayaan lebih jelas.
Cerita ini sudah pasti menjadi satu signifikan yang amat besar untuk bangsa kita kerana cerita ini mencerminkan secara total pemikiran orang melayu kita. "tak berani mengambil risiko".Bukanlah niat dihati untuk mengagung-agungkan bangsa lain,tetapi mungkin boleh diambil sedikit contoh gaya pemikran org cina dari sudut yang positif. Saban hari kita dengar kejayaan org2 cina dlm bidang perniaagaan.Jika dinilai dr aspek ekonomi,bangsa melayu sudah amat jauh tertinggal dibelakang. Kita dikira bernasib baik kerana msh kuat dlm bidang politik,jika tidak mungkin kita sudah 'merempat di bumi sendiri'.
Hari ini bangsa melayu amat selesa hidup dalam keadaan bersubsidi. Sebab itulah kita malas nk bersusaha kerana sentiasa 'diberikan tongkat untuk berjalan'. Sebagai contoh,cuba bayangkan sekiranya kita x diberikan biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran di universiti,agaknya mampukah kita berada di universiti sekarang. Org cina y sudah lama di'trained' untuk berdikari oleh dasar2 kerajaan rata-ratanya mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kolej swasta dengan perbelanjaan sendiri kerana mereka mempunyai taraf ekonomi y kukuh. Contoh lain,org melayu hari ini mampu untuk memiliki kereta walaupun pendapatan bulanan x lah sebanyak mana kerana wujudkan kaedah pinjaman bank y mudah pd ms ini untuk bumiputera. Masyarakat kita hari ni sudah terbiasa dengan gaya hidup berhutang y secara jelas memberikan kesan negatif untuk jangka masa yang panjang.
Hari ini mungkin kita berasa selesa hidup di bumi malaysia yang pada zahirnya nampak aman tenteram. Tidak sedarkah kita hari ini kita masih tidak aman jika difikirkan masalah2 dan penyakit yang menimpa bangsa kita. Bukan penyakit lahiriah y dimaksudkan tetapi penyakit2 y berpunca dari masalah dalaman dan pemikiran orang melayu itu sendiri. Salah satu nya penyakit malas. Malas y dimaksudkan juga boleh dilihat dr sikap malas berfikir bangsa melayu itu. Sebagai contoh, rata2 orang melayu hanya mampu menjadi pengguna produk yang sudah siap di pasaran. Sepatutnya kita, y menjadi tuan di malaysia ini seharusnya perlu kehadapan untuk menjadi pengeluar dalam banyak produk.Ini kerana,orang melayu ada bnyk keistimewaan sebagai contoh mempunyai tanah yang banyak. Tanah2 ini boleh dimanfaatkan dalam bnyak bidang seperti hartanah,pertanian dan sebagainya. Namun secara realitinya kita lebih senang untuk memberikan kelebihan ini kpd bangsa lain kerana malas berfikir dan berusaha dan mengharapkan keuntungan dalam ms y singkat. Kalu kita lihat di IPT kebanayakan top scorer adalah bukan bangsa melayu walaupun dari segi kuantitinya amat membanggakan. Dimanakah silapnya?Rata2 orang kita lebih suka menghabiskan masa dengan perkara yang melalaikan dan tidak memberikan faedah untuk diri mereka. Tak perlulah dihuraikn dengan lebih lanjut kerana kita msg2 sudah phm apa maksudnya kan?
Justeru,kita perlu berubah mulai dr sekarang. Sampai bila agaknya kita mahu melihat bangsa kita sentiasa terkebelakang. sudah samapai masanya untuk kita lahirkan lebih bnyk individu seperti Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari,seorang tokoh usahawan dari kedah y kini tersenarai sebagai individu ke 8 terkaya di malaysia.Bukan nilai material yang menjadi persoalan disini,tetapi maruah kita sebagai orang melayu dan orang islam perlu di pertahankan. Persiap kanlah segala kekuatan wahai kawan-kawan,buang sikap-sikap negatif kita. Pegang lah dengan nilai-nilai islam sekukuhnya kerana disitulah letaknya panduan kita. Sekian,sekadar pendapat..... :)
STRESS MANAGEMENT
Stress symptoms include mental, social, and physical manifestations. These include exhaustion, loss of/increased appetite, headaches, crying, sleeplessness, and oversleeping. Feelings of alarm, frustration, or apathy may accompany stress.
If you feel that stress is affecting your studies,a first option is to seek help through your educational counseling center.
Stress Management is the ability to maintain control when situations, people, and events make excessive demands.What you can do to manage your stress? What are some strategies?Here we go:-
Look around
Remove yourself from the stressful situationGive yourself a break if only for a few moments daily

